Saturday, December 28, 2013

'Selamat Tinggal 2013'

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirai 3 hari saja lagi. Terasa begitu cepat masa berlalu.. Mungkin dunia dah semakin tua, dan kita semua semakin hampir ke arah pengakhiran zaman, jadi waktu berlalu dengan pantas dalam sedar atau tidak.. Apa pun yang berlaku.. Hidup perlu diteruskan.. dan selagi ada waktu yang tersisa.. Kita gunakan sebaiknya untuk ke arah yang lebih baik lagi.. Menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya.. InshaaAllah.. Tahun 2013 ini  aku lalui dengan penuh suka dan duka...  Kenangan pahit manis yang tidak akan dilupakan sepanjang berdirinya aku sebagai seorang insan yang bernama Adie...

Azam 2013 yang telah berjaya dicapai...

Alhamdulillah.. aku ada beberapa azam untuk tahun 2013.. dan syukur kepada Allah dengan berkat usaha, tanpa mengenal jemu.. penat.. dan doa.. aku berjaya untuk merealisasikan azam tersebut.. Tapi kebanyakkan azam lebih ke arah untuk diri sendiri... Antaranya.. (memanglah azam dibuat untuk diri sendiri kan?.. takkan untuk orang lain pula?hahaha)

Azam untuk mendapatkan berat badan yang ideal atau menambah berat badan. Sebelum ini ramai yang menegur aku dan mengatakan aku terlalu kurus dan sebagai seorang lelaki berat badan aku bukanlah ditahap yang ideal. Memang sebelum ini aku dah mencuba pelbagai cara untuk menaikkan berat, tapi sia-sia. Jadi di awal tahun 2013, Januari, aku membeli beberapa keperluan untuk merealisasikannya dan aku nekad walaupun terpaksa membelanjakan sejumlah wang.. hampir seribu ringgit dibelanjakan.. Antaranya Minuman protein weight gain untuk 2 bulan, dumbell, dan alat senaman sit up. Hampir setiap hari, selepas balik kerja aku akan bersenam selama satu ke dua jam.. ambil protein sebelum dan selepas bersenam.. makan dengan banyak.. walaupun penat bekerja tapi aku gagahkan dan paksa diri aku, sampai satu tahap aku demam selama seminggu kerana badan tidak tahan dan terlalu letih. Aku berjaya konsisten dalam melakukan aktiviti senaman dan mengambil minuman protein selama hampir 3 bulan.. dan hasilnya aku berjaya memiliki berat badan ideal dari 49 kg ke 58 kg.. saiz pinggang 28 naik ke 30cm.. berjaya menambah berat badan sebanyak 9kg... Alhamdulillah.. dan ramai yang menegur aku semakin berisi dan penampilan aku nampak lebih baik dari sebelum ini..

Azam membeli Handset yang canggih dan terkini.. Aku seorang yang bila membeli sesuatu, contohnya hp,aku akan menggunakannya selagi boleh digunakan.. Aku bukanlah seorang yang gila dengan gadjet atau teknologi-teknologi terkini tapi bila melihat ramai dari kalangan kawan-kawanku, dan keluarga menggunakan handset terkini dengan aplikasi android aku mula terasa seperti ketinggalan zaman... Lagi pula, bila balik meeting di hq semasa Dato Siti Nurhaliza datang melawat, masing-masing mengeluarkan hp canggih untuk merakamkan detik bersama Dato'.. Aku pula malu untuk mengeluarkan Hp aku.. tapi dek kerana tidak mahu melepaskan peluang, aku suruh juga kawan mengambilkan gambar aku bersama dato menggunakan hp tok kadok.. hehehe.. Kini, aku berjaya merealisasikan impian untuk memiliki hp terkini. Walaupun terpaksa mengeluarkan sejumlah wang.. Aku tidak pernah membeli sesuatu semahal ini, masa mula-mula ingin membuat pembayaran aku berfikir dua tiga kali.. Betulkah tindakan aku.. Akhirnya dipendekkan cerita.. Aku kini merupakan pemilik Hp Samsung Galaxy S4.. Pada masa itu ianya bernilai rm2000 dan merupakan hp yang terkini sebelum keluarnya Hp Samsung Galaxy note III.. huhu~

Azam untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik walaupun tanpa menggunakan sebarang make up... Kali ini.. Azam yang ini, boleh dikatakan tercapai 50/50.. sebabnya masih dalam proses untuk merealisasikannya.. tapi sekarang aku ditahap 'bersyukur'.. hehe.. syukur alhamdulillah sebabnya, kulit aku yang bermasalah sebelum ini semakin pulih, sekarang masalah jerawat tidak lagi muncul, tapi masih ada parut-parut dimuka.. Tapi yang paling penting, sekarang walaupun tanpa sebarang make up, kulit aku masih kelihatan okey walaupun belum ditahap 'cantik'..  masih berusaha ke arah lebih baik lagi.. hehehe.. Untuk merealisasikan impian ini aku telah menghabiskan duit lebih dari berapa ribu..  tak kira.. tapi memang agak banyak.. hmm... tidak apa.. impian ini akan diteruskan untuk tahun 2014.. hehehe.. 

Azam untuk menjadi seorang anak yang lebih baik.. Hmmm.. yang ini, inshaaAllah masih ditahap ''OKEY''.. mungkin diri sendiri tak mampu untuk menilai.. tapi setakat untuk tahun 2013.. aku cuba untuk menggembirakan hati emak di kampung dengan selalu melawatnya hampir setiap kali aku cuti.. dan setiap kali cuti bila balik kampung.. aku akan membawa emak pergi makan-makan... pergi membeli belah barang-barang keperluan harian, kadang-kadang bawa emak pergi ke mana yang dia mahu... Sampaikan kawan-kawan sekerja aku pelik, kenapa aku selalu balik kampung.. padahal guna banyak duit, masa untuk kawan-kawan pun tiada.. Aku sanggup korbankan waktu cuti, untuk berehat, untuk melakukan aktiviti dengan kawan-kawan semata-mata untuk mak.. Aku tidak pernah menyesal.. sebab bagi aku mak adalah harta aku yang tidak ternilai, aku memang tak dapat nak bayangkan kehidupan aku tanpa mak.. Hilangnya doa dan kasih sayang seorang Ibu.. Itu adalah yang paling aku takut.. Aku tak putus-putus mendoakan agar emak diberikan kesihatan yang baik, dan gembira walaupun ketiadaan ayah... Aku tahu emak sunyi di kampung semenjak ayah tiada, dan anak-anaknya ramai yang sudah keluar dari rumah bekerja ditempat lain, termasuklah aku. InshaaAllah azam ini aku teruskan sampailah kepenghujung waktu dan hayat aku... 


Azam untuk ... hmmm.. Azam untuk merasai semula perasaan disayangi dan menyayangi.. ''to love and beloved''... Rasanya dah lama sangat tak berbicara tentanng cinta.. dan lama sungguh tak merasai perasaan itu.. Pernah dikecewakan.. dan rasa sakit dikecewakan itu membuatkan aku rasa trauma untuk bercinta lagi... Kerana sakitnya.. teramat... Tapi hati ini meronta-ronta.. Kadang kala terasa begitu sunyi sekali hidup ini tanpa kehadiran seseorang.. Terasa ingin dihargai... disayangi, ada orang ambil berat tentang kehidupan ini, berkongsi suka dan duka... ada tempat untuk mengadu dan meluahkan..  Di saat ini aku terasa seperti ingin menangis.. Mungkin kerana aku merasakan diri aku bukanlah seseorang yang pandai dalam bab-bab seperti ini... Seorang yang gagal dalam bercinta.. mengeksperikan diri.. terlalu sensitif...Kadang-kadang aku selalu merasakan diri aku bukanlah seorang yang berpesonaliti menarik yg mempunyai aura... yang mampu untuk memikat hati seseorang.. Kadang terasa buruk rupa, Tak dapat nak buang perasaan rendah diri... Sebabnya setiap kali dalam percintaan... mesti akan berlaku dimana pada mulanya semuanya indah-indah belaka, tapi sampai satu tahap aku pula yang kelihatan ''terhegeh-hegeh''..''terkejar-kejar''... walaupun sebenarnya aku memang ikhlas.. ikhlas menunjukkan perasaan aku.. perasaan sayang dan apa yg aku rasa dalam hati dengan cara aku sendiri.. cuba untuk bahagia.. aku juga punya perasaan untuk dihargai.. disayangi.. dirindui.. merasai perasaan ''wujud'' dalam diri seseorang... Tapi bila diri tidak dihargai. janji tinggal janji... apa lagi yang boleh aku buat.. melainkan terasa sendiri... sebab semua itu tidak boleh dipaksa... Aku hanya mampu menangis dan meraung meratapi dan merasai satu perasaan yang sangat sakit dan tak boleh dijelaskan dengan perkataan... seumpama ditusuk duri dalam hati terasa amat sakit.. Aku harap sangat.. biarlah kali ini yang terakhir kalinya kerana aku dah tak sanggup lagi kecewa~~


Harapan aku... Semoga penutup tahun 2013 merupakan penutup buat kisah-kisah sedih aku... kisah sedih dari zaman kanak-kanak lagi... Aku teringin untuk merasa bahagia seperti orang lain.. Moga-moga tahun 2014 menjanjikan yang lebih baik lagi buat diri aku.. keluarga aku... dan orang-orang yang aku sayangi... InshaaAllah~~ Amin~



ADIE KUN @ RAJA BULAN

Tuesday, October 22, 2013

Oktober 2013.. Di sebalik TUAH.

Nampaknya sejak sudah bekerja, nak update blog pun setahun sekali, bukan disebabkan kesibukan bekerja, tetapi mungkin perasaan nak menulis itu dah semakin pudar.Rasanya Adie ingin menulis kembali, In Shaa Allah.. sebab bila di lihat kembali, segala apa yang tertulis didalam blog ni seakan adie tidak mempercayai apa yang adie pernah lalui.. Seperti membuka sebuah buku tentang kisah hidup sendiri.. Adie tak kisah sama ada orang baca atau tidak.. yang penting dapat luahkan apa yang terbuku disanubari, dapat merakamkan detik-detik kehidupan yang penuh ragam dan bentuk.

Hmm... Bulan Oktober 2013.. detik bersejarah pada 4 oktober 2013  merupakan tarikh genap 2 tahun Adie bekerja di Syarikat tersebut, Genap 1 tahun "MAMORU'' iaitu kereta Viva 1.0 iaitu satu-satunya aset Adie. Sebenarnya pada tahun ini juga Adie mengharapkan keajaiban bakal berlaku pada tarikh keramat tersebut. Mengharapkan Adie bakal menerima sesuatu yang tidak dijangka. Ya.. Memang sesuatu yang tidak dijangka berlaku, Alhamdulillah Adie mendapat berita kenaikan gaji, dan ditugaskan untuk menjaga sebuah outlet baru yang lebih baik dari outlet yang sebelumnya, tetapi dalam masa yang sama, ada sesuatu perkara yang sangat menyedihkan berlaku pada tarikh itu. Perkara yang memalukan, yang mendebarkan, dan Adie hampir-hampir menangis disebabkan hal itu.. Adie jenis yang tidak pandai melawan, mahupun membantah, lagi-lagi kalau Adie disergah, atau digertak.. Ya.. itulah kelemahan Adie yang sukar untuk diubah. Seseorang dari syarikat yang berjawatan agak penting dan tinggi, telah menyebabkan semua ini berlaku, dengan gaya yang angkuh, cara percakapan yang mengjengkelkan, dia merendah-rendahkan Adie dihadapan beberapa pekerja yang lain, walaupun bukan semua yang diungkapkan betul, tapi dia berjaya membuatkan perkara itu seolah-olah benar dan tepat. Dari sepatutnya satu bab masuk ke bab-bab yang lain. Saat yang sangat memalukan, dalam hati adie tak henti-henti berdoa agak diberikan kesabaran.. Biarlah perkara itu menjadi saat pahit yang Adie ingin lupakan dan diharap perkara itu tidak akan pernah berulang lagi dalam kehidupan Adie..

Bilalah Adie boleh mendapat keyakinan... keyakinan untuk berhadapan dengan seseorang seperti itu.. keyakinan untuk berbahas dan mempertahankan diri sendiri.. keyakinan pada diri sendiri. masih terimbas kembali saat itu.. Adie cuba menjawap dengan penuh yakin, tapi diri ini tak henti-henti menggigil sehingga gigi berlaga, tidak tahu disebabkan pendingin udara atau pun kerana Adie ketakutan, Suara Adie kedengaran tidak meyakinkan dan seolah-olah ingin menangis dan itulah yang kesempatan yang diambil untuk menjatuhkan.. Ya Allah.. sampai bila.. aku akan terus begini~~ Kelemahan ini, kadang-kadang sungguh menyiksakan~




ADIE KUN @ RAJA BULAN


Wednesday, October 24, 2012

Oktober Bulan Bertuah Buatku..

Wahhh!! Rupanya sudah hampir setahun Adie tidak mengemaskini blog ini.. Tiba-tiba saja hari ini terdetik di hati untuk menjenguk blog yang dah lama dibiarkan menyepi. Bukan niat di hati tidak mahu meng'update' blog.. tapi sejak sudah bekerja, perasaan nak menulis itu dah kurang.. ada idea.. tapi mungkin disebabkan penat bekerja.. jadi hasrat itu tergendala dari hari ke sehari.. sampailah nak ke setahun.. hahaha~~ Adie~~ Adie~~ 

Bila Adie belek-belek blog dan tulisan-tulisan Adie.. Adie dapat lihat bagaimana diri Adie yang dulu.. yang tidak matang.. perjalanan kisah hidup Adie.. Rupanya blog yang Adie buat ini memang sangat berguna buat diri Adie.. Dapat mengimbas kembali.. perjalanan dan kisah-kisah lampau Adie.. Seumpama sebuah diari.. Melihat proses dan peristiwa yang berlaku dalam hidup Adie membuatkan Adie mungkin lebih matang dalam berfikir..  (walaupun selalu terfikir diri ini masih kebudak-budakan..haha~) Begitu banyak dugaan yang Adie tempuhi sepanjang perjalanan hidup Adie.. Dari Tahun 2009 sampai sekarang 2012... Alhamdulillah.. Adie dapat lihat peningkatan dalam hidup Adie.. Dari 'kosong'.. dari tiada apa-apa.. Kini Alhamdulillah.. syukur kepada Allah sebab sekarang kehidupan Adie semakin baik, sedikit demi sedikit.. ada kerja tetap, barang-barang yang dulu Adie impikan untuk miliki, satu persatu Adie dapat, berkat usaha dan doa.. dan sudah tentu rezki dari Allah..

Bulan Oktober merupakan bulan yang bertuah buat diri Adie.. 4 oktober 2011.. merupakan tarikh Adie bekerja dibawah naungan sebuah Syarikat Bumiputera.. Alhamdulillah... kini sudah genap setahun Adie bekerja disana.. Pelbagai peristiwa suka duka Adie lalui..  tapi, bersyukur sangat kerana semenjak bekerja disana, Adie dah boleh menyimpan setiap bulan, dapat menghulur dan menolong ibu dan keluarga di kampung, beli barang peribadi, dan macam-macam lagi.. Alhamdulillah, semuanya dapat di lunaskan tanpa masalah... Terbaru, Syukur ke hadrat ilahi.. kerana bulan oktober 2012 ini juga merupakan tarikh keramat, di mana Adie akhirnya memiliki aset sendiri, yakni sebuah kereta...  8 oktober 2012 tarikh Adie diberikan kunci untuk Sebuah kereta Perodua VIVA 1.0 AUTO.. bewarna putih dan Adie menamakan kereta Adie sebagai "MAMORU" bermaksud 'Lindung' dalam bahasa jepun.. (sempat perkenalkan nama kereta.. hehe..) Terasa seperti didalam mimpi.. tapi inilah kenyataannya.. Bulan oktober juga Adie diberikan tanggungjawap oleh Syarikat untuk menjaga satu lagi 'outlet' bermula dari tarikh 1 oktober.. Ini bermakna Adie diamanahkan untuk menjaga 2 outlet.. insyaAllah dengan rezki Allah Adie mungkin dapat menambah pendapatan darinya.. Akhirnya impian Adie dimakbulkan oleh Allah.. Kini Adie mempunyai tanggungjawap yang lebih untuk diri sendiri dan sudah tentu keluarga.. InsyaAllah.. Adie akan bekerja keras.. untuk membina masa depan yang lebih cerah dan membahagiakan hati ibu tersayang dan keluarga..

Go! Go! Jia You!! Raja Bulan!! (^_^)V

**lusa Hari Raya Haji.. Selamat Hari Raya semua.. 


ADIE KUN @ RAJA BULAN

Wednesday, December 14, 2011

Gaya Potongan Rambut Inspirasi Korea dan Jepun II.

 Sejak dua menjak ni, populariti K-Pop semakin mendapat sambutan yang hangat dari serata dunia, termasuk Malaysia. Adie tidak terkecuali, merupakan salah seorang peminat K-pop...  suka sangat menonton drama korea, dan mendengar lagu-lagu mereka apatah lagi sangat teruja dengan gaya-gaya yang mereka tonjolkan, terutama gaya rambut dan cara pemakaian yang sangat menarik hati ini. Antara kumpulan K-pop yang Adie minat, sudah tentu, Super Junior! 2pm, B3AST, FTisland, SNSD dan banyak lagi.. huhu~. Dulu Adie memang minat sangat dengan apa-apa yang berkaitan dengan jepun, kini walaupun masih meminati jepun, tapi lebih lagi kepada korea.. hehe.. mungkin sekarang sedang "in trend" dan proses mengenali budaya dan apa-apa yang berkaitan dengan korea... ngee..

Disebabkan kegilaan terhadap gaya-gaya dari korea... Adie 'mengaplikasikan' dalam kehidupan seharian, terutama dalam penggayaan rambut... tapi masih lagi mengekalkan jati diri sebagai seorang anak melayu, cuma gaya saja agak berlainan.. heheh... Disini Adie sertakan beberapa keping gambar gaya-gaya rambut yang pernah Adie buat, inspirasi gaya korea dan jepun.. (^_^)V mana tahu anda berani untuk mencuba.. hiks~~



GAYA RAMBUT ADIE KUN

















Adie Kun @ Raja Bulan


Monday, December 12, 2011

Berhenti Kerja Dan Permulaan Hidup Yang Baru.

Sekarang ini dah pun masuk bulan 12, lagi berapa hari umat manusia akan menyambut tahun baru, lama sungguh rasanya Adie tidak mengemaskini Blog, disebabkan terlalu sibuk dengan kehidupan dan kerja. Erm.. lagipula, dalam tempoh Adie mendiamkan diri, Adie juga dalam proses memulihkan diri dari kesedihan, kehilangan, dan keperitan hidup.. Hanya Allah saja yang tahu...


Terbaru, Adie telah pun berhenti kerja di Guardian Pharmacy, dan memulakan pekerjaan di tempat baru hampir 3 bulan.. Walaupun Adie terasa berat hati untuk berhenti kerja di Guardian, tapi demi memikirkan masa depan yang lebih baik lagi, Adie nekad berhenti, dan kini Adie telah menyertai dan bekerja di bawah syarikat Diva No 1 negara yakni Dato' Siti Nurhaliza, iaitu Syarikat kosmetik beliau, SIMPLYSITI sebagai BA (beauty advisor). Alhamdulillah, setakat ni, pekerjaan baru Adie berjalan lancar walaupun kadang kala agak stress... Apa pun kenangan bekerja di Guardian tidak akan Adie lupakan sampai bila-bila,.. Guardian (13 Mei 2010 - 29 September 2011) dalam kenangan.


GAMBAR KENANGAN DI GUARDIAN.

 Di dalam pejabat.
 dengan Min aka 'Joyah'.. hehe..
Dengan Efa aka Senah.
 bersama promoter Unza. Esah.
 kenangan bergambar dengan Dato' Fadzilah Kamsah.
 Sebelum bertolak, Annual Dinner Guardian.
 Bersama dengan rakan sekerja. Rozita Che' Wan twin. hehe..
 Bersama Store Manager.
 Bersama rakan sekerja. "Jenab'
 Bersama 'Melor'.. hehe..
Bersama Teha.


Adie Kun @ Raja Bulan


Thursday, April 7, 2011

Kembalinya Ayah Tercinta ke Rahmatullah..



Hari ni masuk hari yang ke 8 arwah ayah pulang ke rahmatullah... lepas maghrib tadi, dimasjid selesai sudah majlis bacaan tahlil buat arwah.. moga rohnya tenang di sana.. Memang kalau di ikutkan rasa hati, Adie betul-betul rasa tak percaya atas apa yang berlaku.. Tapi, alhamdulillah, Allah berikan Adie dan keluarga kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang besar ini. Adie redha dengan pemergian arwah Ayah walaupun dengan tidak disangka-sangka..


Mengimbas kembali.. masih segar di ingatan, tarikh 18 januari, ayah jatuh sakit, dan dimasukkan ke hospital berdekatan yakni Hospital Tanjong Karang,.. Ayah tidak sedarkan diri, dan semakin kritikal, dipindahkan ke hospital Sungai Buloh, kerana peralatan di sana lebih lengkap.. Hampir sebulan ayah berada di sana, dan hampir 2 minggu ayah tidak sedarkan diri.. keadaan pada masa itu amat mencemaskan.. kerana masing-masing takot kehilangan ayah.. tiap-tiap hari tidak putus-putus mendoakan kesembuhan ayah.. Alhamdulillah.. ayah semakin sembuh, dan akhirnya ayah sedar.. dalam tempoh itu juga.. adik beradik bergilir-gilir menjaga ayah di wad..

Masih segar di ingatan adie, wajah ayah.. ketika adie menjaga ayah di wad dulu.. wajah ayah yang kesakitan, wajah ayah ketika koma.. wajah ayah ketika adie menolong menyalinkan lampin ayah.. dan riak wajah ayah ketika menunjukkan isyarat 'bagus', ayah suka dengan layanan adie..
adie rasa terharu..

Adie tak putus-putus berdoa untuk ayah.. dan bila ada masa, adie sedekahkan yasin.. gembira sangat, bila keadaan ayah bertambah baik hari demi hari semenjak ayah keluar dari hospital.. Hati bertambah bersyukur bila melihat ayah sudah boleh berjalan sendiri tanpa berpapah, walaupun kakinya terhencot-hencot ketika berjalan kerana urat kaki sebelah kanan putus akibat doktor pelatih tersalah cucuk jarum..


Ya Allah.. pada ketika adie menaip luahan ini hati terasa sebak.. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hamba mu ini.. erm.. apa pun Adie bersyukur sangat-sangat, sehari sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, adie pulang ke kampung kerana bercuti sehari, itupun kerana desakan hati yang rindukan kampung dan kebetulan akak adie ingin pulang pada hari itu.. itulah kali terakhir adie bersama ayah... bersarapan, pergi ke pasar, bayar bill.. memang kami semua nampak perubahan yang ketara pada diri ayah, tapi kami lansung tidak mengagak rupanya ayah ingin pergi meninggalkan kami buat selamanya..

31 Mac 2011, lebih kurang dalam pukul 2 pagi, ayah jatuh sakit, lebih kurang sama dengan keadaannya ketika pertama kali diserang sakit jantung 18 januari dulu.. ayah di kejarkan ke hospital tg. karang.. doktor memengsankan ayah kerana ayah tidak mampu bernafas sendiri.. keadaan ayah parah dan terpaksa dipindahkan ke hospital sg.buloh, semasa dalam perjalanan untuk di pindahkan ke hospital sg. buloh ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam ambulance, lebih kurang jam hampir pukul 7 pagi..


Hati Adie agak terkilan.. walaupun Adie redha dengan apa yang berlaku.. tapi sedih sangat, kerana dalam keluarga, Adie seorang saja yang tidak sempat untuk mengucup dahi ayah buat terakhir kalinya... Selama adie hidup, adie tak pernah cium ayah walaupun sekali.. seingat adie.. itu yang buatkan adie terkilan.. tapi apa pun adie bersyukur kerana sempat menatap wajah ayah buat kali terakhir sebelum di kebumikan ke dalam liang lahad.. Ya Allah.. pada ketika tu adie terpegun melihat wajah ayah.. Ayah seperti sedang tidur, kulit ayah yang ketika hidupnya hitam manis, kelihatan cerah dan bercahaya.. Adie bersyukur sangat, melihat ketenangan di wajah ayah.. terima kasih sangat kepada majikan adie, kerana sanggup menghantar adie balik ke kampung, kalau tidak, menatap wajah ayah buat kali terakhir pun belum tentu adie sempat..

Apa pun adie bersyukur ke hadrat Illahi, kerana semuanya berjalan dengan lancar dan cepat.. tiada sebarang masalah.. majlis tahlil di lansungkan pada hari pertama, ke dua, ketiga, dan hari ini yg ke empat.. dan Alhamdulillah berjalan lancar.. Sekarang ni, walaupun dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tau apa yang Adie rasa, Adie akan terus mendoakan buat arwah ayah.. menyedekahkan doa, al-fatihah, dan bacaan yasin.. moga-moga roh ayah dicucuri rahmat Allah selalu..


Ya Allah, Ya TuhanKu, ampunilah segala dosa-dosa Arwah ayah hamba,
Tempatkanlah dia bersama orang yang soleh dan solehah,
janganlah kau seksa dia yang Allah.. terimalah segala Amalan baik, amal jariah, dan ibadahnya
ketika dia masih hidup.. rahmatilah dia, dan cucurilah roh arwah dengan rahmatMu Ya Allah..
hamba sebagai anak hanya mampu mendoakan kesejahteraannya di alam sana... Sesungguhnya Kau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Makbulkanlah doa hamba yang lemah lagi hina ini Ya Allah.. Makbulkanlah.. Amin..


Tuesday, March 29, 2011

Gaya Potongan Rambut Inspirasi Korea Dan Jepun.

Pertama sekali, sekarang ini Adie dah tak berkesempatan nak kemaskini blog selalu,.. walaupun macam-macam idea nak tulis, tapi keadaan tak mengizin.. keperluan pun takde.. (tah bila la nak ada lappy sendiri)
Hari ni Adie dekat kampung, Kuala Selangor, dapat la Adie on9, tiba-tiba teringat pula dekat blog Adie ni, haha.. Nak kemaskini sikit..

Kali ini, Adie nak tulis pasal gaya rambut,.. hehe.. Adie ni memang minat sangat2 menata gaya rambut sendiri, memang kalau boleh, setiap kali pergi kerja Adie ingin tampil berbeza.. Sekarang ni, gaya yang paling memberi inspirasi pada diri adie adalah gaya potongan rambut korea, dan jepun.. wah wah wah.. jadi, adie memang banyak berekperimentasi dengan diri sendiri.. cipta gaya rambut sendiri.. campur itu ini, wax, foam, gel, oil.. haha.. dekat sini adie sertakan sebahagian gaya yang pernah adie gayakan samada untuk ke tempat kerja mahupun jalan2.. haha.. mana tahu, pembaca boleh cuba.. Ada bran?? hehe..


GAYA RAMBUT ADIE KUN





Adie Kun @ Raja Bulan.