Showing posts with label Harapan. Show all posts
Showing posts with label Harapan. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

'Selamat Tinggal 2013'

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirai 3 hari saja lagi. Terasa begitu cepat masa berlalu.. Mungkin dunia dah semakin tua, dan kita semua semakin hampir ke arah pengakhiran zaman, jadi waktu berlalu dengan pantas dalam sedar atau tidak.. Apa pun yang berlaku.. Hidup perlu diteruskan.. dan selagi ada waktu yang tersisa.. Kita gunakan sebaiknya untuk ke arah yang lebih baik lagi.. Menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya.. InshaaAllah.. Tahun 2013 ini  aku lalui dengan penuh suka dan duka...  Kenangan pahit manis yang tidak akan dilupakan sepanjang berdirinya aku sebagai seorang insan yang bernama Adie...

Azam 2013 yang telah berjaya dicapai...

Alhamdulillah.. aku ada beberapa azam untuk tahun 2013.. dan syukur kepada Allah dengan berkat usaha, tanpa mengenal jemu.. penat.. dan doa.. aku berjaya untuk merealisasikan azam tersebut.. Tapi kebanyakkan azam lebih ke arah untuk diri sendiri... Antaranya.. (memanglah azam dibuat untuk diri sendiri kan?.. takkan untuk orang lain pula?hahaha)

Azam untuk mendapatkan berat badan yang ideal atau menambah berat badan. Sebelum ini ramai yang menegur aku dan mengatakan aku terlalu kurus dan sebagai seorang lelaki berat badan aku bukanlah ditahap yang ideal. Memang sebelum ini aku dah mencuba pelbagai cara untuk menaikkan berat, tapi sia-sia. Jadi di awal tahun 2013, Januari, aku membeli beberapa keperluan untuk merealisasikannya dan aku nekad walaupun terpaksa membelanjakan sejumlah wang.. hampir seribu ringgit dibelanjakan.. Antaranya Minuman protein weight gain untuk 2 bulan, dumbell, dan alat senaman sit up. Hampir setiap hari, selepas balik kerja aku akan bersenam selama satu ke dua jam.. ambil protein sebelum dan selepas bersenam.. makan dengan banyak.. walaupun penat bekerja tapi aku gagahkan dan paksa diri aku, sampai satu tahap aku demam selama seminggu kerana badan tidak tahan dan terlalu letih. Aku berjaya konsisten dalam melakukan aktiviti senaman dan mengambil minuman protein selama hampir 3 bulan.. dan hasilnya aku berjaya memiliki berat badan ideal dari 49 kg ke 58 kg.. saiz pinggang 28 naik ke 30cm.. berjaya menambah berat badan sebanyak 9kg... Alhamdulillah.. dan ramai yang menegur aku semakin berisi dan penampilan aku nampak lebih baik dari sebelum ini..

Azam membeli Handset yang canggih dan terkini.. Aku seorang yang bila membeli sesuatu, contohnya hp,aku akan menggunakannya selagi boleh digunakan.. Aku bukanlah seorang yang gila dengan gadjet atau teknologi-teknologi terkini tapi bila melihat ramai dari kalangan kawan-kawanku, dan keluarga menggunakan handset terkini dengan aplikasi android aku mula terasa seperti ketinggalan zaman... Lagi pula, bila balik meeting di hq semasa Dato Siti Nurhaliza datang melawat, masing-masing mengeluarkan hp canggih untuk merakamkan detik bersama Dato'.. Aku pula malu untuk mengeluarkan Hp aku.. tapi dek kerana tidak mahu melepaskan peluang, aku suruh juga kawan mengambilkan gambar aku bersama dato menggunakan hp tok kadok.. hehehe.. Kini, aku berjaya merealisasikan impian untuk memiliki hp terkini. Walaupun terpaksa mengeluarkan sejumlah wang.. Aku tidak pernah membeli sesuatu semahal ini, masa mula-mula ingin membuat pembayaran aku berfikir dua tiga kali.. Betulkah tindakan aku.. Akhirnya dipendekkan cerita.. Aku kini merupakan pemilik Hp Samsung Galaxy S4.. Pada masa itu ianya bernilai rm2000 dan merupakan hp yang terkini sebelum keluarnya Hp Samsung Galaxy note III.. huhu~

Azam untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik walaupun tanpa menggunakan sebarang make up... Kali ini.. Azam yang ini, boleh dikatakan tercapai 50/50.. sebabnya masih dalam proses untuk merealisasikannya.. tapi sekarang aku ditahap 'bersyukur'.. hehe.. syukur alhamdulillah sebabnya, kulit aku yang bermasalah sebelum ini semakin pulih, sekarang masalah jerawat tidak lagi muncul, tapi masih ada parut-parut dimuka.. Tapi yang paling penting, sekarang walaupun tanpa sebarang make up, kulit aku masih kelihatan okey walaupun belum ditahap 'cantik'..  masih berusaha ke arah lebih baik lagi.. hehehe.. Untuk merealisasikan impian ini aku telah menghabiskan duit lebih dari berapa ribu..  tak kira.. tapi memang agak banyak.. hmm... tidak apa.. impian ini akan diteruskan untuk tahun 2014.. hehehe.. 

Azam untuk menjadi seorang anak yang lebih baik.. Hmmm.. yang ini, inshaaAllah masih ditahap ''OKEY''.. mungkin diri sendiri tak mampu untuk menilai.. tapi setakat untuk tahun 2013.. aku cuba untuk menggembirakan hati emak di kampung dengan selalu melawatnya hampir setiap kali aku cuti.. dan setiap kali cuti bila balik kampung.. aku akan membawa emak pergi makan-makan... pergi membeli belah barang-barang keperluan harian, kadang-kadang bawa emak pergi ke mana yang dia mahu... Sampaikan kawan-kawan sekerja aku pelik, kenapa aku selalu balik kampung.. padahal guna banyak duit, masa untuk kawan-kawan pun tiada.. Aku sanggup korbankan waktu cuti, untuk berehat, untuk melakukan aktiviti dengan kawan-kawan semata-mata untuk mak.. Aku tidak pernah menyesal.. sebab bagi aku mak adalah harta aku yang tidak ternilai, aku memang tak dapat nak bayangkan kehidupan aku tanpa mak.. Hilangnya doa dan kasih sayang seorang Ibu.. Itu adalah yang paling aku takut.. Aku tak putus-putus mendoakan agar emak diberikan kesihatan yang baik, dan gembira walaupun ketiadaan ayah... Aku tahu emak sunyi di kampung semenjak ayah tiada, dan anak-anaknya ramai yang sudah keluar dari rumah bekerja ditempat lain, termasuklah aku. InshaaAllah azam ini aku teruskan sampailah kepenghujung waktu dan hayat aku... 


Azam untuk ... hmmm.. Azam untuk merasai semula perasaan disayangi dan menyayangi.. ''to love and beloved''... Rasanya dah lama sangat tak berbicara tentanng cinta.. dan lama sungguh tak merasai perasaan itu.. Pernah dikecewakan.. dan rasa sakit dikecewakan itu membuatkan aku rasa trauma untuk bercinta lagi... Kerana sakitnya.. teramat... Tapi hati ini meronta-ronta.. Kadang kala terasa begitu sunyi sekali hidup ini tanpa kehadiran seseorang.. Terasa ingin dihargai... disayangi, ada orang ambil berat tentang kehidupan ini, berkongsi suka dan duka... ada tempat untuk mengadu dan meluahkan..  Di saat ini aku terasa seperti ingin menangis.. Mungkin kerana aku merasakan diri aku bukanlah seseorang yang pandai dalam bab-bab seperti ini... Seorang yang gagal dalam bercinta.. mengeksperikan diri.. terlalu sensitif...Kadang-kadang aku selalu merasakan diri aku bukanlah seorang yang berpesonaliti menarik yg mempunyai aura... yang mampu untuk memikat hati seseorang.. Kadang terasa buruk rupa, Tak dapat nak buang perasaan rendah diri... Sebabnya setiap kali dalam percintaan... mesti akan berlaku dimana pada mulanya semuanya indah-indah belaka, tapi sampai satu tahap aku pula yang kelihatan ''terhegeh-hegeh''..''terkejar-kejar''... walaupun sebenarnya aku memang ikhlas.. ikhlas menunjukkan perasaan aku.. perasaan sayang dan apa yg aku rasa dalam hati dengan cara aku sendiri.. cuba untuk bahagia.. aku juga punya perasaan untuk dihargai.. disayangi.. dirindui.. merasai perasaan ''wujud'' dalam diri seseorang... Tapi bila diri tidak dihargai. janji tinggal janji... apa lagi yang boleh aku buat.. melainkan terasa sendiri... sebab semua itu tidak boleh dipaksa... Aku hanya mampu menangis dan meraung meratapi dan merasai satu perasaan yang sangat sakit dan tak boleh dijelaskan dengan perkataan... seumpama ditusuk duri dalam hati terasa amat sakit.. Aku harap sangat.. biarlah kali ini yang terakhir kalinya kerana aku dah tak sanggup lagi kecewa~~


Harapan aku... Semoga penutup tahun 2013 merupakan penutup buat kisah-kisah sedih aku... kisah sedih dari zaman kanak-kanak lagi... Aku teringin untuk merasa bahagia seperti orang lain.. Moga-moga tahun 2014 menjanjikan yang lebih baik lagi buat diri aku.. keluarga aku... dan orang-orang yang aku sayangi... InshaaAllah~~ Amin~



ADIE KUN @ RAJA BULAN

Monday, October 5, 2009

Berhenti Kerja Dan Bermulanya Sebuah Pencarian..


Hari selasa yang lalu iaitu pada 29 September 2009, aku nekad memberitahu abangku niat untuk berhenti kerja dengannya. Semua ini bermula dari cadangan kawanku yang ingin mencari pekerjaan dan mengajakku menyertainya.. Setelah difikirkan masak-masak, aku setuju untuk mengikutinya dan sama-sama mencari kerja nanti. Abangku bersetuju dan seolah-olah tidak kisah aku berhenti kerja, jadi tiada halangan untuk aku mencari kerja dengan hati yang tenang.. Aku mengambil keputusan ini kerana memikirkan, sampai bila aku ingin bergantung harap pada keluarga, dan selain itu aku juga ingin mencari pengalaman bekerja di luar, bekerja di bawah arahan orang lain selain dari keluarga sendiri atau pun kawan-kawan, malah aku juga teringin untuk merasai hidup sebagai orang bujang dan menyewa rumah bersama kawan-kawan. Walaupun terasa berat hati, tetapi apa pun aku perlu keluar dari kebiasaan demi kepentingan diri aku sendiri dan juga masa depan aku..


Wahhhhhh.. nampaknya aku terpaksa memberanikan diri dan cuba untuk yakin dengan kemampuan diri walaupun aku merasa agak resah kerana aku tidak mempunyai pengalaman bekerja selain dari dengan keluarga sendiri dan kawan-kawan.. Cuma mampu berdoa kepada Allah agar apa yang aku usahakan akan membuahkan hasil dan aku menemui dan diberikan pekerjaan yang sesuai dengan diri aku dan dapat menjamin masa depan aku.. InsyaAllah..

Pagi tadi bermulanya pencarian aku bersama kawan aku, dan hari ini merupakan temuduga pertama yang aku pergi, temuduga disebuah kilang tilam Goodnite, (tilam dalam rancangan deko bersama eric) Temuduga untuk jawatan pekerja am sahaja, semuanya berjalan lancar, dan aku diberikan masa untuk memikirkan samada ingin menerima jawatan tersebut atau tidak. Tetapi nampaknya pekerjaan itu kurang sesuai untuk aku lebih-lebih lagi, menawarkan gaji yang rendah. Jadi aku dan kawan aku mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan lain. Fuhhh.. barulah aku tersedar, kerja bersama abangku lebih baik lagi berbanding bekerja di kilang tersebut kerana mendapat bayaran sama seperti bekerja dengan abangku. harap Allah permudahkan pencarian kami.. dan semoga kami menjumpai pekerjaan yang sesuai dengan gaji yang berpatutan.. Amin..

Sempat Posing, hehe.. (^_^)

Bersantai, padahal fikiran serabut fikir pasal kerja.

Sempat posing sehari sebelum temuduga.

Menanti dengan penuh harapan..



Adie Kun @ Raja Bulan


Wednesday, July 8, 2009

Akhirnya Aku Bekerja..





Hari ini merupakan hari ke 2 aku bekerja dengan abang aku, dia membuka kolam pancing udang harimau di sekitar kuala selangor lebih kurang 2 bulan lepas, kebetulan pekerjanya telah berhenti baru-baru ini, jadi dia telah menawarkan aku dan abang ku yang belum bekerja untuk bekerja dengannya sementara kami belum mempunyai pekerjaan. Pada asalnya aku berat hati untuk menerimanya kerana beberapa sebab, tetapi disaat akhir aku telah menerima pelawaannya. Sekurang-kurangnya aku mempunyai pekerjaan, dan duit poket sendiri nanti, sementara menanti peluang pekerjaan yang lain, dan aku ada memohon untuk bekerja dalam sektor kerajaan, lagi pun aku telah lama mengangur.. Kerja disana tidaklah berat, tapi agak membosankan kerana aku berseorangan di situ, dan keadaan amat sunyi, tugas utama aku adalah menjaga kolam dari jam 7 pagi hingga 3 petang, dan selebihnya menyelenggara keadaan kolam dan udang. Aku berharap sangat semuanya akan baik-baik saja. InsyaAllah.. Amin..


p/s - selama 2 hari aku bekerja, dalam sehari berpuluh ekor udang harimau mati dan masih segar, ada yg bersaiz seperti udang galah, besar-besar.. tapi aku tidak suka makan udang, jadi tidak berapa teruja.. haha.. Kadang abg aku memberikan udang-udang tersebut pada keluarga untuk dimasak.

Adie Kun @ Raja Bulan


Monday, March 23, 2009

Bermulanya Episod Yang Baru.


Setelah perbincangan di lakukan beberapa kali, kami berempat mengambil kata sepakat untuk menceburkan diri masih dalam bidang yang sama iaitu akuakultur tetapi sektor yang berlainan, sebelum ini kami menjalankan penternakan ikan keli tetapi kali ini kami ingin mencuba dalam menghasilkan anak benih ikan keli. Membekalkan anak benih ikan keli kepada penternak-penternak di sekitar selangor.


Kami telah gagal untuk projek yang sebelumnya, jadi kami tiada modal untuk memulakan yang projek baru. Jadi kami telah memohon pinjaman sebanyak sepuluh ribu ringgit daripada agensi MARA, atas nama si Z, si anak orang berada dan dia di pertanggungjawapkan atas risiko-risikonya atas permintaan dirinya sendiri demi menebus kesilapan lalu. Ini bermakna pelaburan sebanyak lebih daripada lima puluh ribu ringgit telah dibuat.

Selepas pelbagai dugaan yang kami hadapi sepanjang menunggu tempoh pinjaman diluluskan akhirnya pinjaman telah dapat ditunaikan, kesabaran kami selama ini tidak sia-sia, setelah menunggu hampir 4 bulan akhirnya kami boleh memulakan projek seperti yang telah dirancangkan. Walaupun pinjaman telah diperolehi, ianya tidak dapat membendung masalah daripada berlaku. Bermacam-macam masalah dalaman yang melanda berpunca daripada kami berempat sendiri sehingga menyebabkan keadaan menjadi tegang dan masing-masing ingin menarik diri dan tidak memperdulikan soal projek itu lagi. Aku bingung dan hampir putus asa, tetapi Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan dan menganugerahkan aku sikap penyabar dan pendamai yang tinggi. Aku berusaha untuk memujuk mereka kembali dan mendamaikan keadaan, usaha aku akhirnya berjaya, walaupun aku sendiri ada terasa untuk berputus asa dan menarik diri. Di sebabkan projek ini aku menangis mengenangkan nasib, aku tidak mahu segala pengorbanan dan usaha selama ini menjadi sia-sia dan membazirkan masa begitu sahaja, membuatkan masa depan sendiri menjadi gelap.

Sekarang, keadaan agak terkawal, bermula dari 11 mac yakni hari lahir aku, masalah telah dapat diselesaikan sedikit demi sedikit. Aku bersyukur, dihari yang penuh bermakna buat aku, doa aku seolah-olah di makbulkan oleh Allah... Pada 12 mac iaitu ke esokan harinya kami telah mula membeli barang-barang untuk projek. Kemudian kami berbincang dan menetapkan awal bulan April, kami akan mula beroperasi sepenuhnya, sementara menunggu seorang kawanku berhenti kerja dan seorang lagi balik dari pahang. Sekarang setiap hari ahad dan hari yang dipersetujui, kami sudah mula menyediakan tapak operasi, membina kolam asuhan, bangsal, tapak semaian, pondok dan sebagainya.. Aku berharap sangat, semuanya akan berjalan lancar selepas ini dan semoga semuanya akan baik-baik saja, tiada lagi masalah-masalah yang serius timbul di kalangan kami.. InsyaAllah.. Amin..

3 buah kolam berukuran 30 x 40 kaki dan pondok.

Pondok @ Bangsal (masih dalam pembinaan)

Kolam Asuhan


Adie Kun @ Raja Bulan

Tuesday, January 13, 2009

Jom Makan Pizza.. (^_^)

Hari ini agak letih, bangun pun lewat, mungkin disebabkan otot-otot dan badan yang letih kerana bersenam semalam dalam proses pemulihan. Tahun ini insyaAllah, nak sambung azam tahun-tahun lepas yakni menambah berat badan yang tak cukup ideal ini dan memiliki badan yang cantik. Berat badan 49 kg, ideal 51 kg, target 56 kg.. Semoga usaha dan doa dimakbulkan Allah. Bila badan tidak mempunyai berat yang ideal dan kurus, memang terasa sangat kekurangan, kurang bertenaga, cepat letih, mudah sakit dan mendapat demam dan kalau nak beli baju pun pilihannya terhad, size S, kalau besar sedikit pasti akan kelihatan menggelebeh dan macam-macam lagi. Harap sangat tahun 2009 ini hasrat akan tercapai.

Dalam usaha nak menambah berat badan, perlu makan dengan banyak makanan yang mengandungi protein dan berkhasiat, dan dalam masa yang sama harus bersenam.. Malam tadi pula, akak masak pizza saiz hidangan untuk 10 orang, makan pizza sampai hari ini pun masih terasa kenyang. Sedap, jadi lepas ini tak perlu pergi ke Pizza Hut lagi, tak mahu duit yang dibelanjakan mungkin akan disalurkan kepada kejahatan dan kekejaman. Boikot apa yang termampu saja dan lakukan apa yang patut untuk menunjukkan yang kita ambil kisah dan ambil berat tentang perkara yang sedang hangat berlaku ketika ini. Apa pun semoga semuanya akan baik-baik saja. InsyaAllah..

Sebelum dimasak.
Selepas dimasak

Tuesday, January 6, 2009

Perbuatan Israel & Amerika, Melampau! tak boleh dimaafkan!!


Geram, sakit hati, sakit jiwa, marah, dan segala macam perasaan tak puas hati meluap-luap bila tengok dan baca berita mengenai kekejaman israel terhadap palestin di Gaza, dan sekutunya Amerika.. Hati terasa seperti disentap-sentap, badan menggigil, sayu, sedih, kecewa dan air mata bergenang bila melihat mangsa-mangsa kekejaman mereka, terhadap rakyat yang tidak berdosa, kanak-kanak, orang tua, dan sebagainya, betapa kejam dan tak berperikemanusiaan. Perbuatan mereka atas alasan apa pun memang tak boleh dimaafkan! memang ternyata dan terangan melampaui batas. Erm, tapi apa pun tiada apa yang boleh aku lakukan selain dari meluahkan kata-kata tidak puas hati di blog ini. Hendak memboikot? mungkin ada barangan dan sebagainya yang boleh diboikot, Ya, sudah tentu akan memboikot apa yang termampu, tapi keseluruhan? seperti mustahil. Memberi sumbangan dari segi kewangan? tiada sumber kewangan. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa, berdoa buat mereka yang tertindas tabah menghadapi dugaan, berdoa agar keamanan akan kembali, kebebasan akan dimiliki, hak dan apa jua yang berkaitan tidak dicabuli lagi. Berdoa agar penderitaan mereka dapat dihentikan, berdoa agar pihak yang zalim seperti Israel dan Amerika mendapat balasan terhadap apa yg mereka lakukan terhadap pihak yang lemah dan sebagainya..Berdoa agar umat islam seluruh dunia bersatu.. Semoga Palestin dan negara-negara yang senasib dibebaskan.. merdeka dan rakyatnya dapat hidup dengan aman damai.. InsyaAllah.. Amin.

*Sama-samalah kita berdoa.. untuk keamanan sejagat.


P/S- selalu berangan, seronoknya kalau ada kuasa seperti watak-watak didalam anime, dengan kuasa dan kelebihan yang dimiliki boleh membanteras kejahatan dan kekejaman, membantu orang-orang yang tertindas. hmm..


* Al-Fatihah buat mereka yang gugur dan sudah tiada, semoga mereka diberikan mati syahid dan ditempatkan bersama orang yg soleh dan solehah.. Amin.

Monday, December 15, 2008

Hati Yang Terluka Bersama Harapan.


Apabila hati merasa sunyi dan keseorangan.... Diri dan jiwa terasa seperti kosong dan suram... Lalu mengharap agar kekosongan dan kesuraman dalam diri di isi dan disinari... supaya hati tidak merasa sunyi dan keseorangan lagi... Perasaan memang sesuatu yg sukar untuk diduga, dijangka dan kadang sukar dijelaskan... sesuatu yg kompleks.... sesuatu yg istimewa dimiliki setiap insan.. sesuatu yg tidak boleh dipandang remeh....
Begitulah apa yg aku rasai... Walaupun aku cuba untuk tidak mengendahkannya.... cuba melupakan perasaan itu, cuba untuk tidak melayan perasaan itu, dengan melakukan perkara-perkara yg lazim..... Satu saat... satu masa... Ia pasti akan datang.... Ketika itu, terasa seperti diri berada di satu sudut yg gelap dan ditinggal keseorangan..... sunyi sepi.. mulai terasa seperti hanyut.. terkapai-kapai keseorangan..meronta-ronta... dan disaat itu, air mata pasti mengalir dengan sendiri.... mengalir bersama kepiluan dihati ni...erm.. Terdetik difikiran. Mengharap, alangkah bagusnya kalau ada orang yg sudi mengisi kekosongan dihati ini... menyinari hidup yg suram ni... Diri terasa ingin disayangi.. dibelai dan dimanja.... diberi perhatian dan diambil berat, dikasihi dan dicintai. serta seumpamanya... Bahagianya! Kemudian, teringat kata orang yg lazim mengatakan. 'Di usia muda ni tak perlu fikirkan semua tu... belajar dulu, cari pengalaman. dan kekosongan hati tu boleh di isi dengan amal ibadat.....'. Aku tahu, tapi aku hanyalah manusia biasa.... dan aku tahu bukan aku saja yg merasa seperti ini... pasti ramai lagi diluar sana....tiada manusia dalam dunia ini yang boleh hidup bersendirian.Pada suatu ketika..... muncul seseorang dalam hidup ni.. kemunculannya membawa seribu erti.... dihati bertanya... 'adakah dia? diakah orang yg akan mengisi kekosongan dihati ni?'. Mulanya semuanya kelihatan indah... diri terasa seperti seorang yg amat bertuah... terasa bahagia.... senyuman terukir selalu...di hati hanya ada dia... difikiran asyik memikirkan dia.... Tapi langit tak selalunya cerah... akhirnya ribut melanda.. Rupanya selama ini aku hanya bermimpi disiang hari... Bila terjaga barulah tersedar kenyataan yg menyakitkan... Perasaan dipermainkan, diperbodohkan, keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran selama ini dibalas dengan satu penipuan... Alangkah sakitnya menanggung perasaan ini...kesakitannya seperti hati dirobek-robek, disiat-siat dan terasa amat sakit sekali.. Rupanya aku hanya mengharap pada suatu yg belum pasti... harapan yg mungkin terlalu tinggi buat aku...perasaan yg meronta membuatkan aku terus mencuba.... tapi setiap kali...aku terus dilukai..dilukai dan dilukai. seperti sebuah sumpahan yg terpaksa aku tanggung kerana sesuatu perkara yg aku tidak ketahui ... Mengapa semua ini terjadi pada aku? mengapa? adakah aku tidak layak untuk merasa sedikit kebahagian dan kegembiraan? erm.... Kini sudah setahun lebih aku sendirian, aku merasa serik untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa, kerana aku takut perkara yang sama akan berulang, aku takut diriku akan disakiti lagi..dipermainkan lagi.. perasaan diperlakukan sebegitu betul-betul memberikan kesan terhadap diri aku... dan aku cuba untuk melindungi diri sendiri... Tetapi, Walaupun pada satu saat... aku rasa letih dengan semua ni... hampir putus asa dan tak mahu lagi mempercayainya..mempercayai pada kata-kata manis, janji-janji yg ditaburkan dan sebagainya... Namun, perasaan yg meronta2 ini terus mengharap.. mengharap... dan mengharap.. sinar hadir didalam kegelapan...suatu hari dan satu masa nanti... harapan menjadi pasti!!

*gambatte kudasai adie kun! akiramenai yo!!