Thursday, November 13, 2008
Mengumpat
Adie memang tak suka dan anti ngan orang yg suka mengumpat dan mengata keburukan orang lain ni.. macam dia tu bagus sangat dan takde cacat cela.. sebab tu selalunya kalo orang ngumpat adie akan diam and kalo boleh nak jauhkan diri, dan cuba sedaya upaya mengawal diri dari mengumpat atau mengatakan tentang keburukan orang lain apatah lagi menghina orang.. bukan nak kata diri ni baik sangat, tak pernah terlepas cakap @ what so ever, tak, cuma nak mengingatkan pada diri sendiri betapa buruknya amalan mengumpat orang ni dan orang lain.. Adie copy n paste mengenai MENGUMPAT ni.. luangkan la masa tuk membaca supaya boleh kita sama2 muhasabah diri ya... huhu~~
MENGUMPAT
Mengumpat ialah menceritakan atau
menyebut keburukan atau kekurangan
seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan
mengenai mengumpat separti sabda nya
bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila
kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya"
(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari
atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan
keburukan Biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang
yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya
mengumpat, ia Disamakan seperti
memakan daging saudara seagama.
Manusia waras tidak sanggup memakan
daging manusia, inikan pula daging
saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah
antara dosa yang tidak akan diampunkan
oleh Allah biarpun pelakunya benar-
benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan
oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak
mengampunkan, maka dosa itu akan kekal
dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W.
bermaksud:Awaslah daripada mengumpat
kerana mengumpat itu lebih berdosa
daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan zina, apabila dia bertaubat,
Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan
umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang
diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib
Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa
dilakukan, maka ia Tidak dirasakan
lagi sebagai satu perbuatan dosa.
Hakikat inilah perlu direnungkan oleh
semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang
lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh
orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan
keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang
beriman dengan lidahnya tetapi belum
beriman dengan hatinya! Janganlah kamu
mengumpat kaum muslim, dan jangan lah
kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip
keaiban saudaranya, maka Allah akan
mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun
dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat
kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan
sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah
seperti api memakan ranting kayu
kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu
akan musnah atau dihapuskan seperti
mudahnya api memakan kayu kering
sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili,
diakhirat seorang terkejut besar
apabila melihat catatan amalan
kebaikan yang tidak pernah
dilakukannya didunia. Maka, dia
berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku,
dari manakah datangnya kebaikan yang
banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya".
Maka Allah menjawab :"Semua itu
kebaikan (pahala) orang yang mengumpat
engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang
mengumpat tidak ada lagi untuk
diberikan kepada orang yang diumpat,
maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang
mengumpat. Inilah dikatakan orang
muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat
mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada
melakukannya. Oleh itu perbanyakkan
lah zikir supaya dapat menghindarkan
diri daripada mengumpat.
Gambatte kudasai minna San!! (^_^)V
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment