Friday, December 3, 2010

Sepintas Lalu..

Wahhh.. dah lama sangat tak update blog.. Pejam celik, pejam celik,.. rupanya dah hampir 7 bulan Adie bekerja di bangi, dah akhir tahun pun, masih jawatan yang sama.. gaji yang sama.. dalam tempoh ini, terlalu banyak peristiwa pahit manis yang berlaku dalam kehidupan Adie, samada peribadi mahupun kerjaya. Sampai satu tahap, Adie selalu terfikir untuk berhenti.. tapi, Adie kuatkan diri juga, sebabnya.. sekarang, bukan senang nak cari kerja yang baik, jadi buat sementara waktu, sementara belum ada rezeki dalam bidang kerjaya yang lain, Adie akan terus bekerja.. InsyaAllah, dengan kehendak-Nya, semuanya pasti akan baik-baik je..

Dalam tempoh hampir 7 bulan ini, kehidupan Adie, hanya pada kerjaya, lansung tiada masa untuk kawan-kawan.. lagipun jarak dan masa memisahkan kami.. rindu sangat pada mereka, harapnya mereka faham.. nak online dekat bangi pun tak dapat.. sebabnya tempat Adie menetap, tiada kemudahan CyberCafe.. ermm... sebab itu la, kadang-kadang tak dapat online sampai sebulan lebih..

Doa Adie, semoga kehidupan Adie akan bertambah baik lagi lepas ini, moga keajaiban berlaku, erm.. apa pun Adie akan berusaha untuk terus maju kehadapan.. InsyaAllah.. Amin..


GAMBAR TERBARU.






Tuesday, May 18, 2010

Kerja Baru.

Pertama sekali, alhamdulillah.. syukur ke hadrat illahi kerana Adie sudah pun mula bekerja di tempat kerja baru.. Nampaknya lepas ini Adie tidak dapat nak update blog selalu, sibuk dengan kerja dan tempat adie bekerja tiada cybercafe.. wahhh.. Memang kerja ini merupakan kerja tetap, tapi Adie merancang dalam pada masa yang sama, Adie ingin mencari kerja yang lebih bagus.. InsyaAllah..

Erm, memang sesuatu yang sangat baru buat Adie, sekarang Adie tidak lagi duduk bersama keluarga di kuala selangor, berhijrah ke bangi, menyewa bilik yang dekat dengan tempat kerja.. seorang diri.. wahhhhh..memang sesuatu yang sangat asing buat diri adie yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga.. Apa yang Adie mampu lakukan sekarang hanyalah berdoa kepada Allah agar dipermudahkan kehidupan Adie disana, dilindungi selalu..

Di permulaan agak membosankan, sebab Adie tiada kawan lansung di sana.. balik kerja, duduk melepak didalam bilik.. tiada aktiviti sampingan yang boleh menghilangkan bosan, selain duduk didalam bilik dan mendengar radio, wahhhhhh.. tiada tv, lappy, apa pun tiada kecuali radio kecil.. Bak kata orang.. bermula dengan 'KOSONG'.. tapi kira okey lagi, dari tiada kan.. hahaha.. duit pun dah pokai, bayar sewa bilik dan persiapan kerja..

Apa pun.. Doa Adie, Moga kehidupan adie yang baru ini, bakal membawakan sinar kegembiraan buat diri adie dan memberikan pengalaman yang berharga.. InsyaAllah.. Amin.. buat majikan adie yang terdahulu yang telah menganiaya diri Adie dan kawan-kawan, memang Adie tidak akan lupakan, dunia dan akhirat adie takkan halalkan apa yang datang dari diri Adie.. moga Allah memberikan pembalasan yang setimpal terhadap penganiyaan yang dia telah lakukan.. Amin...



Adie Kun @ Raja Bulan.

Wednesday, April 28, 2010

Percutian Ke Pulau Pangkor.

Rasanya kali terakhir Adie pernah menjejakkan kaki di Pulau pangkor, waktu Adie kecil-kecil dulu, lebih kurang dalam usia darjah 5 ke darjah 6.. hahah.. lamanya.. Jadi, memang agak teruja untuk kembali ke sana.. menikmati keindahan pantai, dan panorama alam... Adie memang suka sangat bab-bab berjalan ni.. So, walaupun sebenarnya kekurangan bajet untuk join trip ke Pangkor, bersama teamsailors dan beberapa orang lagi, Adie gigihkan diri juga untuk mencukupkan bajet.. hahaha.. lagipun, bukannya selalu, sekali-sekala, dan ini merupakan pertama kali Adie pergi bercuti ke sebuah pulau bersama team adie.. yeay!! haha.. (^_^)

Overall, memang menyeronokkan, apa taknya, kalau berada disamping kawan-kawan dalam teamsailors, benda tak best pun boleh jadi best, meriah! penuh dengan gelak ketawa dan keriangan.. sudah pasti ada saja nak dijadikan bahan berborak, bergosip.. huhu~ i know u like gosip.. hehe.. Paling best sekali, ini merupakan pertama kali Adie mencuba aktiviti Snorkling, owh goshhh.. seronok sangat berenang sambil melihat ikan disekeliling yang tidak takut dengan kehadiran kita.. erm.. tapi macam biasa, bila nak berpisah tu, rasa sedih pula.. Apa pun, percutian Adie kali ini memang berjaya membuatkan Adie lupa tentang segala masalah yang melanda.. dan juga berjaya mengeratkan lagi hubungan persahabatan dikalangan sailor-sailor.. hahaha.. Mungkin selepas ini, insyaAllah kalau panjang umur dan murah rezeki, kami akan merancang percutian ke destinasi lain pula.. hehe.. (^_^)V



GAMBAR KENANGAN.

Dalam perjalanan, sempat berhenti ambil gambar di tepi bendang.. hehe..


Dalam perjalanan ke Pulau Pangkor. (^_^)



Di Challet Mizam, Pulau Pangkor.


Semasa Aktiviti Snorkling.


Semasa perjalanan balik ke lumut dan di jeti lumut..


Adie Kun @ Raja Bulan


Gaya Potongan Rambut Korea.. hehe..

Minggu lepas, Adie mengambil keputusan untuk memotong rambut, pada mulanya memang terasa berat hati.. Sebab rasa sayang pula hendak memotong rambut yang Adie memang sengaja bela kerana sudah pun agak panjang seperti gaya yang Adie nak.. Tapi dek kerana, masa itu kepala agak serabut, jadi Adie sibuklah melayari laman web untuk mencari gaya yang terbaru, Adie memilih Korean style sebagai rujukan, dan akhirnya Adie mendapat inspirasi dari artis korea, Lee jun ki semasa beliau berambut agak pendek.. Jadi Adie memilih untuk memotong rambut seperti gaya beliau.. huhu~ lihatlah hasilnya.. (^_^)V

*walaupun terasa berat hati, tapi Adie suka dengan gaya rambut yang terbaru.. pic di bawah rambut pendek belum digayakan dengan wax atau gel..


sebelum dan selepas gunting.. (belum wax)

Selepas Wax, tapi dah tak berapa kemas..
Kim Bum

Lee Jun Ki

Adie Kun @ Raja Bulan


Thursday, April 15, 2010

Beriadah di Air Terjun Bukit Bertangga, Pahang.

Sebenarnya sudah lama Adie pergi ke tempat riadah ini, tapi disebabkan terlalu sibuk dengan kerja, Adie lansung tidak dapat untuk mengemaskini blog, jadi sementara ada masa, Adie nak selitkan serba sedikit tentang tempat riadah yang Adie pergi ini.. Adie merupakan seorang yang gemar bermandi manda, suka dengan suasana air terjun yang mendamaikan, malah menyegarkan badan, jadi semasa mengikut kawan Adie balik ke kampung halamannya di Bera, pahang pada bulan februari yang lepas, Adie tidak melepaskan peluang untuk mengajaknya beriadah dan bermandi manda di sana, kerana sebelum ini dia pernah menceritakan mengenai keindahan dan keseronokan suasana dia Air Terjun Bukit Bertangga. Bertolak pada awal pagi, sampai disana lebih kurang tengah hari, pada mulanya kami agak terkejut kerana keadaan anak sungai yang mengalir dari air terjun agak mendukacitakan kerana mengikut kata kawan Adie, ianya disebabkan kurang menerima hujan, jadi air semakin berkurangan dan agak cetek. Pada mulanya kami ingin pulang, tapi Adie mengajak kawan-kawan untuk pergi lebih atas lagi, terserempak dengan orang-orang yang baru mandi, ianya menguatkan semangat kami, orang tempatan mengatakan jika kami mendaki lebih tinggi lagi kami akan menemui sebuah air terjun yang sangat tinggi dan cantik. Kami memulakan pendakian, owh my goshhhh.. memang meletihkan, ditambah lagi kami masih belum makan, jadi jika ingin mendaki ala-ala jungle tracking jangan lupa makan dan bawa apa yang patut.. tapi semua itu memang berbaloi, Adie dan kawan-kawan terpukau dengan kecantikan air terjun di bukit tangga, memang cantik, dan hanya kami bertiga sahaja yang berada di atas sana, tidak dapat melupakan pengalaman mendaki yang menyebabkan kami hampir pitam dan nak termuntah, tapi keadaan kami kembali segar selepas puas bermandi manda, memang puas hati. Air terjun bukit bertangga, di puncak memang sangat indah, ketinggiannya lebih kurang setinggi pokok kelapa dewasa. wowwwwww.. best-best.. hehee.. Kalau ada masa, ingin cuba destinasi air terjun yang baru.. yeay.. (^_^)

GAMBAR KENANGAN.


Adie Kun @ Raja Bulan



Monday, April 12, 2010

Padah Mencuba Rokok.


Dalam seumur hidup Adie, Adie memang tak pernah merokok.. walaupun sekali.. sebab Adie jenis yang mudah jatuh sakit, sampaikan menhidu bau rokok pun Adie tidak tahan dan kadang-kala boleh demam dibuatnya kalau terlebih hidu.. Lagipun Ayah memang melarang anak-anaknya merokok dan memberi amaran supaya tidak merokok kerana memang ianya tidak berfaedah, lagipula dia tidak mahu kami menjadi sepertinya berhabisan duit kerana rokok dan memang payah untuk berhenti kalau sudah menjadi perokok tegar.

Masa melepak dengan kawan-kawan Adie di klang tempoh hari, kebetulan ada satu masa itu, 3 orang kawan Adie sedang asyik merokok, (mereka bukan perokok tegar) jadi tiba-tiba muncul rasa ingin mencuba yang sangat kuat dalam diri, nak juga tahu apa rasanya menghisap rokok sampai orang sanggup berhabis duit, akhirnya termakan godaan nafsu, Adie pun gatal tangan mengambil rokok pada tangan kawan Adie dan mencuba, memang terasa janggal sangat, Adie menyedut rokok tersebut tetapi tidak dapat menangkap, keseronokkannya? jadi Adie terus menghisap sehingga 4, 5 sedut.. hahah.. owh goshhhhhh.. lepas itu Adie terus terbatuk-batuk dan muntah. Ingatkan sampai disitu saja, rupanya sehari selepas Adie balik ke rumah, Adie telah diserang demam, batuk-batuk, dada terasa sempit, dan selesema, sehingga berlanjutan selama seminggu lamanya.. Serik nak mencuba lagi, inilah padahnya mencuba perkara yang tak berfaedah, akhirnya menyusahkan diri sendiri, pengajaran buat diri Adie.. erm.. lepas ini memang sudah serik untuk merokok lagi.. walaupun satu dua sedut.. haha.. (^_^)


Adie Kun @ Raja Bulan

Tuesday, April 6, 2010

Empat Sailor Senior Berkumpul (^_^)

Sabtu yang lepas, Adie keluar bersama teamsailors, sailormars, pada mulanya hati Adie memang berbelah bahagi untuk keluar, kerana tiada mood dan semangat untuk jalan-jalan, tapi demi kawan Adie lupakan semua itu.. haha.. Tapi memang berbaloi sangat, bila bersama mereka, segala kesedihan terubat.. hari penuh ngan senyuman dan gelak ketawa, lagipun sudah hampir 3 bulan kami tidak berjumpa, jadi, bila sudah berjumpa, faham-faham sajalah, banyak perkara yang ingin dikongsi dan diborakkan.. memang gamat.. Petang Sabut, Adie keluar bersama Mars, pergi jalan-jalan ke Pavillion, KL, plan asal hendak ke Sunway Piramid, tapi menukarnya kerana hendak jumpa seseorang di KL, tapi agak menyedihkan orang yang ingin di jumpa tidak muncul kerana ada hal. Jadi, agak sia-sia kami membatalkan hasrat untuk ke Sunway piramid dan pergi ke KL, owh goshh.. memang frust, tapi nak buat macam mana kan.. dah nasib.. haha.. bertolak dari KL dalam pukul 9 lebih dan sampai di Teluk pulai, disana kami di ambil oleh ex sailor pluto, memang kami merancang untuk stay di rumah kawan iaitu abg isaac ex kepada ex pluto.. haha.. sampai dirumahnya kami disajikan dengan makanan, bakso.. memang sedap, sambil makan kami berborak sakan.. owh my.. tiba-tiba sailor chibimoon muncul.. seronoknya.. dapat berkumpul macam dulu-dulu.. Empat sailor senior berkumpul.. haha.. malam itu kami tidur agak lewat kerana kami 'berpillow talk' sampai ke pagi dalam pukul 3 lebih.. (^_^) Keesokkannya kami pergi menonton wayang cerita 'The Clash Of The Titans'.. memang best, lagi-lagi bila menonton dengan kawan-kawan.. memang dalam tempoh kami bersama.. selama 2 hari itu, ianya begitu menggamit memori, syukur kepada Allah kerana hubungan kami semua telah kembali pulih,.. Adie dan Mars pulang pada pagi isnin. erm.. agak sedih.. tapi apa pun, harapan Adie agar persahabatan kami semua akan kekal sampai bila-bila.. Terima kasih pada mereka semua kerana menceriakan hari Adie yang begitu suram sejak akhir-akhir ini... (^_^)V

GAMBAR KENANGAN.





Adie Kun @ Raja Bulan



Berhenti Kerja, (Pengalaman Kerja Yang Memeritkan)

Rasanya sudah hampir 2 bulan lebih Adie tidak mengemaskini blog ini.. Erm, memang sejak bekerja dan dalam tempoh tersebut Adie begitu sibuk dengan kerja.. Sehingga tiada masa untuk kemas kini dan online, samada facebook, myspace, tagged dan sebagainya..

Apa pun sekarang Adie telah pun berhenti kerja, memang dalam tempoh 2 bulan lebih ini begitu banyak peristiwa yang berlaku, betul-betul menguji tahap kesabaran Adie mahupun kawan-kawan sekerja yang lain.. Tapi tahap kesabaran ada hadnya, minggu lepas, pada hari selasa 30 Mac 2010 Adie nekad untuk berhenti, atas desakan keluarga dan atas kemahuan Adie sendiri.. Lagipun, dua hari sebelum itu, dua orang kawan sekerja Adie telah pun berhenti kerja.. Adie dalam tempoh kemurungan selepas berhenti kerja.. Hanya Allah saja yang tahu perasaan Adie..

Pengalaman kerja kali ini memang pengalaman yang sungguh memeritkan dan tidak akan Adie lupakan sampai bila-bila.. erm.. Adie memang naif, dan kurang pengalaman, jadi pengalaman ini Adie boleh jadikan sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati untuk memilih pekerjaan selepas ini. Antara pengalaman yang tidak mungkin Adie lupakan...(hehe, skemanya ayat) -

-*Pada permulaan memang okey, rasa seronok dan ada masa depan, tapi selepas lebih kurang seminggu bekerja disitu, Adie dan kawan-kawan amat terkejut dengan tindakan majikan yang pelik, bayangkan, majikan mengumpulkan para pekerjanya dan menyuruh pekerjanya untuk mencari modal lebih kurang dalam rm 7000, dan kalau boleh setiap seorang mengumpulkan rm 1500.. menyuruh kami semua meminjam wang pada keluarga atau saudara, dengan memberi alasan hendak membayar deposit sewa rumah.. alasan majikan berbuat demikian kerana kekurangan bajet untuk projek terbarunya, dan amat terdesak. Nasib baik kami semua tidak terlalu bodoh mengikut katanya dan masing-masing mencari alasan dan tidak menyerahkan duit padanya.. bermula dari peristiwa ini kami semua tidak bersemangat untuk bekerja dan ingin berhenti tapi tetap bertahan.

-*Terpaksa bekerja lebih masa sehingga berjam-jam lamanya.. ada satu masa, kami terpaksa bekerja lebih masa direct seminggu.. 5 jam, 6 jam, 7 jam.. Tapi yang paling kami tidak boleh tahan, kami terpaksa bekerja 48 jam tanpa henti, bayangkan, 2 hari tidak tidur, 3 hari tidak mandi.. ada satu masa kami bekerja 24 jam tanpa henti, walaupun ada rehat seketika tapi bayangkan dalam keadaan tidak tidur, badan betul-betul terasa kepenatan tapi terpaksa juga bekerja. Di layan mengalahkan pekerja bangladesh dan makan minum tidak terjada. Hanya Allah sahaja yang tahu.

-*Membayar gaji kami tidak mengkut tarikh yang ditetapkan, lambat sehingga hampir 2 minggu lamanya.. walhal berapa sangat la gaji kami..

-* Adie dan kawan-kawan banyak menyedari tentang tipu muslihat majikan kami, dia banyak menipu kami, sehinggakan umur, pengalaman berniaga, tempat belajar pun dia boleh tipu.. kami pernah meminta untuk berhenti kerja serentak, seramai empat orang, kerana tidak tahan lagi dengan cara pengurusannya yang tidak sistematik, tetapi dia memujuk kami untuk kembali bekerja, kami memberikan dia peluang ke dua kerana memikirkan isterinya yang agak baik dengan kami, lagipula sesama bangsa.. tapi nampaknya peluang yang kami berikan, di sia-siakan malah keadaan menjadi bertambah buruk.

- Paling tidak boleh diterima, dalam diam dia ingin memberhentikan kami apabila mendapat pengganti Adie dan kawan-kawan, walhal orang yang bakal menggantikan kami ialah orang yang bakal kami ajar. Dalam waktu yang sama, baru Adie dan kawan-kawan dapat tahu yang OT (over time) kami sejam hanyalah rm1.50 sahaja,.. Owh my goshhhhhh... memang tidak berbaloi dengan penat lelah kami selama ini.

-* Dia berhutang dengan bapa salah seorang dari pekerjanya, dan mencagarkan mesin 'cutting' di tempat kerja sebagai cagaran jika dia tidak membayar hutang tersebut mengikut tarikh, dia beberapa kali gagal membayar hutang mengikut tarikh, tapi apabila perkerja tersebut mengambil mesin itu, dia membuat laporan polis, dan dengan tidak semena-mena Adie dan kawan-kawan yang lain terlibat sama dan kami hampir-hampir dimasukkan ke dalam lokap, Ya Allah, pada masa itu hanya Allah saja yang tahu betapa haru-birunya keadaan dan perasaan kami. Lagipula, perjanjian hutang tersebut tiada hitam putih dan hanya di buat dengan janji mulut, dipendekkan cerita, Alhamdulillah kes selesai selepas Adie dan seorang kawan memaksa kawan tersebut menyerahkan mesin dan membatalkan hasrat untuk melawan dan membuat laporan polis. erm.. tidak dapat bayangkan kalau kami semua diheret ke dalam lokap..

Memang terlalu banyak pengalaman yang memeritkan, sehingga Adie tak mampu untuk menceritakan semuanya.. apa pun, peristiwa ini merupakan satu pengajaran buat Adie.. Adie berharap sangat... Moga-moga selepas ini Allah memberikan Adie pekerjaan yang jauh lebih baik.. dan menjamin masa depan Adie.. InsyaAllah.. erm.. Gambatte kudasai Adie kun!! Apa pun hidup perlu diteruskan.. (^_^)
GAMBAR KENANGAN.

Rakan sekerja Adie.
Ketika bekerja, (proses printing)
Hasil printing (projek jersi kelantan)
Kenangan 'printing' rekaan untuk baju sendiri.
Hasilnya, (bahagian belakang)
bahagian depan.



Adie Kun @ Raja Bulan