Wednesday, December 30, 2009

2010 Menjelma.. 2009 Penuh Kenangan.




Wahhh.. Esok merupakan tahun baru 2010.. (^_^) Syukur sangat masih
diberikan kesempatan oleh Allah S..W.T. untuk hidup di bumi ini. Masih bernafas lagi. Tapi sedih, kerana terpaksa menerima hakikat tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya.. (*_*) Meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis.. Bukan apa, sedih sebab macam tak percaya begitu cepat
sekali masa berlalu.. berlalu dengan begitu pantas,
sedar tak sedar esok dah tahun baru.. hmm.. Bila dah tahun baru ni, umur pastilah bertambah..
Owh my.. Macam tak percaya diri ini bakal menginjak ke umur.. erm.. Tak mengapa..yang penting hidup perlu di teruskan.. Tahun 2009 biarlah menjadi kenangan yang abadi..Segala apa yang berlaku dalam tahun ini, akan tetap dalam ingatan..kerana terlalu banyak peristiwa penting dan besar berlaku sepanjang tahun ini samada yang pahit atau pun yang manis.. menjadi pengalaman hidup yang amat berharga..

Apa pun, doa Adie sempena tahun baru ini, moga ia akan menjanjikan yang
lebih baik lagi buat diri Adie..biarlah ianya bermula dengan baik dan lancar..
Azam?? hehe.. Nak memperelokkan lagi diri sendiri.. yang selebihnya?
biarlah rahsia.. ngee...

Selamat Tahun Baru 2010...
Bye-Bye 2009..
(^_^)V


Adie Kun @ Raja Bulan.

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H



Awal Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah..
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah..
Tingkatkan Semangat
Sebarkan Syiar Islam..
Untuk Sepanjang Zaman..
Untuk Sepanjang Zaman..

(lagu kegemaran adie sempena sambutan maal hijrah)



Disini Adie ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada semua..
Bersempena tahun baru umat islam, sama-sama la kita berhijrah dari perkara yg
kurang baik kepada yang lebih baik.. moga-moga kita semua diberkati oleh-Nya.
InsyaAllah.. Jangan lupa baca doa awal tahun dan juga doa akhir tahun.. (klik sini untuk posting doa awal dan akhir tahun)
Semoga dosa-dosa kita sepanjang tahun di ampunkan.. dan segala amal kebaikan
diterima oleh-Nya.. Amin..



Adie Kun @ Raja Bulan



Thursday, December 3, 2009

PC Rosak Dan Keluar Bersama Chibi dan Mars.


Pc telah mengalami kerosakan sejak Hari Raya Korban yang lalu dan baru saja diperbaiki oleh kawan kepada adik Adie, jadi Adie tidak sempat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Korban dan mengemaskini blog sepanjang lebih dari seminggu ini.. Wah.. (T_T)


Okey, Rasanya masih belum terlambat lagi untuk kemaskini, pada sabtu yang lepas, iaitu hari ke 2 Hari Raya Korban, Adie keluar bersama Chibi dan Mars ke KL, kebetulan pada 27 November merupakan hari lahir Chibi, dan pada awalnya merancang untuk keluar pada Hari Raya Korban, tapi sememangnya tidak sesuai jadi kami keluar pada hari sabtu,.. Tapi Adie sampai lewat ke tempat yang dijanjikan... Wahh.. (*_*).. minta maaf pada Chibi dan Mars, tak sengaja.. Memang seronok sangat keluar bersama mereka.. Meriah dengan gurau senda, gelak ketawa.. Happening sangat..

Kami pergi ke Time SQuare menghabiskan masa bersama-sama di sana sebelum menuju ke sebuah tempat yang ingin di tuju oleh Chibi.. Sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum pergi ke destinasi yang Chibi maksudkan... Apa pun memang seronok sangat bila berada disamping mereka, berada disamping kawan-kawan yang serasi dengan diri kita.. Masa nak berpisah dan balik ke rumah masing-masing, terasa agak sedih.. Apa pun doa Adie, semoga persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila. InsyaAllah.. Amin.

P/S = Selamat Hari Lahir buat Chibi aka Erul, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, hajat dan impian di makbulkan, mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. dan sentiasa gembira di samping orang yang tersayang. InsyaAllah..Amin.. (^_^)


GAMBAR KENANGAN.






Adie Kun @ Raja Bulan



Monday, November 23, 2009

Gurauan???


Bergurau senda mungkin dapat memeriahkan dan menghidupkan suasana yang suram dan mengeratkan sesuatu hubungan, tetapi bergurau juga boleh menyebabkan ada hati yang tersinggung, membangkitkan api kemarahan, dan berlakunya pergaduhan jika gurauan itu tidak kena pada tempatnya, berbaur penghinaan dan tidak berlapik..


Hari ini Adie merasa amat tersinggung dengan gurauan seseorang di 'YM', bagi dia, niatnya hanyalah ingin bergurau tapi bagi Adie gurauan itu betul-betul menyinggung perasaan Adie kerana kekurangan yang ada pada diri Adie dijadikan sebagai bahan gurauan olehnya..

Kebetulan pada hari ini Adie 'online' di 'Cyber cafe', jadi buat pertama kalinya Adie menggunakan 'webcam', kerana dirumah tiada kelengkapan tersebut.. Memang terasa janggal dan agak malu tapi dalam masa yang sama agak teruja, (dalam erti kata lain bagi yang suka memperli 'BATAK'). 'Z' (bukan nama sebenar.) Meng'BUZZ' Adie dan kami berbual seketika, kemudian 'Z' bertanya.. lebih kurang seperti ini ...

'Z' : Boleh view webcam x?

Adie : leh je, jap eh.. (Sambil 'meng'invite' 'Z')

Z : Lor? tunjuk dada je? (menunjuk diaras dada) Baik tak payah webcam kalo camni.. haha3..

Adie : Ala.. Malu la.. lagipun skang ni tgh ramai orang kat cc nih.. hahaha. jap eh..

*setelah beberapa ketika perbualan berlaku, Adie mengalihkan webcam ke arah muka, dan ayat pertama yang 'Z' katakan..*

Z : Bibir hitam..

Z : Mesti selalu hisap.....


Perasaan Adie ketika itu sangat tersentap dan tersinggung lalu terus menutup webcam... Adie tahulah bibir Adie hitam dan tak seperti orang lain tapi perlu ke nak ingatkan?? Kenapa ayat itu yang keluar? Kelakar sangat ke? Tahu tak disebabkan kekurangan Adie ini, Adie merasa rendah diri? Tidak berkeyakinan.. Kalau berada diluar pun Adie selalu mengetap bibir kerana malu di lihat oleh orang.. Tahu tak sudah banyak cara Adie gunakan untuk memerahkan bibir? Sudah banyak petua dan pelembab mahupun tonik untuk memerahkan bibir Adie cuba, tapi tidak berkesan.. Bibir Adie tetap hitam.. Tahu tak betapa sedihnya hati Adie? Hanya Tuhan saja yang tahu..


Adie tidak merokok tapi bibir Adie hitam mengalahkan orang yang merokok berpuluh tahun, mengalahkan perokok tegar... Lihat sajalah gambar-gambar Adie.. Orang selalu kata 'Alah, ko kan lelaki, apa kisah?? Relaks la.. cakap je ko memang merokok kalo orang tanya kenapa bibir ko hitam'.. Hmm.. Sedihnya.. Senang berkata-kata.. tetapi takkan memahimi kerana mereka tidak berada di tempat Adie..

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Adie tersinggung dengan gurauan seumpama itu, tapi hari ini Adie agak emosional.. Takkan ada istilah 'sudah lali', 'sudah biasa' kalau melibatkan hal seumpama ini kerana Adie hanyalah manusia biasa dan punyai perasaan... Kekurangan yang ada pada diri Adie selalu dijadikan sebagai bahan gurauan, dari warna kulit, warna bibir, perwatakan, nama sendiri, pendek kata apa saja yang boleh dijadikan bahan gurauan.. Lansung tidak memikirkan perasaan Adie.. Hmm..

Disini Adie ingin mengingatkan diri sendiri dan sesiapa jua.. Kalau hendak bergurau, biarlah kena dengan tempatnya, berlapik dan fikirkan dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.. Jangan mempersendakan kekurangan orang lain kerana ianya seolah-olah menghina, dan ingatlah.. Menghina sesuatu ciptaan itu bermakna menghina penciptanya iaitu Allah.. Sama-samalah kita beringat tiada seorang pun manusia dalam dunia ini yang sempurna, belajarlah untuk menghormati orang lain dan menerima setiap kekurangan dan kelebihan seadanya.....


Adie Kun @ Raja Bulan

Monday, November 16, 2009

TEAMSAILORS





Sebelum ini tidak terlintas difikiran Adie untuk memperkenalkan 'Teamsailors' yang selalu disebut-sebut disalam 'posting' Adie sebelum ini.. Tapi bila difikirkan ianya merupakan sebahagian daripada coretan kehidupan Adie yang pasti akan Adie kenagn sampai bila-bila. Jadi Adie ingin menceritakan serba sedikit mengenainya sebagai ingatan dan kenangan yang Adie pernah mempunyai sebuah 'Team'.. (^_^)V


'Teamsailors' bukanlah sebuah pertubuhan apatah lagi kelab yang berdaftar, ianya hanyalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada sekumpulan kawan-kawan baik yang serasi di antara satu sama lain.. Selalu menghabiskan masa bersama-sama bila mempunyai kesempatan seperti menonton wayang, bersiar-siar, 'window shopping', bermandi manda, berforum dan sebagainya..

Kumpulan ini telah bersama hampir 3 tahun lamanya.. Mendapat gelaran 'Teamsailors' atau 'GengSailors' daripada kawan-kawan forum dan yang mengenali kami kerana kami meminati anime 'Sailormoon'.. Jadi, alang-alang, kami sepakat menggunakan nama 'Teamsailors' untuk kumpulan kami dan setiap seorang diberikan satu watak yang ada didalam anime 'Sailormoon' untuk diri masing-masing. Watak Adie adalah 'Sailormoon' itu sendiri.. hehe..

Sekarang ini 'Teamsailors' terdiri daripada 6 orang kawan. Kalau diikutkan 'Teamsailors' terdiri daripada 8 orang kesemuanya tetapi telah berlaku salah faham dan 2 orang 'Sailor' telah menarik diri. Memang menyedihkan tapi apa pun perkara dah berlaku.. hmm..

Agak ramai yang ingin menyertai kami, tapi kami tidak sewenang-wenangnya menerima orang baru.. Sebelum ini ada yang menyertai kami semata-mata untuk memecah belahkan kami dan dia telah disingkirkan. Jadi kami perlu berhati-hati. Ada juga calon yang kami suka tapi akhirnya tersingkir kerana setelah dikenali keserasian tidak wujud di antara kami.

Terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang kami bersama-sama dalam satu kumpulan yang tidak mungkin Adie lupakan.. Ianya merupakan pengalaman yang amat berharga buat diri Adie.. Walaupun kadang kala ada perselisihan faham yang berlaku di antara kami, tapi ianya merupakan adat dalam berkawan.. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kawan-kawan...

Apa pun, bila berada disamping kawan-kawan dalam 'Teamsailors'.. Adie merasa sangat gembira dan kadang-kadang dapat melupakan sejenak kesedihan dihati Adie dan segala masalah dan tekanan hidup yang melanda diri Adie.. Adie berharap dan berdoa agar persahabatan kami semua akan berkekalan sampai bila-bila.. InsyaAllah.. Amin.. With the power of love and moon.. Sailors unite! (^_^)V

P/S - Sebenarnya ramai lelaki di luar sana yang suka dan meminati anime 'SailorMoon' tapi mereka enggan mengakuinya kerana takut di cop atau di label sebagai 'Pondan'.. Ego dan Hipokrit.. kalau suka.. katakan suka.. peduli apa orang nak kata.. (^_^)V

Sailors
************************

Adie Kun sebagai SailorMoon.

Zarin Almi sebagai SailorMars.

Hairul sebagai SailorChibimoon.

Amir sebagai SailorMercury.

Fadil sebagai SailorUranus

Fauzi sebagai SailorSaturn.

************************************************************

Adie Kun @ Raja Bulan



Wednesday, November 11, 2009

Doa Buat Ayah..




Pada ketika ini hati Adie merasa betul-betul tidak tenteram, setiap hari berlalu dengan emosi yang tidak begitu stabil, sekejap gembira, sekejap sedih, senyum, muram, ketawa, menangis.. menjadi rencah dalam kehidupan Adie sehari-hari..


Semua ini berlaku pasti ada sebabnya, dan penyebab utama adalah 'Tekanan Kehidupan'.. Adie faham.. dan Adie redha.. Setiap orang dalam dalam dunia ini mempunyai jalan cerita dan kehidupan mereka sendiri.. Cuma buat masa ini terlalu banyak perkara yang Adie fikirkan didalam benak pemikiran Adie.. Salah satunya adalah mengenai Ayah Adie..

Semenjak musibah yang melanda keluarga Adie beberapa bulan yang lepas.. Ayah adalah orang yang paling terkesan sekali dan menerima impak yang paling besar berbanding ahli keluarga yang lain.. Adie sebagai seorang anak takkan faham perasaan Ayah dan derita yang Ayah tanggung.. Tapi Adie tahu didalam hati Ayah menangis, meratap, dan bersedih.. cuma Ayah pendamkan segalanya jauh dilubuk hati ayah.. Adie juga tahu, setiap kali Ayah berdoa selepas solat, Ayah menangis seorang diri,.. Ketabahan ayah memberikan kekuatan kepada ahli keluarga yang lain untuk sama-sama tabah menghadapi ujian dari Allah itu.. Adie bangga mempunyai seorang ayah yang kuat dan tabah walaupun dilanda musibah yang teramatlah berat..

Adie berdoa setiap hari, siang dan malam, agar keluarga Adie diberikan jalan keluar terhadap permasalahan yang masih membelengu.. Agar ayah dan semua ahli keluarga dapat menarik nafas lega dan kembali seperti sedia kala atau lebih baik lagi.. Adie sayangkan keluarga Adie..

Duduk di dalam bilik.. ditemani pen dan buku di tangan.. Fikiran Adie melayang..Adie termenung... hm.. sedih mengenangkan nasib diri, nasib yang menimpa keluarga.. terkenangkan Ayah.. hati Adie terasa sebak.. kesedihan di hati ini hanya Allah saja yang tahu.. Semenjak musibah itu, keadaan kesihatan Ayah bertambah merosot dari hari ke sehari..

Buat pertama kalinya dalam seumur hidup Adie,.. Adie membonceng Ayah untuk ke Masjid kerana Ayah sudah tidak larat untuk membonceng orang.. Kalau dulu ayah takkan bagi Adie membonceng ayah dan Adie yang berada dibelakang, sebagai pembonceng. Tapi sekarang lain.. Satu persatu perubahan berlaku pada diri Ayah .. kadang ayah tidak larat untuk menunaikan solat secara berdiri, dan ayah terpaksa menunaikannya secara duduk..


Sekarang Ayah dalam proses pemulihan selepas menjalani 'pembedahan secara ghaib', dari orang yang boleh dipercayai, kerana sebelum itu Ayah didapati mengalami masalah jantung tersumbat, tetapi menurut ahli perubatan tersebut, ianya masih belum terlambat untuk diubati, InsyaAllah.. hmm.. untuk melakukan pembedahan secara moden, keluarga Adie bukanlah orang yang berada..dan sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang tinggi.. sebab itulah kaedah perubatan secara islam dipilih sebagai alternatif.. berikhtiar untuk berubat.. hanya mampu bertawakal kepada Allah agar Ayah diberikan kesembuhan..

Tapi semenjak pembedahan itu, Adie lihat keadaan Ayah agak lemah.. Ayah selalu sakit-sakit dan tidak sihat.. Adie takut mengenangkan perubahan yang berlaku pada diri ayah.. Adie sebak dan air mata bergenang menahan tangisan, setiap kali mendengar kata-kata dari mulut ayah..yang ayah tidak akan......... hmm.. Adie tidak mampu untuk meneruskan kata-kata itu, Apa yang pasti Adie tak dapat membayangkan kehidupan Adie dan keluarga tanpa Ayah.. Peranan Ayah tersangatlah penting dalam keluarga.. Jasa dan pengorbanan Ayah tak terhitung banyaknya...Apalah yang mampu Adie lakukan?? Adie terasa betul-betul lemah... Adie hanya mampu berdoa...

Doa Adie buat Ayah...

Ya Allah Ya Tuhanku.. Berikanlah Ayahku kesembuhan
dari apa jua penyakit yang Ayah hidapi.. Kasihanilah
Ayahku, Panjangkanlah umurnya.. Tabahkanlah dan kuatkanlah
hati Ayah dalam menghadapi setiap dugaan dan ujian dari-Mu..
Hamba tidak rela kehilangan Ayah.. bagi hamba Ayah adalah Ayah
yang paling baik dalam dunia ini. Andai kata hamba boleh menggantikan
tempat Ayah.. Hamba rela..
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.. dan segala
pujian bagi-Mu.. Makbulkanlah doa Hamba-Mu yang lemah lagi hina ini..

Amin...


Adie Kun @ Raja Bulan




Tuesday, November 3, 2009

Berhujung Minggu Bersama Teamsailors.



Sabtu yang lepas keluar bersama-sama 'teamsailors'.. rindu ingin bertemu mereka.. ketika berada di samping mereka aku merasa selesa dan dapat melupakan sejenak segala masalah dan tekanan yang melanda.. tetapi pada hari itu, yang sebaliknya pula berlaku, keadaan agak 'emosional' pada awalnya.. aku dan sailormars terpaksa menunggu agak lama untuk menaiki train dari klang ke kl sentral kerana berlaku masalah teknikal, dan selepas lebih kurang 1 jam lebih train pun sampai, tapi masalah tidak terhenti disitu, train asyik terberhenti beberapa kali dalam masa yg agak lama sepanjang perjalanan, akhirnya selepas 2 jam berdiri di dalam train yg sangat sesak barulah kami sampai ke destinasi, yakni kl sentral.. penat, 'tension'.. dan dalam waktu yg sama berlaku salah faham antara sailormars dengan kawannya yg telah lama menunggu di klcc, destinasi yg ingin kami tuju.. apa pun alhamdulillah segala masalah dapat diselesaikan walaupun masing-masing hilang 'mood' pada hari itu..



Kami menonton wayang yang bertajuk 'JENNIFER'S BODY'.. pada awalnya kami merasa agak teruja kerana sinopsis cerita ini agak menarik, dan ditambah lagi dengan pelakonnya yang popular, iaitu Megan Fox yang terkenal dengan jolokan 'wanita paling seksi'.. tapi ternyata tanggapan kami salah.. filem ini memang mengecewakan... Pada masa itu aku betul-betul terasa ingin keluar dari situ kerana filem itu membuatkan aku merasa bertambah 'tension' dan 'stress'... pada pandangan aku filem ini seperti filem 'sampah' sarat dengan adegan jenaka yang lucah.. dan tidak beretika.. memang membosankan dan memalukan.. aku berikan 1 dari 5 bintang untuk filem ini.. Agak menyesal menontonnya..


Dua minggu yang lepas pula, aku menonton wayang bersama dengan kakak=kakakku.. filem bertajuk 'PANDORUM'.. aku memang sangat berpuas hati dengan filem ini berbanding dengan cerita 'JENNIFER'S BODY' yang entah apa-apa.. filem 'PANDORUM' ini berjaya membuatkan aku merasa berdebar-debar dan penuh dengan kejutan.. permulaan jalan cerita yang agak baik.. jalan cerita yang menarik dan penuh dengan aksi.. aku berikan 4 dari 5 bintang untuk filem ini.. memang agak berpuas hati dan masih terbayang-bayang di fikiran makhluk mengerikan didalam filem ini.. dan pertarungan yg mendebarkan.. 'Best.' (^_^)


'berbalik kepada teamsailors, selepas menonton wayang aku dan teamsailors pergi ke kolam air panas di selayang untuk mandi manda. wahhhhhh.. begitu menyegarkan, selepas penat seharian berjalan. Air panas semulajadi, memang dapat menyegarkan badan.. selepas mandi-manda kami pergi melepak di restoran 'HAJRIS'.. berdekatan dengan tasek permaisuri.. selepas itu.. kami berhenti berehat di Tasek permaisuri sehingga jam 7 pagi .. berehat dan tidur sebentar sebelum Sailoruranus menghantar aku dan sailormars ke kl sentral.. di situ kami berpisah dan balik ke rumah masing-masing.. Apa pun, walaupun hari bermula agak emosi, dan tertekan.. aku masih berasa bersyukur kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan teamsailors dan berhujung minggu bersama-sama.. (^_^)V


GAMBAR KENANGAN.




Adie Kun @ Raja Bulan.




Friday, October 23, 2009

Pengkhianatan Seorang Kawan.




Kalau boleh, dan kalau ikutkan hati aku tidak mahu menulis sesuatu yang menyedihkan.. tapi bila aku fikirkan kembali.. memang lumrah kehidupan, penuh dengan suka duka.. jadi samada peristiwa yang aku lalui menggembirakan atau menyedihkan.. ianya merupakan sesuatu yang perlu aku hadapi dan lalui dalam lipatan sejarah hidup aku sebagai seorang insan biasa didunia ini..

Mungkin sekarang, zaman kesedihan buat aku, tapi InsyaAllah, siapa tahu esok lusa, kegembiraan akan menjelang.. dan kesedihan yang aku alami, biarlah ianya menjadi lipatan dalam hidup aku.. merupakan pengalaman, yang mengajar aku erti sebuah kehidupan..

Erm.. hendak dimulakan cerita, sudah dua minggu aku kemurungan, kesedihan, masih berada dalam keadaan yang terkejut.. Aku hampa, aku tidak pernah terfikir perkara ini akan berlaku kepada aku,.. kawan yang aku percaya, satu-satunya dan telah berbelas tahun di kenali... mengkhianati diri aku... sukar untuk aku menerima kenyataan ini..

Berbalik pada perancangan untuk mencari kerja, selepas temuduga hari pertama, keesokan harinya kami pergi mendaftarkan diri didalam 'SPA' secara online.. Ke esokan harinya pula, kawan aku mengejutkan aku dengan berita yang dia ingin bekerja sementera di 'shell' tempat kerja lamanya selama seminggu kerana katanya dia sudah hampir kehabisan duit untuk mencari kerja.. dia berjanji dengan aku selepas seminggu, kami akan menyambung hasrat kami untuk mencari kerja besama-sama.. walaupun aku merasa pelik, tapi aku cuba untuk tidak bersangka buruk terhadapnya..

Selama seminggu dia 'bekerja sementara' itu kami hanya berhubung pada hari ke 5 dia bekerja sahaja.. itu pun hanya beberapa mesej.. Selepas genap dia bekerja selama seminggu, aku menghubunginya.. aku telah menghantar banyak mesej, aku juga telah menelefonnya hampir berpuluh kali, pada waktu pagi, tengah hari, petang dan juga malam tapi dia lansung tidak menjawapnya, apatah lagi membalas mesej aku.. Aku kebingungan.. buntu.pelik... memikirkan kenapa dia bersikap sebegitu.. namun sehingga sekarang.. ketika aku menulis luahan ini aku lansung tidak mendapat apa-apa balasan mesej mahupun telefon dari dia..

Aku betul-betul terkejut.. sedih.. hampa.. bermacam-macam perasaan bercampur aduk dalam fikiran dan hati ini.. Satu-satunya kawan yang aku paling percaya...sudah mengenalinya hampir berbelas tahun.. akhirnya mengkhianati aku... sanggup melakukan perkara ini terhadap aku.. Aku sanggup berhenti kerja semata-mata ingin menyertainya mencari kerja.. keluarga aku membenarkan aku berhenti kerja kerana mereka juga percayakan dia.. sebab dia juga telah dikenali oleh keluarga aku.. tapi, dia boleh tinggalkan aku macam itu sahaja.. memang tak berhati perut.. aku tahu dia telah pulang ke rumahnya di pahang.. sampainya hati.. apa salah aku??.. sebelum ini pun aku beberapa kali di khianati oleh kawan.. tapi aku tak pernah sangka dia.. erm.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika ini.. Sanggup dia mengkhianati kepercayaan aku dah keluarga aku.. sanggup dia memusnah persahabatan yg telah lama terjalin.. sanggup dia.. erm.. sekarang.. aku tidak tahu apa yang patut aku katakan pada keluarga aku kerana mereka telah mula bertanyakan tentang kawan aku itu dan hasrat aku untuk mencari kerja, aku juga risau dengan abang aku, dia pasti akan bertanyakan macam-macam nanti, kerana dulu aku telah berhenti kerja dengannya..

Ya Allah.. berikanlah hamba ketabahan dalam menghadapi dugaan dari mu ini.. Hamba redha.. tapi hamba hanyalah manusia biasa.. yg punya perasaan.. perlukan masa untuk pulih.. tolonglah hamba.. Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Memahami dan segala puji-pujian bagi-Mu.. berikanlah hamba jalan keluar.. tolonglah.. Amin...

Adie Kun @ Raja Bulan


Monday, October 12, 2009

Rumah Terbuka Hari Raya.

,

Sedar tak sedar, syawal dah pun masuk hari yang ke 24,.. hari sabtu yang lepas, aku pergi ke rumah terbuka yang di anjurkan oleh salah seorang kawan aku di Shah Alam, Selangor..Sebelum ke rumah terbuka tersebut sempat pergi ke Sunway pyramid sementara menunggu sailors menjemput aku dan seorang lagi anggato sailors.. Sampai di sana dalam pukul 8, wahhh.. keadaan agak meriah, lebih-lebih lagi rumah terbuka ini agak istimewa kerana di anjurkan dengan kerjasama pertubuhan PT foundation yang mengambil berat tentang penularan penyakit HIV dan AIDS, selain di hidangkan dengan pelbagai juadah, ianya di isi dengan sedikit taklimat mengenai penyakit STD, @ HIV @ AIDS.. agak unik, baru pertama kali menghadiri rumah terbuka seperti ini,.. balik dalam pukul 9 lebih, sesat kejap di Shah Alam, haha.. kemudian menuju ke KL untuk menghabiskan masa sepanjang malam kerana aku tidak sempat untuk balik ke Kuala Selangor, .. Penat.. Apa pun terima kasih Papa Syah sebab sudi menjemput Adie dan Teamsailors..


Gambar Kenangan.

Adie Kun - Pose merajuk kononnya.. haha.. (sunway pyramid)

Adie Kun - Di hadapan replika gajah. (Sunway Pyramid)

Adie Kun dan Obey (Sailormars)



Adie Kun @ Raja Bulan



Monday, October 5, 2009

Berhenti Kerja Dan Bermulanya Sebuah Pencarian..


Hari selasa yang lalu iaitu pada 29 September 2009, aku nekad memberitahu abangku niat untuk berhenti kerja dengannya. Semua ini bermula dari cadangan kawanku yang ingin mencari pekerjaan dan mengajakku menyertainya.. Setelah difikirkan masak-masak, aku setuju untuk mengikutinya dan sama-sama mencari kerja nanti. Abangku bersetuju dan seolah-olah tidak kisah aku berhenti kerja, jadi tiada halangan untuk aku mencari kerja dengan hati yang tenang.. Aku mengambil keputusan ini kerana memikirkan, sampai bila aku ingin bergantung harap pada keluarga, dan selain itu aku juga ingin mencari pengalaman bekerja di luar, bekerja di bawah arahan orang lain selain dari keluarga sendiri atau pun kawan-kawan, malah aku juga teringin untuk merasai hidup sebagai orang bujang dan menyewa rumah bersama kawan-kawan. Walaupun terasa berat hati, tetapi apa pun aku perlu keluar dari kebiasaan demi kepentingan diri aku sendiri dan juga masa depan aku..


Wahhhhhh.. nampaknya aku terpaksa memberanikan diri dan cuba untuk yakin dengan kemampuan diri walaupun aku merasa agak resah kerana aku tidak mempunyai pengalaman bekerja selain dari dengan keluarga sendiri dan kawan-kawan.. Cuma mampu berdoa kepada Allah agar apa yang aku usahakan akan membuahkan hasil dan aku menemui dan diberikan pekerjaan yang sesuai dengan diri aku dan dapat menjamin masa depan aku.. InsyaAllah..

Pagi tadi bermulanya pencarian aku bersama kawan aku, dan hari ini merupakan temuduga pertama yang aku pergi, temuduga disebuah kilang tilam Goodnite, (tilam dalam rancangan deko bersama eric) Temuduga untuk jawatan pekerja am sahaja, semuanya berjalan lancar, dan aku diberikan masa untuk memikirkan samada ingin menerima jawatan tersebut atau tidak. Tetapi nampaknya pekerjaan itu kurang sesuai untuk aku lebih-lebih lagi, menawarkan gaji yang rendah. Jadi aku dan kawan aku mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan lain. Fuhhh.. barulah aku tersedar, kerja bersama abangku lebih baik lagi berbanding bekerja di kilang tersebut kerana mendapat bayaran sama seperti bekerja dengan abangku. harap Allah permudahkan pencarian kami.. dan semoga kami menjumpai pekerjaan yang sesuai dengan gaji yang berpatutan.. Amin..

Sempat Posing, hehe.. (^_^)

Bersantai, padahal fikiran serabut fikir pasal kerja.

Sempat posing sehari sebelum temuduga.

Menanti dengan penuh harapan..



Adie Kun @ Raja Bulan


Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran.. (Maaf Zahir Batin)


Alhamdulillah... syukur kepada hadrat Illahi.. Allah S.W.T kerana memberi aku kesempatan berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara... Raya tahun ini seperti biasa, di sambut dengan sederhana, selepas sembahyang raya, kami satu keluarga berkumpul untuk menjamu selera setelah ayah membacakan doa-doa dan berzikir, tapi tahun ini, abang ke 2 sekeluarga beraya di rumah keluarga isterinya.. jadi agak kurang lengkap.. walau apa pun kemeriahan tetap dirasai.. Sekeluarga menjamu selera dengan pelbagai aneka juadah yang telah disiapkan pada awal-awal pagi, antaranya, rendang ayam tok mak, rendang kerang, sambal kacang, lontong, daging masak lada hitam dan ketupat serta juadah yang diberikan jiran.. Wahhh.. kenyang sungguh. Sedap hingga menjilat pingan.. hehe. Seronok dapat makan sepuasnya aneka juadah kegemaran di pagi raya.. Selepas itu, sesi bergambar berlansug, keadaan agak meriah kerana masing-masing begitu teruja untuk mengambil gambar berbaju raya dan sebagainya... aku juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar.. kemudiannya, sesi yang ditunggu-tunggu, dan wajib setiap kali hari raya pertama.. Sesi bermaafan.. pada ketika ini, keadaan menjadi agak emosi, dan di penuhi air mata.. keinsafan dan pengharapan agar segala dosa dan salah silap di ampunkan sesama sendiri.. Aku amat bersyukur, melihat keadaan di mana.. segala ego dibuang ke tepi. dan masing-masing mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf.. bersyukur kerana diberikan kesempatan ini.. kesempatan untuk mensuci hening dosa.. InsyaAllah harap, ianya dapat merapatkan ukwah dan pertalian diantara kami semua.. dan semoga semuanya akan baik-baik saja.. huhu~ hari ini kenyang sangat.. tapi puas.. kerana dapat makan makanan yang sedap-sedap.. (^_^)


juadah di pagi syawal

ketupat.
Kuih Raya.

Sebahagian ahli keluarga sedang bersantap.. (^_^)

Bersama Emak yang tersayang..

Bersama salah seorang kakak...

Bersama adik bongsu dan salah seorang abang..


(^_^)V

Di kesempatan ini.. Adie ingin mengucapkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin..

Ikhlas,

Adie Kun @ Raja Bulan.

Friday, September 18, 2009

Shopping Raya.. (Selamat Hari Raya Aidilfitri)


Sedar tak sedar, lagi 2 hari nak raya.. InsyaAllah.. Raya mungkin jatuh pada hari Ahad, 20 September 2009... Apa yang aku dapat simpulkan.. Ramadhan tahun ini begitu bermakna buat aku.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. nikmat berpuasa dan beribadah di bulan yang mulia ini begitu dirasai.. aku sangat bersyukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan ini.. Hati terasa gembira ingin menyambut lebaran.. tapi dalam masa yang sama agak sayu kerana Ramadhan bakal berlabuh pergi.. erm.. Apa pun harap dapat menemui Ramadhan akan datang..


Sebut pasal Raya, tahun ini persiapan untuk diri sendiri, ala kadar saja, pada hari ahad yang lepas aku pergi membeli belah besama 'team sailors' di Sunway Pyramid, Subang Jaya.. seronok membeli belah dengan mereka.. sangat happening.. Aku hanya membeli sehelai skinny jeans di butik romps, dan sehelai collar t.shirt di butik Radioactive.. haha.. Nampaknya baju melayu terpaksa pakai yang lama, kerana tiada bajet lebih... Tidak mengapa.. paling penting dapat berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara.. Selepas membeli belah.. berbuka puasa di Kg Baru.. kenangan bersama 'team sailors' takkan dilupakan.. Harapan semoga hari raya Tahun ni memberikan keberkatan dan keinsafan.. mensuci hening dosa.. merapatkan ikatan silaturrahim sesama manusia. InsyaAllah... Amin.. (^_^)

Sempat bergambar di Sunway Pyramid (dlm tandas pun jadi la.. haha)

Menu berbuka puasa di Kg Baru.. Nasi Ayam jew.. (^_^)

Adie kun n Mars

Selamat Hari Raya Aidilftiri,
Maaf Zahir dan Batin,
ikhlas..


Adie Kun @ Raja Bulan


Tuesday, September 1, 2009

Hati Dan Perasaan Sesuatu Yang Sukar DiJangka.


Semua orang dalam dunia ini dikurniakan hati dan perasaan. Melaluinya, kita dapat merasai apa yang dipanggil, kegembiraan, kesedihan, cinta dan sebagainya.. Merasai dan mengalami sendiri rencah dan warna-warni kehidupan.


Apa yang ingin aku nyatakan di sini.. Kadang-kadang kita mungkin tidak perasan dan tidak pernah terfikir yang kita akan mengalami suatu situasi dan satu ketika dimana kita agak sukar untuk mengawal perasaan kita sendiri.. Perasaan mengawal diri.. Terutama apabila melibatkan soal 'cinta dan kasih sayang'... Perkara sebegini memang sukar di jangka..

Aku telah melalui situasi itu, dimana aku sukar untuk mengawal emosi dan perasaan aku sendiri kerana aku telah jatuh hati dan terpaut pada seseorang yang menganggap aku hanyalah sekadar kawan biasa dan mungkin tidak lebih dari itu.. Pada asalnya, aku tidak mempunyai apa-apa perasaan yang istimewa terhadap dia, tapi aku perasan.. perasaan itu wujud sedikit demi sedikit, ianya hadir tanpa diduga.. Aku tidak tahu mengapa, tetapi hati terasa betul-betul terpaut kepadanya.. Mungkin kerana tarikan yang dia miliki dan cara layanannya terhadap diri aku, yang membuatkan aku jatuh hati..

Buat pertama kalinya, aku memberanikan diri meluahkan perasaan terhadap dirinya.. Tetapi nampaknya tiada sebarang reaksi dari si dia... Membuatkan aku keliru.. Hati terasa amat sedih dan pilu, dan tertanya-tanya jawapannya.. Aku cuba untuk mengawal perasaan dan emosi, tapi tidak berjaya.. Lebih-lebih lagi aku seorang yang sensitif.. Setiap kali aku melihat si dia melayan dan bermesraan dengan orang lain, hati terasa amat sakit.. terbit perasaan cemburu.. sukar untuk menjelaskan perasaan ini... Mungkin inilah yang dinamakan 'cinta bertepuk sebelah tangan'.. Aku sendiri yang merana menanggung perasaan ini.. tetapi si dia gembira dengan kehidupannya.. Betul-betul terasa diri ini begitu terhegeh-hegeh untuk mendapatkan perhatian dan balasan 'cinta' dari si dia yang mungkin hanyalah seperti bermimpi disiang hari..

Aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari si dia.... kerana aku takut diri sendiri akan terus terluka dan merana kerana dia.. tetapi dia perasan perubahan aku dan mengharapkan aku menjadi seperti dulu.. gembira bersama-sama... Aku sayangkan dia, dan tidak ingin kehilangannya.. tapi dalam masa yang sama aku takut, aku tidak dapat mengawal emosi dan perasaan aku apabila melibatkan perkara mengenai dia.. Susahnya menanggung perasaan seperti ini.. Rasa amat terseksa.. Tapi apa pun aku harus menerima kenyataan.. 'cinta tidak boleh dipaksa'.. lagipun.. hmm.. entahlah.. Ya Allah.. Berikanlah hamba kekuatan untuk menghadapi semua ini.. harap semuanya akan baik-baik saja.. walaupun aku masih menaruh harapan kepadanya.... Amin..



Adie Kun @ Raja Bulan


Berbuka Puasa Bersama Team Sailors


Hari sabtu yang lepas aku keluar berbuka bersama kawan-kawan 'team sailors'. Alhamdulillah, walaupun apa yang kami rancangkan tidak berjalan dengan lancar tapi, apa pun ianya tetap akan menjadi kenangan antara kami semua..
Membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan seksyen 13 dan berbuka di rumah kawan di seksyen 8, S.A. Selepas berbuka, pergi menunaikan solat Terawih di masjid berhampiran. Malam tu sempat jalan-jalan ke 'Downtown Cheras', lepak makan-makan steamboat.. kemudian bersahur bersama di Kg. Baru, KL. Kemeriahan dapat dirasakan apabila dapat berkumpul dengan kawan-kawan.. Bergelak ketawa, bergurau senda menjadikan suasana begitu 'hidup'.. Terlupa sejenak masalah dan kesedihan... Sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan. Harap dapat berkumpul lagi dan semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal sampai bila-bila.. InsyaAllah.. Amin...


Selepas berbuka.

Selepas berbuka..

Ketika bersahur.

Selepas bersahur..


Adie Kun @ Raja Bulan.


Thursday, August 27, 2009

Permulaan Yang Baik.


Hari ini merupakan hari ke 6 umat islam berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.. Alhamdulillah, aku dapat bertahan berpuasa setakat ini walaupun pada hari pertama dan ke dua puasa aku tidak berapa sihat dan demam. Puasa pada tahun ini, setakat ini bermula dengan baik, semuanya berjalan lancar, dan yang paling penting, aku diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menjalaninya walaupun pada permulaan agak tidak sihat... Terbit satu perasaan yang amat menyenangkan.. perasaan gembira, apabila dapat menyempurnakan puasa, sembahyang terawih di masjid dan bersahur bersama keluarga. Kemeriahan menjalani ibadah puasa dan menyambut bulan Ramadhan dapat dirasai tetapi kali ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, sukar dijelaskan dengan kata-kata. Harap semuanya akan berjalan lancar dan baik-baik sahaja sehinggalah penghabisan Ramadhan. Amin..



Adie Kun @ Raja Bulan

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN BERPUASA.



Semoga puasa tahun ini di penuhi dengan segala rahmat dari Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding bulan-bulan yang lain.. InsyaAllah... Harapan, semoga doa-doa di makbulkan... dan diberikan kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini.. Hati terasa begitu seronok menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini.. Harap dapat berpuasa penuh, menghadiri terawikh.. dan diberikan kesihatan yang baik untuk melakukan amal ibadah di bulan yg mulia ini.. Amin.. Selamat Berpuasa..


Adie Kun @ Raja Bulan.

Tuesday, August 11, 2009

Musibah Terbesar..


Tarikh, 8 ogos 2009, dan melarat sehingga pada hari ini...pada ketika aku menaip luahan ini, hari dan bulan yang amat malang bagi kami sekeluarga, dan tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila, tidak dapat untuk mencoretkan dengan lebih lanjut kerana ianya perkara yang amat serius dan mengaibkan.. aku merasa amat tertekan, apa yang aku mampu lakukan buat masa ini hanyalah berdoa dan berharap, agar kami sekeluarga terutama ayah dan mak.. tabah dalam menghadapi dugaan ini, begitu juga diri aku yg menerima tamparan yang amat hebat.. musibah terbesar.. erm.. aku pasrah dan redha...


'Semoga Allah memberikan kekuatan, ketabahan, kesabaran dan apa yang kami perlukan untuk menghadapi dugaan yang amat besar ini.. dan memberikan jalan keluar, dan penyelesaian ke atas masalah yang melanda.merungkaikan segala kekusutan, kebuntuan. dan semoga doa kami semua di makbulkan oleh Allah S.W.T. Sesunguhnya Dia Tuhan Yang Maha Mengasihani, Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang...'

Amin..

Adie Kun @ Raja Bulan

Wednesday, July 29, 2009

Kembali Bekerja Dan Kemaafan



Kembali Bekerja.


Pada hari ahad yang lepas, kakakku berbincang denganku mengenai hal bekerja dengan abangku.. Kakakku mengatakan yang sebenarnya dia ingin bekerja dengan abangku tetapi hanya untuk hari sabtu dan ahad, jadi dia meminta aku untuk bekerja pada hari isnin sehingga jumaat, dan kakakku mengatakan abangku suruh dia memujukku untuk kembali bekerja kerana dia belum dapat mencari orang lain untuk menggantikan aku, Aku buntu, ikutkan hati aku tidak mahu menerima kerja disitu kembali dengan gaji yang tidak munasabah dan masih berkecil hati dengan sikap abangku, tetapi kakakku beriya-ya memujukku untuk kembali bekerja di sana. Dia mengatakan abangku memberikan gaji 500 sebulan tetapi perlu di bahagikan dua, jadi dia mencadangkan gaji aku sebanyak 250 atau 300.. dan dia sebanyak 250 atau 200.. dan akhirnya dia muktamad ingin membahagikan gaji aku sebanyak 300 sahaja sebulan setelah aku mendiamkan diri, oleh kerana dia mendesak ingin jawapan pada masa itu juga, aku dalam keadaan yang masih belum pasti, terus mengatakan, aku menerima untuk kembali bekerja. hmm.. Ya Allah.. harap keputusan yang hamba ambil adalah betul.. sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. hanya mampu berserah kepadaMu.. biarlah adik-beradik sendiri pun ingin mempergunakan aku, dan memperlekehkan aku, apa pun aku harus bersabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini.. InsyaAllah semuanya pasti akan baik-baik sahaja.. Amin...



Kemaafan..

Kelmarin, sebelum aku menunaikan solat maghrib, kakakku masuk ke dalam bilikku, sambil menangis teresak-esak, dia meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya tempoh hari terhadap aku, dia mengatakan yang dia tidak sengaja berkata begitu dan dia menyayangi semua adik-adiknya. Aku terpinga-pinga dan tiba-tiba sebak, pada ketika itu juga aku meminta maaf, dan dalam hati, aku juga telah memaafkan kakakku kerana menyakiti dan menyinggung perasaanku. Apa pun, air di cincang tidak akan putus, seburuk mana pun dia tetap kakak aku.. Aku hanya mampu berdoa agar semua adik beradikku, termasuk aku, diberikan hidayah oleh Allah agar menjadi dan berubah kepada seorang yang lebih baik lagi dan memperbaiki segala kekurangan.. Membina sebuah keluarga yang lebih harmoni dan bahagia.. Amin.


Adie Kun @ Raja Bulan

Monday, July 27, 2009

Mampukah Aku Terus Bertahan?


Malam tadi berlaku krisis di antara aku dan kakakku.. hmm.. Tercetus pergaduhan besar, aku bagaikan dirasuk, seperti bukan diri aku, aku mengamuk bagaikan orang gila menjawap segala cemuhan dan cacian kakakku dalam keadaan yang tidak terkawal, tapi aku bersyukur kerana masih mampu menahan kemarahan sehingga seluruh badan aku menggigil dan aku menjerit sekuat hati untuk melepaskan tekanan dan menahan kemarahan. Menjerit bagaikan di serang histeria.. Suasana amat tegang.. Dua orang kakakku yang lain berusaha meleraikan pergaduhan.. sehinggakan salah seorang kakakku terkena serpihan kaca pinggan berisi lauk yg dilemparkan oleh kakak aku yang mencetuskan kemarahan aku. Kalau tidak aku tidak tahu apa yang bakal terjadi jika aku tidak dapat menahan nafsu amarah yang membuak-buak, mungkin berlaku pembunuhan pada malam itu.. hmm...Aku menangis sehingga bengkak mataku selepas pergaduhan itu.. Aku sedih yang teramat sangat, di sebabkan hal yang remeh temeh aku di hina dan di caci dengan pelbagai cacian yang aku tak dapat terima.. Aku mayat hidup? tidak pernah membantu keluarga? Terlalu berkira dengan adik beradik? Patut berambus dari rumah? Menyusahkan? Rupanya selama ini aku lansung tidak dihargai.. oleh adik beradik aku sendiri, dia seolah-olah membutakan mata terhadap segala apa yang aku pernah dan telah aku lakukan demi keluarga.. Aku tahu selama ini aku seumpama kambing hitam dalam keluarga.. tetapi aku amat terkilan apabila di tuduh tidak pernah melakukan apa-apa untuk keluarga dan terlalu berkira-kira. Ya Allah... satu demi satu. dugaan yang Kau berikan kepada hamba.. Hamba tidak tahu, mampukah hamba terus bertahan.. Berikanlah hamba kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.. Ya Allah.. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Amin..


Adie Kun @ Raja Bulan


Saturday, July 25, 2009

KRISIS DAN KEHILANGAN..


Kehidupan aku sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, ianya membuatkan aku terfikir bahawa kehidupan ini sesuatu yang sangat sukar untuk dijelaskan, dan ditafsirkan, apatah lagi diramal.. Aku harap aku kuat.. kuat untuk hadapi apa jua yang melanda.. Kini aku dalam keadaan yang tertekan... Dalam minggu ini aku telah kehilangan dua perkara yang amat penting dalam hidup aku... aku kehilangan kerja, dan kehilangan kawan-kawan.



Kehilangan Kerja.

Pada ahad lepas berlaku perbincangan antara aku dan abang aku, mengenai kerja.Berlaku krisis diantara kami selepas perbincangan itu berakhir dan aku berhasrat untuk berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu antaranya...

*Abang aku memaksa aku bekerja pada hari sabtu dan ahad dan menyuruh mengambil cuti pada hari jumaat atau hari biasa, dan kalau boleh ingin aku bekerja tanpa cuti. Aku menolak permintaannya kerana sebelum ini memang aku bercuti pada hari sabtu dan ahad, kerana pada hari itu sajalah masanya aku berjumpa dengan kawan-kawan dan melakukan perkara yang lazim dilakukan seorang remaja. Dia tidak puas hati dan asyik bertanyakan apakah perkara yang sangat penting sehingga aku tidak boleh bekerja pada hari sabtu dan ahad, dan dia juga menyindir aku dengan sindiran yang berbaur penghinaan.

*Dia mengatakan yang dia tidak tahu berapa gaji yang dia boleh dan patut berikan kepada aku kerana dia mengatakan, kerja aku merupakan kerja yang senang, walhal sebelum ini aku mendengar, antara adik beradik dia akan memberikan gaji sejumlah RM500 - RM600.. Aku tidak kisah mendapat gaji sebanyak itu kerana memikirkan kerja untuk sementara waktu, sementara belum mendapat pekerjaan yang menjamin tetapi kemudiannya, dia berkata, ingin memberikan aku gajji sebanyak RM200 sahaja sebulan. Memang tidak bertimbang rasa lansung, gaji pekerja asing lebih banyak berbanding aku dan sememangnya tidak berbaloi.

*Dia membuat andaian, bahawa aku tidak mahu bekerja pada sabtu dan ahad kerana sesuatu perkara. seharusnya perkara yang tidak elok. Dia berperasangka buruk terhadap aku kerana aku tidak mahu mengikut permintaannya. Dia juga mengugut aku, untuk menyoal kawan-kawan aku apakah perkara yang terlalu penting buat aku sehingga aku tidak mahu bekerja.

Pada hari isnin dan selasa aku tidak beberapa sihat untuk bekerja dan belum pun sempat aku menyatakan hasrat untuk berhenti kerja, dia telah memberhentikan aku dan menyatakan hasrat untuk mencari orang lain kerana aku tidak datang bekerja pada hari selasa dan tidak memberitahunya terlebih dahulu, walhal kakakku telah memberitahu isterinya. Tidak mengapa, aku ingin melihat, siapakah yang ingin menerima kerja dengan gaji hanya RM 200 sebulan? Semalam pada hari jumaat, kawan-kawan aku mengajak aku keluar, kakakku berkata kepada aku, abang aku berpesan, dia menyuruh orang untuk memerhatikan gerak geri dan hala tuju aku, dan menyuruh aku berhati-hati.. Hati aku merasa begitu tersentak dan terkejut sekali, jahat sangatkah aku? sampai begitu sekali tindakan dia. seolah-olah aku melakukan jenayah dan perlu diperhatikan. hmm.. sungguh menyedihkan..



Kehilangan Kawan.


Berlaku krisis antara aku dengan dua orang kawanku, kawan yang sudah agak lama di kenali dan agak rapat. Kami mempunyai sebuah kumpulan yang digelar 'Team Sailor'. Pada mulanya aku tidak mahu memperbesarkan masalah, dan pada mulanya perselisihan berlaku hanya di antara aku dan seorang sahaja, tetapi salah seorang ahli kumpulan masuk campur dan menyebabkan perkara ini menjadi bertambah rumit, akhirnya berlaku pergaduhan besar diantara kami dan mereka berdua menarik diri dari 'Team Sailor', dan perhubungan kami menjadi amat renggang selepas pergaduhan itu. Kini kami tidak lagi seperti dulu. Memang amat menyedihkan.. Aku sayangkan persahabatan yang terjalin di antara kami, kerana terdapat begitu banyak kenangan-kenangan sepanjang kami bersama dalam satu kumpulan, yakni 'Team Sailor' yang telah tertubuh sudah hampir 3 tahun lamanya, tapi nampaknya, ianya sudah berakhir... adakah ianya boleh dipulihkan? biarlah masa yang menentukan segalanya.. hmm...

Aku kehilangan kerja, kehilangan kawan, selepas ini, kehilangan apa pula? Hmm.. apa pun aku berharap sangat, semuanya akan baik-baik saja buat aku selepas ini.. Apa pun yang berlaku dalam kehidupan aku, aku harap aku mampu terus bertahan dan meneruskan kehidupan ini dengan hati yang tabah dan sabar.. InsyaAllah..

Adie Kun @ Raja Bulan


Friday, July 17, 2009

Tekanan Kerja.


Hari berlalu dengan pantas, kini sudah dua minggu aku bekerja. Aku bekerja di sebelah pagi, dari pukul 7 pagi sehingga 3 petang, tugas aku adalah menjaga dan menyelenggara keadaan kolam dan persekitarannya. Setiap hari aku dikehendaki mencari udang-udang yang mati didalam kolam, jadi setiap hari aku terpaksa masuk ke dalam kolam untuk mencari udang yang mati. Selain itu, membersihkan keadaan persekitaran, menukar mesin blower dan sebagainya. Selepas semua tugas aku selesai, aku hanya duduk dan menjaga kolam dari apa-apa perkara yang tidak diingini.


Apa yang membuatkan aku tidak berapa tahan adalah kerana aku terpaksa masuk ke dalam kolam yang berair sejuk dan bergelumang dengan air udang, hampir satu jam setiap hari, dan menghidu bau busuk dari udang yang mati. Selepas keluar dari kolam aku pasti akan merasa seperti hendak demam, dan kulit aku mengalami gatal-gatal. Selepas semua kerja aku selesai aku terpaksa menunggu di situ seorang diri, mati kutu aku di buatnya kerana di sana tiada alatan elektronik seperti television, radio dan sebagainya, hanya ditemankan lagu-lagu mp3 didalam hp dan juga buku-buku yang aku bawa dari rumah. Kebosanan yang teramat sangat membuatkan aku tidak dapat duduk dengan selesa dan sentiasa ingin melihat waktu.. Selain dari itu, aku juga terpaksa menahan lapar sehingga pukul 3 petang jika aku tidak membawa bekal dari rumah ataupun bekalan sudah habis dimakan... Aku juga terdedah kepada ancaman binatang liar, seperti kera, lotong, biawak dan sebagainya.. pernah segerombolan kera, datang ke kolam mencari makanan didalam tong sampah.. pernah juga beberapa ekor biawak yang besar seperti biawak komodo, cuba mendekati kolam. sungguh mengerikan.. Walaupun kerja aku kedengaran senang dan mudah tetapi sebenarnya ianya meletihkan..

Apa pun, alhamdulillah, setakat ini tiada perkara buruk yang berlaku, dan semuanya berjalan dengan lancar.. Aku berharap, ini merupakan suatu permulaan kepada sesuatu yang lebih baik lagi selepas ini, InsyaAllah.. semoga semuanya akan baik-baik saja bagi aku.. .. Amin..


Adie Kun @ Raja Bulan


Wednesday, July 8, 2009

Akhirnya Aku Bekerja..





Hari ini merupakan hari ke 2 aku bekerja dengan abang aku, dia membuka kolam pancing udang harimau di sekitar kuala selangor lebih kurang 2 bulan lepas, kebetulan pekerjanya telah berhenti baru-baru ini, jadi dia telah menawarkan aku dan abang ku yang belum bekerja untuk bekerja dengannya sementara kami belum mempunyai pekerjaan. Pada asalnya aku berat hati untuk menerimanya kerana beberapa sebab, tetapi disaat akhir aku telah menerima pelawaannya. Sekurang-kurangnya aku mempunyai pekerjaan, dan duit poket sendiri nanti, sementara menanti peluang pekerjaan yang lain, dan aku ada memohon untuk bekerja dalam sektor kerajaan, lagi pun aku telah lama mengangur.. Kerja disana tidaklah berat, tapi agak membosankan kerana aku berseorangan di situ, dan keadaan amat sunyi, tugas utama aku adalah menjaga kolam dari jam 7 pagi hingga 3 petang, dan selebihnya menyelenggara keadaan kolam dan udang. Aku berharap sangat semuanya akan baik-baik saja. InsyaAllah.. Amin..


p/s - selama 2 hari aku bekerja, dalam sehari berpuluh ekor udang harimau mati dan masih segar, ada yg bersaiz seperti udang galah, besar-besar.. tapi aku tidak suka makan udang, jadi tidak berapa teruja.. haha.. Kadang abg aku memberikan udang-udang tersebut pada keluarga untuk dimasak.

Adie Kun @ Raja Bulan


Thursday, July 2, 2009

RINDU




Lukisan ini di lukis oleh aku pada febuari tahun lepas, khas buat kawan yang aku sayangi di london... erm.. Sejak kebelakangan ini asyik teringatkan dia, mungkin rindu sebab sudah jarang berhubung, sejak dia melanjutkan pelajaran di london kami hanya berhubung melalui ym. Jadi untuk menghilangkan rindu aku telah meng'edit' gambar ini supaya kelihatan lebih baik dari sebelumnya untuk diberikan kepadanya nanti.. Dia melalui saat yang agak sukar di sana, berada di negara orang, macam-macam perkara boleh terjadi. Harap dia sentiasa baik-baik saja di sana.. Di lindungi oleh Allah selalu.. InsyaAllah.. Amin..


Adie Kun @ Raja Bulan.