Monday, December 29, 2008

Watashi-Tachi Ni Naritakute



Adie suka sangat dengar lagu ni.. terasa sedih dan sayu je
bila dengar.. pastu teringat kat seseorang dan diri sendiri.
pastu mula la emo.. lirik dia penuh makna..
cuba la dengar.. Mybe korang akan suka..
video ni pun best.. Sedih..ost Sailormoon.


Watashi-Tachi Ni Naritakute

(Wanting To Be With You)

Japanese lyrics

Anata to deatte kara
Mune no oku de hikatteru
Itoshisa ga setsunakute
Shizuka ni hitomi wo tojita

Nan de mo nai shigusa mo
Goku futsuu no kotoba mo
Omoidasu sono tabi
Namida ga desou ni naru

*Koi wa Lonely Lonely heart
Hitoribotchi yo
Lonely Lonely heart
Yorokobi mo kanashimi mo itsu datte
Watashi dake no yume no naka
Koi wa Lonely Lonely heart
Dakedo kitto itsu no hi ni ka
Anata no tsuyoi ude ni dakarenagara
Watashi-tachi ni naritakute...

Anata no sugu chikaku de
Zutto watashi matteru no
Kizuite wa kurenakute
Nan do mo gakkari shita wa

Dare ka wo suki ni naru to
Naze konna ni kurushii no
Watashi dake hitori ga
Kaze wo hiita mitai ni

Ima wa Baby Baby love
Douzo onegai
Baby Baby love
Samishisa ni makesou na sono toki wa
Tekagami wo nozokasete
Ima wa Baby Baby love
Naita yoru mo itsu no hi ni ka
Mukashi wo natsukashinde waraiaeru
Watashi-tachi ni naritakute...

Dare mo shiranai
Secret tears
Nugueru hito wa
Only
Watashi yori
Watashi-tachi ni naritakute...

*Koi wa Lonely Lonely heart

Hitoribotchi yo
Lonely Lonely heart
Yorokobi mo kanashimi mo itsu datte
Watashi dake no yume no naka
Koi wa Lonely Lonely heart
Dakedo kitto itsu no hi ni ka
Anata no tsuyoi ude ni dakarenagara
Watashi-tachi ni naritakute...

English lyrics
Ever since I first met you
I've been shining in my heart
My love causes so much sorrow
I broke off my glance so quietly

Your insignificant gestures
And your ordinary words
Every time I think of them
I feel like I'm going to cry

*Love brings a lonely lonely heart
I'm just all alone now
Lonely lonely heart
All the joy and pain I feel, I'm always
Dreaming it by myself
Love brings a lonely lonely heart
But I know that someday it will come
While I'm being held in your strong arms
Wanting to be together with you...

Right at your side, I'm standing there
I'm always waiting for you
But you don't return my advances
I've been disappointed so many times

When I fall in love with someone
Why does it cause me so much pain
All alone, by myself
It's like I've fallen sick

And now it's baby baby love
Please, I beg of you
Baby baby love
When I feel I'm going to lose to this loneliness
I have to look into my hand mirror
And now it's baby baby love
Seems like every day I'm crying through the night
I long for the past, smiling to myself
Wanting to be together with you...

Nobody knows about these
Secret tears
The one to wipe them away is
Only
Not just myself
Wanting to be together with you...

*Love brings a lonely lonely heart
I'm just all alone now
Lonely lonely heart
All the joy and pain I feel, I'm always
Dreaming it by myself
Love brings a lonely lonely heart
But I know that someday it will come
While I'm being held in your strong arms
Wanting to be together with you...

-end-

Saturday, December 27, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430



Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Doa awal tahun dibaca tiga kali selepas maghrib atau pada malam satu muharram.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

klik pada gambar untuk imej besar


Doa akhir tahun dibaca sebanyak tiga kali pada akhir waktu asar, atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan zulhijjah.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

klik pada gambar untuk imej besar


*semoga kita mendapat keberkatan dari Allah.. dilindungi-Nya selalu. buat kawan-kawan semua.. jangan lupa baca doa awal tahun dan akhir tahun ini ya.. kalau tak tahu baca dalam jawi, baca dalam rumi @ bahasa melayu pun tiada masalah. Berhijrah kepada yang lebih baik.. InsyaAllah semuanya pasti akan baik-baik saja.

Friday, December 26, 2008

Coretan Tahun 2008

Beberapa hari lagi tahun 2008 bakal melabuhkan tirai dan memasuki fasa baru yakni tahun 2009. Terasa seperti begitu cepat dan pantas sekali masa berlalu, pejam celik, pejam celik beberapa hari lagi akan memasuki tahun 2009. Tahun 2008, tahun yang meninggalkan kesan yang agak mendalam pada diri aku, penuh dengan suka duka, pahit maung yang terpaksa aku tempuhi sebagai seorang manusia yang hidup di bumi Allah ini. Apa yang berlaku sepanjang tahun 2008 ini InsyaAllah akan sentiasa tersemat di dalam jiwa, mana yang baik di jadikan teladan, yang buruk di jadikan tauladan. Segala perkara baik yang berlaku datangnya dari Allah, dan keburukan itu datangnya dari kelemahan aku sendiri. Apa yang boleh aku simpulkan disini, tahun 2008 bukanlah tahun yang menggembirakan buat aku, bukanlah tahun yang penuh dengan kebanggaan, tetapi merupakan tahun yang begitu menguji diri aku, dan semua yang berlaku ke atas diri aku mengajar aku erti kehidupan. Memberikan aku pengalaman dan mungkin sedikit sebanyak boleh mematangkan diri aku, sebahagian dari proses untuk aku menjadi lebih dewasa dan melihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza dan berlainan dari kebiasaan. Walaupun tahun 2008 penuh dengan emosi, air mata, kekecewaan, dugaan dan cabaran namun aku redha dengan apa yang telah terjadi ke atas diri aku, kerana aku hanyalah insan yang lemah, yang hina, yang banyak kekurangan, yang hidup menumpang dibumi Allah ini. Jadi, apa pun yang berlaku aku tidak boleh merungut dan menyalahkan sesiapa selain diri sendiri. Aku harus tabah dan kuat untuk mengharungi semua ini. Kalau diikutkan mungkin aku boleh jadi gila dan sebagainya, tetapi alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk meneruskan kehidupan, memberikan aku kekuatan untuk terus hidup. Hidup sebagai seorang insan yang bernama Adie, Adie kun. Insan yang kerdil lagi hina.. Alhamdulillah.. sesungguhnya Allah itu Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang dan segala puji baginya.. InsyaAllah.. dengan kehendak-Nya.. semuanya pasti akan baik-baik saja. Amin..

Friday, December 19, 2008

Jiwa + Anime

Adie Kun - Naruto
Adie Kun - Sasuke
Adie Kun - Gaara

*Eksklusif Gambar Adie Kun Sebagai watak anime.


Aku merupakan seorang peminat 'Anime' iaitu animasi jepun. Mungkin bagi orang yang tidak meminati Anime mengatakan ianya hanya untuk kanak-kanak dan orang 18 tahun ke atas yang menontonnya di cop sebagai kebudak-budakan, tetapi bagi aku anime bukan hanya dikhaskan untuk kanak-kanak tetapi ianya bersifat universal dan lain dari yang lain, mempunyai pelbagai genre dan ada juga genre yang tidak boleh ditonton oleh kanak-kanak kerana kurang sesuai bagi golongan tersebut. Bagi aku 'Anime' yang bagus dan baik merupakan anime yang berjaya menyalurkan perasaan ke dalamnya dan mempunyai mesej dan jalan cerita yang baik, menyerapkan elemen-elemen yang bagus dan lain dari yang lain dan mampu membuatkan seseorang terus mengikutinya. Membuatkan seseorang dapat merasai dan menghayati apa yang cuba disampaikan. Walaupun mungkin kebanyakkan anime lebih kepada dunia fantasi ciptaan manusia, tetapi ada juga yang berbentuk realiti kehidupan yang sangat realistik. Apa pun menonton anime yang aku gemari dapat meredakan sedikit tekanan yang aku alami dan juga dapat melupakan masalah seketika. Kadang-kadang watak-watak didalam anime mengingatkan aku kepada diri aku sendiri, pembawaan watak itu juga berjaya membuatkan aku merasai apa yang cuba disampaikan, seakan-akan memasuki dunia fantasi anime dan aku memegang watak didalam anime tersebut. Dapat merasai kesedihan yang menusuk ke dalam jiwa, membuatkan air mata bergenang, merasai kegembiraan, mebuatkan aku tersenyum dan ketawa, merasai kecintaan yang membuatkan aku teringatkan kisah-kisah dulu, kenangan-kenangan yang indah, dan sebagainya, Ada juga anime yang membuatkan aku terfikirkan akan kebenarannya, memberi pengajaran dan mempunyai nilai moral yang baik, dan juga berjaya membuatkan aku berangan-angan untuk menjadi seperti watak didalam anime tersebut. Pernah juga disatu tahap aku berangan-angan ingin hidup didalam dunia anime. Pendek kata bagi aku menonton dan menjadi peminat anime bukanlah sesuatu yang boleh meruntuhkan akhlak dan memberikan kesan buruk, kita sebagai seorang yang mempunyai akal fikiran pasti dapat membezakan yang mana baik dan buruk. Malah menjadi seorang peminat anime merupakan satu hobi yang mengasyikkan,menggembirakan dan penuh dengan warna warni.

Antara Anime kegemaran -

- Naruto
- Bleach
- Sailormoon
- 12 kingdom
- History strongest disciple Kenichi.
- Get Backers
- Ah! My Goddes
- Pita Ten
- Fruit Busket
- dan banyak lagi.

Naruto Shippuden

Bleach
Sailormoon
12 Kingdoms.
History Strongest Disciple (Kenichi)

Thursday, December 18, 2008

Lumrah Kehidupan

Adie Kun - Lonely Soul

Hari ini merupakan hari yang suram dan agak emosional buat aku.
Apabila aku memikirkan tentang kehidupan aku pada masa ini, aku menyedari akan sesuatu hal. Dalam dunia ini setiap insan mempunyai cerita dan kisah hidup mereka sendiri, samada yang menggembirakan mahupun yang mendukacitakan. Masing-masing tidak terlepas dari ketentuan Ilahi yang telah ditentukan sejak azali lagi. Masing-masing cuba menjalani hidup dengan cara mereka yang tersendiri, berjuang untuk meneruskan kehidupan, walaupun mungkin ada yang tewas ditengah jalan, mencari jalan mudah untuk mengecapi kebahagian dan sebagainya. Ianya merupakan lumrah kehidupan yang harus dijalani setiap insan.Walaupun kadang kala aku merasa amat tertekan, hampir kalah dan rebah, aku cuba untuk kuatkan diri dan berfikir, dalam dunia ini ramai lagi yg lebih tidak bernasib baik dan diberikan dugaan yang lebih besar daripada apa yang aku lalui, dalam dunia ini juga masing-masing mempunyai kisah hidup mereka sendiri, dan masalah dan dugaan yang terpaksa mereka hadapi dalam menjalani kehidupan. Ianya merupakan lumrah kehidupan.. Jadi aku harus kuat menjalani kehidupan aku sendiri, walaupun aku tidak mempunyai sesiapa,. Aku harus bangkit menghadapi semua ini. Aku tahu, Allah sentiasa ada untuk aku setiap masa dan dimana jua aku berada. Aku juga terfikir, semua orang dalam dunia ini yang mempunyai cerita dan jalan hidup masing-masing, masalah dan sebagainya, dan tiada seorang pun dalam dunia ini yang boleh hidup bersendirian, sentiasa memerlukan seseorang dalam hidup mereka, seumpama simbiosis. Jadi, aku akan cuba menjadi seorang yang boleh diharapkan kepada orang lain, terutama kepada orang yang serasi dengan diri aku, menjadi samada kawan yang baik, pendengar yang baik dan sebagainya supaya mereka tidak mengalami nasib yang sama seperti apa yang aku lalui, kerana aku tahu bagaimana rasanya bila diri ini tidak didengari, keseorangan dan kesunyian. Berdua, lebih baik dari seorang. apa pun sentiasa ada untuk diri masing-masing, dan sebagainya. Aku berharap, apa jua ikatan yang baik aku jalinkan dengan sesiapapun, ianya akan berkekalan sampai bila-bila, kerana dari apa yang aku lalui, kebanyakkannya tidak kekal lama, walaupun pada mulanya kelihatan begitu serasi, sentiasa ada apabila memerlukan dan sebagainya tapi akhirnya dia akan diam membisu meninggalkan aku keseorangan kembali. erm..apa pun semoga semuanya akan baik-baik saja. InsyaAllah. Amin. Apa yang baik itu semuanya datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri kita sendiri.

Monday, December 15, 2008

Hati Yang Terluka Bersama Harapan.


Apabila hati merasa sunyi dan keseorangan.... Diri dan jiwa terasa seperti kosong dan suram... Lalu mengharap agar kekosongan dan kesuraman dalam diri di isi dan disinari... supaya hati tidak merasa sunyi dan keseorangan lagi... Perasaan memang sesuatu yg sukar untuk diduga, dijangka dan kadang sukar dijelaskan... sesuatu yg kompleks.... sesuatu yg istimewa dimiliki setiap insan.. sesuatu yg tidak boleh dipandang remeh....
Begitulah apa yg aku rasai... Walaupun aku cuba untuk tidak mengendahkannya.... cuba melupakan perasaan itu, cuba untuk tidak melayan perasaan itu, dengan melakukan perkara-perkara yg lazim..... Satu saat... satu masa... Ia pasti akan datang.... Ketika itu, terasa seperti diri berada di satu sudut yg gelap dan ditinggal keseorangan..... sunyi sepi.. mulai terasa seperti hanyut.. terkapai-kapai keseorangan..meronta-ronta... dan disaat itu, air mata pasti mengalir dengan sendiri.... mengalir bersama kepiluan dihati ni...erm.. Terdetik difikiran. Mengharap, alangkah bagusnya kalau ada orang yg sudi mengisi kekosongan dihati ini... menyinari hidup yg suram ni... Diri terasa ingin disayangi.. dibelai dan dimanja.... diberi perhatian dan diambil berat, dikasihi dan dicintai. serta seumpamanya... Bahagianya! Kemudian, teringat kata orang yg lazim mengatakan. 'Di usia muda ni tak perlu fikirkan semua tu... belajar dulu, cari pengalaman. dan kekosongan hati tu boleh di isi dengan amal ibadat.....'. Aku tahu, tapi aku hanyalah manusia biasa.... dan aku tahu bukan aku saja yg merasa seperti ini... pasti ramai lagi diluar sana....tiada manusia dalam dunia ini yang boleh hidup bersendirian.Pada suatu ketika..... muncul seseorang dalam hidup ni.. kemunculannya membawa seribu erti.... dihati bertanya... 'adakah dia? diakah orang yg akan mengisi kekosongan dihati ni?'. Mulanya semuanya kelihatan indah... diri terasa seperti seorang yg amat bertuah... terasa bahagia.... senyuman terukir selalu...di hati hanya ada dia... difikiran asyik memikirkan dia.... Tapi langit tak selalunya cerah... akhirnya ribut melanda.. Rupanya selama ini aku hanya bermimpi disiang hari... Bila terjaga barulah tersedar kenyataan yg menyakitkan... Perasaan dipermainkan, diperbodohkan, keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran selama ini dibalas dengan satu penipuan... Alangkah sakitnya menanggung perasaan ini...kesakitannya seperti hati dirobek-robek, disiat-siat dan terasa amat sakit sekali.. Rupanya aku hanya mengharap pada suatu yg belum pasti... harapan yg mungkin terlalu tinggi buat aku...perasaan yg meronta membuatkan aku terus mencuba.... tapi setiap kali...aku terus dilukai..dilukai dan dilukai. seperti sebuah sumpahan yg terpaksa aku tanggung kerana sesuatu perkara yg aku tidak ketahui ... Mengapa semua ini terjadi pada aku? mengapa? adakah aku tidak layak untuk merasa sedikit kebahagian dan kegembiraan? erm.... Kini sudah setahun lebih aku sendirian, aku merasa serik untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa, kerana aku takut perkara yang sama akan berulang, aku takut diriku akan disakiti lagi..dipermainkan lagi.. perasaan diperlakukan sebegitu betul-betul memberikan kesan terhadap diri aku... dan aku cuba untuk melindungi diri sendiri... Tetapi, Walaupun pada satu saat... aku rasa letih dengan semua ni... hampir putus asa dan tak mahu lagi mempercayainya..mempercayai pada kata-kata manis, janji-janji yg ditaburkan dan sebagainya... Namun, perasaan yg meronta2 ini terus mengharap.. mengharap... dan mengharap.. sinar hadir didalam kegelapan...suatu hari dan satu masa nanti... harapan menjadi pasti!!

*gambatte kudasai adie kun! akiramenai yo!!

Sunday, December 14, 2008

Hari Yang Ceria.

Hari ni tak tau kenapa rase gembira je, rase macam hati yg berbunga-bunga.. haha.. rase nak tersenyum je.. padahal takde perkara yang menggembirakan pun hari nih.. just macam biasa.. arini dok lepak umah melantak main PS2 ngan adik, abg, akak2 semua sampai ke petang. Then sekali2 on9. Apa pun syukur la, kalo tak kadang tu rase agak moody je memanjang.. haha.. Plak tu tetiba je hari ni menggedik nak berposing pelik bagai.. posing ala2 muslim sejati katanya.. tapi pic dah nampak keperempuanan la plak.. hahaha... kelakar la pulak.. guna tuala je plak tu.. apa pun layanzz je la. memang kadang2 giler2 skit. huhu~ yg penting happy!

Im Innocense (2008)
Dont Hate Me (2008)

*Diri ini bukanlah seorang insan yang sempurna..

(^_^)V

Wednesday, December 10, 2008

Sayap Impian

Adie selalu berangan-angan dan berfantasi memilki sepasang sayap besar, putih bersih seumpama kapas. Terbang bebas di atas awan seumpama burung. Terbang ke mana jua yang adie suka. Menikmati kehidupan dengan hati yang gembira. Lari dari segala masalah dan tekanan hidup.. Kerana pada satu tahap adie merasakan adie adalah seorang yang gagal dalam segala hal, samada yang berkaitan dengan kekeluargaan, percintaan, persahabatan, kemasyarakatan, diri sendiri dan sebagainya.Bila bersendirian fikiran mula terfikirkan hal yang menyedihkan, bercampur aduk dengan pelbagai perkara yang tidak menyenangkan.. Membuatkan adie merasa tidak keruan.. Tiba-tiba air mata mengalir keluar, semakin lama semakin deras dan tidak terkawal..Kenapa? Kenapa? dan Kenapa? itu yang berulang kali dipersoalkan, sambil menangis teresak-esak menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku. Memang benar menangis merupakan terapi yang baik untuk melegakan tekanan. Setelah menangis sepuas-puasnya barulah terasa lega sedikit kerana dapat meluahkan apa yang terpendam didalam hati.Kadang adie mengharapkan keajaiban berlaku ke atas diri adie. Iaitu tiba-tiba sayap putih besar tumbuh dibelakang badan adie.. dan adie terbang ke suatu tempat yang membahagiakan, seakan-akan cerita dongeng. Memang tidak masuk akal dan tidak akan berlaku. Jesteru itu untuk merealisasikan impian adie itu, adie telah melukis sepasang sayap di beberapa keping gambar adie menggunakan perisian adobe photoshop 7.0 tanpa menggunakan tool cut @ copy and paste, sekurang-kurangnya ianya dapat direalisasikan melalui gambaran... Gambar, penulisan dan lukisan merupakan salah satu cara adie meluahkan apa yang terpendam dan adie rasa di hati. erm ..Walaubagaimanapun adie harus menerima kenyataan.. adie tidak boleh lari, kehidupan ada pasang surut, suka dan duka, dan sebagainya.. tak semestinya apa yang kita rancang akan kita dapat dan mengikut perancangan.. Semuanya telah ditentukan sejak azali lagi.. Jadi adie harus dan mesti menempuhi hidup ini dengan hati yang tabah , sabar dan redha.. Adie harus kuat dan semoga semuanya akan baik-baik saja..InsyaAllah..

Adie Kun - My Fantasy Wing. (2007)
Adie Kun - The Sad Angel. (2007)
Adie Kun - Angel Vs Devil (2007)
Adie Kun - The Secrets. (2007)
Adie Kun - Moon Power (2008)
Adie Kun - The Moon King. (2008)

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Selamat Hari Raya Aidiladha, Haji @ Korban.. Allahu akhbar! Allahu akhbar! Awal-awal pagi pergi sembahyang raya.. Khusyuk dengar khutbah mengenai Raya Korban ni.. peristiwa Nabi Ibrahim, anak dan isteri baginda. Pagi tadi sampai skang tak henti-henti ujan tapi nasib baik la hujan renyai2 saja.. sejuk.. huhu~ tapi syukur diberikan kesihatan oleh Allah coz dalam minggu lepas seminggu demam dan kena kalagata lagi.. gatal-gatal seluruh badan.. rasa nak garu sampai berdarah je. huhu~ seksa rasanya.. skang dah okey rase bersyukur boleh sambut raya haji dan makan, makan, and makan.. hehe.. tapi apa yang tak bestnya.. kena marah ngan ayah coz tak pergi masjid tolong-tolong orang korban lembu.. tahun lepas pergi tapi tahun ni tak tau kenapa malas, ditambah ngan ujan lagi, dah la alah skit kena ngan ujan ni..kalo kena ujan skit rase pening and kadang bleh demam terus.. terpaksa la tahan bebelan ayah..tapi apa pun hari ni kira best la gak.. meriah..
mak dan akak-akak masak, rendang ayam tok, rendang kerang, sambal kacang dan kuah lontong semalaman. so, melahap la. apa lagi. hehe.. lepas dah kenyang makan tengah hari tido jap. bangun-bangun je terus layan PS2 yg adik baru beli semalam.. wahhhh... skang tengah excited main PS2. semalam terkejut la gak tetiba adik bawa balik PS2 dia beli ngan harga Rm 750 termasuk joystick ori and what so ever.. Layanz jangan tak layanz.. huhu~ akhirnya tak payah lagi pinjam2 PS2 member dia.. puas ati.. (^_^)V

Lepas Makan

Ketupat, Sambal Kacang, Rendang Ayam, Rendang Kerang & Kuah Lontong.



* apa pun sama2 lah kita menghayati dan muhasabah diri di Hari yang mulia ini.



Monday, December 1, 2008

Sup Halia Adie Kun

Mari ke dapur bersama Raja Bulan aka Adie Kun. hehe.. Resepi ni Adie reka kira-kira 4 ke 5 tahun lepas. Adie ni seorang yang mudah jatuh sakit dan selalu demam, jadi disebabkan tu adie suka mengambil tau khasiat2 makanan yang adie makan. Sejak dulu lagi memang suka makan halia, jadi timbul la idea nak buat sup halia yang berkhasiat. huhu~ family selalu minta buatkan bila salah sorang demam, selsema, batuk, sakit tekak ke or what so ever. kira sup ni agak berkesan la bagi yg sakit2 ni.. InsyaAllah.. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan Sup Halia Adie Kun
Bahan yang telah di potong

Hidangan 4 @ 5 orang.

- Halia (seperti dalam rajah, perlukan banyak ya. paling bagus halia muda.)
- Bawang putih (6 ke 7 ulas)
- Bawang merah ( 3 biji)
- Lobak merah (Setengah batang)

- Daun Sup

- Daun Bawang

- Lada Hitam
- Kiub pati ayam
- garam

- minyak
- air

Cara-cara memasaknya.

- Panaskan minyak, pastu masukkan bawang putih dan bawang merah, goreng hingga naik bau, jangan sampai rentung k. kemudian masukkan halia, goreng sebentar dan masukkan lobak merah. - setelah bahan2 goreng tadi naik bau, masukkan air 5 ke 6 cawan, pepandai la bajet. dan masukkan kiub pati ayam dan garam secukupnya. biarkan mendidih. - apabila sudah mendidih masukkan lada hitam yang telah di tumbuk dan kacau rata. - akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang sebagai penambah rasa dan aroma.


Sup Halia Adie Kun

- Sup Halia ni sungguh berkhasiat dan baik bagi orang yg demam, selsema ataupun sakit tekak dan batuk, apa yang adie tau melalui pembacaan dan sebagainya. halia ni mengandungi banyak khasiat, ianya boleh memanaskan badan, membuang angin dalam badan, melancarkan perjalanan darah, mengubati sakit tekak dan batuk. yang paling best awet muda. hehe..
- Selain itu kandungan bahan2 lain dalam sup halia ni gak sungguh berkhasiat umpamanya bawang putih, ianya mengadungi bahan anti bakteria, bwg putih gak bleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, jangan tak tau k. hehe..
- lobak merah, mesti ramai dah tau kanz, antara khasiatnya, baik untuk mata, untuk sistem perkumuhan badan dan sebagainya.
- lada hitam, bagus untuk pengaliran darah yang lancar dan memanaskan badan.
senang kata, memang berkhasiat la.. tak rugi mencuba.. huhu~

inginkan variasi?

- boleh tambah mee, mihun, atau tambahkan beras tuk jadi bubur sup halia, mee sup halia, tak pun mihun sup halia Adie Kun. boleh gak ditambah ngan bahan2 berkhasiat yg lain antaranya telor, kentang, fish ball, ayam dan sayur2 yg dirasakan sesuai, yg paling penting bahan utamanya halia mestilah dalam kuantiti yang banyak.

Selamat mencuba ya.. (^_^)V