Bila Adie belek-belek blog dan tulisan-tulisan Adie.. Adie dapat lihat bagaimana diri Adie yang dulu.. yang tidak matang.. perjalanan kisah hidup Adie.. Rupanya blog yang Adie buat ini memang sangat berguna buat diri Adie.. Dapat mengimbas kembali.. perjalanan dan kisah-kisah lampau Adie.. Seumpama sebuah diari.. Melihat proses dan peristiwa yang berlaku dalam hidup Adie membuatkan Adie mungkin lebih matang dalam berfikir.. (walaupun selalu terfikir diri ini masih kebudak-budakan..haha~) Begitu banyak dugaan yang Adie tempuhi sepanjang perjalanan hidup Adie.. Dari Tahun 2009 sampai sekarang 2012... Alhamdulillah.. Adie dapat lihat peningkatan dalam hidup Adie.. Dari 'kosong'.. dari tiada apa-apa.. Kini Alhamdulillah.. syukur kepada Allah sebab sekarang kehidupan Adie semakin baik, sedikit demi sedikit.. ada kerja tetap, barang-barang yang dulu Adie impikan untuk miliki, satu persatu Adie dapat, berkat usaha dan doa.. dan sudah tentu rezki dari Allah..
Bulan Oktober merupakan bulan yang bertuah buat diri Adie.. 4 oktober 2011.. merupakan tarikh Adie bekerja dibawah naungan sebuah Syarikat Bumiputera.. Alhamdulillah... kini sudah genap setahun Adie bekerja disana.. Pelbagai peristiwa suka duka Adie lalui.. tapi, bersyukur sangat kerana semenjak bekerja disana, Adie dah boleh menyimpan setiap bulan, dapat menghulur dan menolong ibu dan keluarga di kampung, beli barang peribadi, dan macam-macam lagi.. Alhamdulillah, semuanya dapat di lunaskan tanpa masalah... Terbaru, Syukur ke hadrat ilahi.. kerana bulan oktober 2012 ini juga merupakan tarikh keramat, di mana Adie akhirnya memiliki aset sendiri, yakni sebuah kereta... 8 oktober 2012 tarikh Adie diberikan kunci untuk Sebuah kereta Perodua VIVA 1.0 AUTO.. bewarna putih dan Adie menamakan kereta Adie sebagai "MAMORU" bermaksud 'Lindung' dalam bahasa jepun.. (sempat perkenalkan nama kereta.. hehe..) Terasa seperti didalam mimpi.. tapi inilah kenyataannya.. Bulan oktober juga Adie diberikan tanggungjawap oleh Syarikat untuk menjaga satu lagi 'outlet' bermula dari tarikh 1 oktober.. Ini bermakna Adie diamanahkan untuk menjaga 2 outlet.. insyaAllah dengan rezki Allah Adie mungkin dapat menambah pendapatan darinya.. Akhirnya impian Adie dimakbulkan oleh Allah.. Kini Adie mempunyai tanggungjawap yang lebih untuk diri sendiri dan sudah tentu keluarga.. InsyaAllah.. Adie akan bekerja keras.. untuk membina masa depan yang lebih cerah dan membahagiakan hati ibu tersayang dan keluarga..
Go! Go! Jia You!! Raja Bulan!! (^_^)V
**lusa Hari Raya Haji.. Selamat Hari Raya semua..
**lusa Hari Raya Haji.. Selamat Hari Raya semua..
ADIE KUN @ RAJA BULAN