Showing posts with label bulan. Show all posts
Showing posts with label bulan. Show all posts

Monday, February 9, 2009

Gerhana Bulan Penumbra

rajah - semasa gerhana.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa hari ini 9 febuari 2009 akan berlakunya fonemena Gerhana Bulan Penumbra. Di saat ini Aku sedang menantikan waktu kemuncak untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra ini, yang akan berlaku pada pukul 10.38 malam, dan tinggal beberapa minit saja lagi. Alhamdulillah cuaca hari ini amat baik dan dapat melihat bulan dengan amat jelas sekali di hadapan rumah. Sungguh cantik, sungguh indah, Bulan kelihatan penuh dan bercahaya terang, terasa agak teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menyaksikan fonemena alam yang sungguh menakjubkan ini, walaupun hari ini merupakan hari yang agak menyedihkan bagi aku kerana beberapa krisis yang berlaku. Menyebabkan fikiran dan perasaan aku tidak stabil tapi Apa pun semoga semuanya akan baik-baik saja bagi aku.. InsyaAllah.. Sesungguhnya Allah itu Tuhan yang Maha Agung, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, berkuasa di langit dan dibumi, pencipta sekalian alam, dan segala puji-pujian bagi-Nya. Amin. Aku percaya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..


p/s - sedih, kerana sekali lagi tidak dapat merakamkan fonemena ini didalam gambar disebabkan bateri kamera sudah kehabisan tenaga dan terlupa untuk membeli yang baru.


Adie Kun @ Raja Bulan.

*************************************************************************************


Info Gerhana Bulan Penumbra.


Gerhana penumbra bulan akan dapat disaksikan diseluruh negara pada 9 Februari 2009 (isnin) bermula jam 8:39 malam hingga 12:38 malam (10 Februari 2009). Kemuncak gerhana penumbra bulan ini ialah pada jam 10:38 malam.

http://www.spaceweather.com/eclipses/14mar06/Vincent1.gif
Rajah - Sebelum gerhana (terang) dan semasa gerhana. (gelap)

Berbeza dengan gerhana separa atau gerhana penuh bulan yang lebih mudah dicerap (dilihat), gerhana penumbra ini hanya akan menyaksikan keadaan bulan yang sedang purnama penuh secara perlahan-lahan mengalami perubahan warna dari warna putih cerah kepada kepada agak gelap dan akan lebih jelas kelihatan semasa kemuncak gerhana penumbra pada jam 10:38 malam. Pada masa kemuncak ini dijangka sebahagian bulan akan lebih berwarna agak gelap dan sebahagian lagi berwarna agak cerah.


Rajah - Perjalanan Bulan semasa merentasi penumbra bumi.

Selain itu bumi sebenarnya mempunyai dua jenis bayangan iaitu bayangan penumbra dan bayang umbra. Perubahan warna ini berlaku disebabkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang mana bayangan penumbra ini tidaklah segelap bayangan umbra bumi. Gerhana bulan terjadi apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garis lurus dan bumi pada masa itu melindungi cahaya matahari daripada jatuh ke permukaan bulan.

klik pada rajah untuk saiz sebenar.

Fenomena gerhana penumbra bulan ini boleh dicerap (dilihat) dengan mata kasar tanpa sebarang kesan berbahaya.

Monday, January 26, 2009

Gerhana Matahari Annulus (cincin)


eclipse_anular
Gerhana Annulus (cincin)

Hari ini terasa sungguh bertuah sekali kerana dapat menyaksikan fonemena alam yang sungguh menakjubkan. Iaitu Gerhana Matahari, yang jarang berlaku, Sungguh indah dah ajaib sekali alam ciptaan Allah. Hari ini buat pertama kalinya dapat menyaksikannya dengan jelas bersama ahli keluarga yang lain, dan kebetulan dapat melihatnya dengan jelas dari halaman rumah. Terasa seperti berkelah dihadapan rumah kerana seluruh ahli keluarga duduk memerhatikan gerhana bersama-sama. Sungguh menakjubkan sekali melihat bulan sedikit demi sedikit bergerak melitupi matahari. Tetapi rasa agak kecewa kerana terlupa untuk mengambil gambar dan menyaksikan keseluruhan formasi gerhana kerana disaat-saat formasi kemuncak bulan melitupi keseluruhan matahari, awan menghalang penglihatan dan menyebabkan matahari tidak kelihatan lagi. Hanya dapat mengambil sekeping gambar selepas awan menutupi matahari. Apa pun, bersyukur kerana dapat menyaksikan fonemena yang sungguh menakjubkan ini..menunjukkan salah satu kebesaran Allah.
Allahu akhbar!!

Pemandangan dari halaman rumah Adie Kun
(Gerhana Matahari Annulus yang dilitupi awan)

*dibawah disertakan sedikit info mengenai fonemena ini.



*************************************************************************************


Info Gerhana Matahari Annulus


Fenomena gerhana matahari berlaku disebabkan kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi berada dalam satu garis lurus (sejajar) menyebabkan bulan melindungi cakera matahari daripada pemerhati di bumi. Selain itu semasa bulan mengililingi bumi, orbitnya yang berbentuk elips menyebabkan adakalanya bulan berada dekat dengan bumi dipanggil "Perigee" dan adakalanya jauh dari bumi dipanggil "apogee". Semasa gerhana matahari berlaku pada 26 Januari 2009, kebetulan bulan berada dalam kedudukan "apogee" menyebabkan saiz bulan kelihatan kecil dan tidak dapat menutupi 100 peratus cakera matahari, menyebabkan walaupun bulan melindungi matahari pada masa itu, tetapi cakera matahari masih boleh dilihat disekeliling bulan pada masa kemuncak gerhana, dan pemerhati di pusat laluan gerhana pada masa itu akan melihat seolah-olah matahari berubah menjadi cincin yang dipanggil sebagai "annular".

*Klik pada rajah untuk saiz sebenar.

Perlu diingatkan bahawa teknik memerhatikan gerhana matahari adalah berbeza dengan gerhana bulan kerana semasa gerhana matahari berlaku pancaran infa-merah dari matahari berupaya menyebabkan kerosakan kekal keatas retina mata (boleh jadi buta) kepada sesiapa yang tidak mengambil langkah keselamatan semasa memerhatikan gerhana ini.

Peralatan seperti Penapis Suria Mylar, ataupun cermin welding no 14 boleh digunakan untuk memerhatikan gerhana. Walaubagaimanapun disebabkan peralatan ini terhad dan agak mahal maka suatu kaedah mudah dan murah boleh digunakan, iaitu menggunakan teknik lubang jarum.

pin hole

Teknik lubang jarum ini menggunakan dua keping kertas yang mana salah satu dilubangkan dengan menggunakan sebarang jarum seperti jarum peniti ataupun pin. Seterusnya memerhatikan imej matahari yang terhasil daripada lubang jarum tadi di kertas yang kedua, ingat perhatikan imej dikertas kedua dan bukannya mengintai menerusi lubang jarum tadi.

Memarhatikan gerhana matahari menggunakan cermin mata gelap, cermin yang digelapkkan dengan asap lilin, negatif filem adalah tidak digalakkan kerana kesemua peralatan ini tidak mempunyai lapisan perak yang berupaya menapis sinaran infra-merah matahari yang berbahaya kepada mata.

Selain daripada memerhatikan gerhana matahari, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana matahari pada masa gerhana berlaku.

Friday, November 14, 2008

Fakta mengenai Bulan.

Di sebabkan nama blog adie ada kena mengena dengan bulan, so, apa kata kita belajar skit tentang bulan.. hehe.. (^_^)
Kebanyakan dari kita suka melihat dan merenung bulan, panorama di malam hari yg disinari dengan cahaya bulan.. lagi2 bulan mengambang....wah.. cantik sangat2. betapa indahnya alam cipta Allah ni kan?? Adie memang suka sangat merenung bulan, begitu mengasyikkan.. teruja, rasa tenang je.. tapi mungkin kebanyakan dari kita tidak tahu atau lupa secara terperinci atau fakta mengenai Bulan yang begitu indah di lihat dari muka bumi ini. Jadi di sini adie postkan fakta-fakta mengenai Bulan. huh~~
Selamat membaca dan menambah pengetahuan.. (^_^)V (klik pada gambar untuk melihat imej sebenar @ lebih besar.)


Pic - Struktur Bulan.
Bulan adalah satu-satunya satelit semulajadi bumi, dan merupakan satelit alami terbesar ke-5 di Sistem Suria. Bulan tidak mempunyai sumber cahaya sendiri dan cahaya Bulan sebenarnya berasal dari pantulan cahaya Matahari.

Pic - Fasa-Fasa Bulan
Jarak rata-rata Bumi-Bulan dari pusat ke pusat adalah 384.403 km, sekitar 30 kali diameter Bumi. Diameter Bulan adalah 3.474 km,[1] sedikit lebih kecil dari seperempat diameter Bumi. Ini berarti volume Bulan hanya sekitar 2 peratus volume Bumi dan tarikan graviti di permukaannya sekitar 17 persen daripada tarikan gravitasi Bumi. Bulan beredar mengelilingi Bumi sekali setiap 27,3 hari (period orbit), dan variasi periodik dalam sistem Bumi-Bulan-Matahari bertanggungjawab atas terjadinya fasa-fasa bulan yang berulang setiap 29,5 hari (period sinodik).

Massa jenis Bulan (3,4 g/cm³) adalah lebih ringan dibanding massa jenis Bumi (5,5 g/cm³), sedangkan massa Bulan hanya 0,012 massa Bumi.

Bulan yang ditarik oleh gaya graviti Bumi tidak jatuh ke Bumi disebabkan oleh gaya sentrifugal yang timbul dari orbit Bulan mengelilingi bumi. Besarnya gaya sentrifugal Bulan adalah sedikit lebih besar dari gaya tarik menarik antara gravitasi Bumi dan Bulan. Hal ini menyebabkan Bulan semakin menjauh dari bumi dengan kecepatan sekitar 3,8cm/tahun.

Bulan berada dalam orbit sinkron dengan Bumi, hal ini menyebabkan hanya satu sisi permukaan Bulan saja yang dapat diamati dari Bumi. Orbit sinkron menyebabkan kala rotasi sama dengan kala revolusinya.

PIc - Info @ fakta.
Di bulan tidak terdapat udara ataupun air. Banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hantaman komet atau asteroid. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan tidak adanya pengikisan yang menyebabkan banyak kawah di bulan yang berusia jutaan tahun dan masih utuh. Di antara kawah terbesar adalah Clavius dengan diameter 230 kilometer dan sedalam 3,6 kilometer. Ketidakadaan udara juga menyebabkan tidak ada bunyi dapat terdengar di Bulan.

Pic - Pendaratan di Bulan (NASA)

Bulan adalah satu-satunya tempat di alam semesta yang pernah didatangi dan didarati manusia. Objek buatan pertama yang melintas menghampiri Bulan adalah wahana antariksa milik Uni Sovyet, Luna 1, objek buatan pertama yang menyentuh permukaan Bulan adalah Luna 2, dan foto pertama sisi jauh bulan yang tak pernah terlihat dari Bumi, diambil oleh Luna 3, kesemua misi dilakukan pada 1959. Wahana antariksa pertama yang berhasil melakukan pendaratan adalah Luna 9, dan yang berhasil mengorbit Bulan adalah Luna 10, keduanya dilakukan pada tahun 1966.[1] Program Apollo milik Amerika Syarikat adalah satu-satunya misi berawak hingga kini, yang melakukan enam pendaratan berawak antara 1969 dan 1972.