Tuesday, October 22, 2013

Oktober 2013.. Di sebalik TUAH.

Nampaknya sejak sudah bekerja, nak update blog pun setahun sekali, bukan disebabkan kesibukan bekerja, tetapi mungkin perasaan nak menulis itu dah semakin pudar.Rasanya Adie ingin menulis kembali, In Shaa Allah.. sebab bila di lihat kembali, segala apa yang tertulis didalam blog ni seakan adie tidak mempercayai apa yang adie pernah lalui.. Seperti membuka sebuah buku tentang kisah hidup sendiri.. Adie tak kisah sama ada orang baca atau tidak.. yang penting dapat luahkan apa yang terbuku disanubari, dapat merakamkan detik-detik kehidupan yang penuh ragam dan bentuk.

Hmm... Bulan Oktober 2013.. detik bersejarah pada 4 oktober 2013  merupakan tarikh genap 2 tahun Adie bekerja di Syarikat tersebut, Genap 1 tahun "MAMORU'' iaitu kereta Viva 1.0 iaitu satu-satunya aset Adie. Sebenarnya pada tahun ini juga Adie mengharapkan keajaiban bakal berlaku pada tarikh keramat tersebut. Mengharapkan Adie bakal menerima sesuatu yang tidak dijangka. Ya.. Memang sesuatu yang tidak dijangka berlaku, Alhamdulillah Adie mendapat berita kenaikan gaji, dan ditugaskan untuk menjaga sebuah outlet baru yang lebih baik dari outlet yang sebelumnya, tetapi dalam masa yang sama, ada sesuatu perkara yang sangat menyedihkan berlaku pada tarikh itu. Perkara yang memalukan, yang mendebarkan, dan Adie hampir-hampir menangis disebabkan hal itu.. Adie jenis yang tidak pandai melawan, mahupun membantah, lagi-lagi kalau Adie disergah, atau digertak.. Ya.. itulah kelemahan Adie yang sukar untuk diubah. Seseorang dari syarikat yang berjawatan agak penting dan tinggi, telah menyebabkan semua ini berlaku, dengan gaya yang angkuh, cara percakapan yang mengjengkelkan, dia merendah-rendahkan Adie dihadapan beberapa pekerja yang lain, walaupun bukan semua yang diungkapkan betul, tapi dia berjaya membuatkan perkara itu seolah-olah benar dan tepat. Dari sepatutnya satu bab masuk ke bab-bab yang lain. Saat yang sangat memalukan, dalam hati adie tak henti-henti berdoa agak diberikan kesabaran.. Biarlah perkara itu menjadi saat pahit yang Adie ingin lupakan dan diharap perkara itu tidak akan pernah berulang lagi dalam kehidupan Adie..

Bilalah Adie boleh mendapat keyakinan... keyakinan untuk berhadapan dengan seseorang seperti itu.. keyakinan untuk berbahas dan mempertahankan diri sendiri.. keyakinan pada diri sendiri. masih terimbas kembali saat itu.. Adie cuba menjawap dengan penuh yakin, tapi diri ini tak henti-henti menggigil sehingga gigi berlaga, tidak tahu disebabkan pendingin udara atau pun kerana Adie ketakutan, Suara Adie kedengaran tidak meyakinkan dan seolah-olah ingin menangis dan itulah yang kesempatan yang diambil untuk menjatuhkan.. Ya Allah.. sampai bila.. aku akan terus begini~~ Kelemahan ini, kadang-kadang sungguh menyiksakan~




ADIE KUN @ RAJA BULAN