Thursday, November 27, 2008

Playstation 2.

Sebelum ni tak berapa tertarik sangat nak main PS2 dan tak berapa ambil tau pun pasal game-game ni, kecuali game PC. tapi tetiba hari tu adik pinjam PS2 member dia, memula tak bape kisah la. tetiba tengok adik main satu game ni, The God Of War II, owh my goshhhhhh... memang best giler la game ni, grafik cantik, hebat, jalan cerita best, bak kata rasenya ni la game paling best penah tengok, walaupun tengok je rase best, belum lagi main. Game the God of war ni mengisahkan tentang era dewa-dewi, ala2 zaman-zaman hercules dulu konon2nya.. layan je la, yang penting tak percaya semua tuh, just for fun. Siapa yang minat main game PS2 yang belum main tu, try2 la ek.. korang pasti layan giler punya la bagi yang minat game adventure nih.. huhu~~ Sementara adik pinjam PS2 member dia tu adie pun apa lagi, layan la main game Naruto Shipudden dan Bleach. memang layanzzz. hahaha.. best-best.. tapi cam biasa ayah bising gak la coz asyik mengadap PS je gamaknya.. ngee... kelmarin member dia dah ambil balik PS2 dia tu, so, agak bosan la tak dapat main lagi, rancang nak beli PS2 nanti walaupun terbaru PS3 dah ada di pasaran, but mahal and cd2 gamenya pun mahal giler.. macam ketinggalan je kan?? hehe what so ever.. huhu~

The God Of War II
Bleach 2
Naruto Shippuden

Tuesday, November 18, 2008

Ikan Arowana - Dua Kepala.


Kelmarin, hari isnin, adie and the geng ke shah alam, uruskan hal pembaharuan syarikat. Lepas dah selesai semua hal kitorang pergi ke AKUARIUM, shah alam sebelah Wet World je.. Wah, memang teruja giler kat sana coz adie memang minat ngan ikan2 perhiasan nih, pusing2 satu AKUARIUM tu, (tempat tu besar, siap ada pameran ikan lagi) tetiba ternampak plak ikan pelik nih.. Ikan Arowana tapi ada dua kepala, wahhhh, teruja tengok coz pelik, ikan tu boleh hidup dengan dua kepala, dah la tak bleh berenang ke permukaan air, ada kat dasar je coz tak dapat berenang menampung 2 kepala.. So, adie pun suruh la sorang member ni rakam, and ambil gambar ikan tuh.. bukan senang nak dapat tengok lagi pasni.. Very rare. wahhh.... (^_^)V

Friday, November 14, 2008

Fakta mengenai Bulan.

Di sebabkan nama blog adie ada kena mengena dengan bulan, so, apa kata kita belajar skit tentang bulan.. hehe.. (^_^)
Kebanyakan dari kita suka melihat dan merenung bulan, panorama di malam hari yg disinari dengan cahaya bulan.. lagi2 bulan mengambang....wah.. cantik sangat2. betapa indahnya alam cipta Allah ni kan?? Adie memang suka sangat merenung bulan, begitu mengasyikkan.. teruja, rasa tenang je.. tapi mungkin kebanyakan dari kita tidak tahu atau lupa secara terperinci atau fakta mengenai Bulan yang begitu indah di lihat dari muka bumi ini. Jadi di sini adie postkan fakta-fakta mengenai Bulan. huh~~
Selamat membaca dan menambah pengetahuan.. (^_^)V (klik pada gambar untuk melihat imej sebenar @ lebih besar.)


Pic - Struktur Bulan.
Bulan adalah satu-satunya satelit semulajadi bumi, dan merupakan satelit alami terbesar ke-5 di Sistem Suria. Bulan tidak mempunyai sumber cahaya sendiri dan cahaya Bulan sebenarnya berasal dari pantulan cahaya Matahari.

Pic - Fasa-Fasa Bulan
Jarak rata-rata Bumi-Bulan dari pusat ke pusat adalah 384.403 km, sekitar 30 kali diameter Bumi. Diameter Bulan adalah 3.474 km,[1] sedikit lebih kecil dari seperempat diameter Bumi. Ini berarti volume Bulan hanya sekitar 2 peratus volume Bumi dan tarikan graviti di permukaannya sekitar 17 persen daripada tarikan gravitasi Bumi. Bulan beredar mengelilingi Bumi sekali setiap 27,3 hari (period orbit), dan variasi periodik dalam sistem Bumi-Bulan-Matahari bertanggungjawab atas terjadinya fasa-fasa bulan yang berulang setiap 29,5 hari (period sinodik).

Massa jenis Bulan (3,4 g/cm³) adalah lebih ringan dibanding massa jenis Bumi (5,5 g/cm³), sedangkan massa Bulan hanya 0,012 massa Bumi.

Bulan yang ditarik oleh gaya graviti Bumi tidak jatuh ke Bumi disebabkan oleh gaya sentrifugal yang timbul dari orbit Bulan mengelilingi bumi. Besarnya gaya sentrifugal Bulan adalah sedikit lebih besar dari gaya tarik menarik antara gravitasi Bumi dan Bulan. Hal ini menyebabkan Bulan semakin menjauh dari bumi dengan kecepatan sekitar 3,8cm/tahun.

Bulan berada dalam orbit sinkron dengan Bumi, hal ini menyebabkan hanya satu sisi permukaan Bulan saja yang dapat diamati dari Bumi. Orbit sinkron menyebabkan kala rotasi sama dengan kala revolusinya.

PIc - Info @ fakta.
Di bulan tidak terdapat udara ataupun air. Banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hantaman komet atau asteroid. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan tidak adanya pengikisan yang menyebabkan banyak kawah di bulan yang berusia jutaan tahun dan masih utuh. Di antara kawah terbesar adalah Clavius dengan diameter 230 kilometer dan sedalam 3,6 kilometer. Ketidakadaan udara juga menyebabkan tidak ada bunyi dapat terdengar di Bulan.

Pic - Pendaratan di Bulan (NASA)

Bulan adalah satu-satunya tempat di alam semesta yang pernah didatangi dan didarati manusia. Objek buatan pertama yang melintas menghampiri Bulan adalah wahana antariksa milik Uni Sovyet, Luna 1, objek buatan pertama yang menyentuh permukaan Bulan adalah Luna 2, dan foto pertama sisi jauh bulan yang tak pernah terlihat dari Bumi, diambil oleh Luna 3, kesemua misi dilakukan pada 1959. Wahana antariksa pertama yang berhasil melakukan pendaratan adalah Luna 9, dan yang berhasil mengorbit Bulan adalah Luna 10, keduanya dilakukan pada tahun 1966.[1] Program Apollo milik Amerika Syarikat adalah satu-satunya misi berawak hingga kini, yang melakukan enam pendaratan berawak antara 1969 dan 1972.

Thursday, November 13, 2008

Mengumpat


Adie memang tak suka dan anti ngan orang yg suka mengumpat dan mengata keburukan orang lain ni.. macam dia tu bagus sangat dan takde cacat cela.. sebab tu selalunya kalo orang ngumpat adie akan diam and kalo boleh nak jauhkan diri, dan cuba sedaya upaya mengawal diri dari mengumpat atau mengatakan tentang keburukan orang lain apatah lagi menghina orang.. bukan nak kata diri ni baik sangat, tak pernah terlepas cakap @ what so ever, tak, cuma nak mengingatkan pada diri sendiri betapa buruknya amalan mengumpat orang ni dan orang lain.. Adie copy n paste mengenai MENGUMPAT ni.. luangkan la masa tuk membaca supaya boleh kita sama2 muhasabah diri ya... huhu~~


MENGUMPAT

Mengumpat ialah menceritakan atau
menyebut keburukan atau kekurangan
seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan
mengenai mengumpat separti sabda nya
bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila
kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya"
(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari
atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan
keburukan Biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang
yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya
mengumpat, ia Disamakan seperti
memakan daging saudara seagama.
Manusia waras tidak sanggup memakan
daging manusia, inikan pula daging
saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah
antara dosa yang tidak akan diampunkan
oleh Allah biarpun pelakunya benar-
benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan
oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak
mengampunkan, maka dosa itu akan kekal
dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W.
bermaksud:Awaslah daripada mengumpat
kerana mengumpat itu lebih berdosa
daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan zina, apabila dia bertaubat,
Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan
umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang
diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib
Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa
dilakukan, maka ia Tidak dirasakan
lagi sebagai satu perbuatan dosa.
Hakikat inilah perlu direnungkan oleh
semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang
lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh
orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan
keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang
beriman dengan lidahnya tetapi belum
beriman dengan hatinya! Janganlah kamu
mengumpat kaum muslim, dan jangan lah
kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip
keaiban saudaranya, maka Allah akan
mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun
dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat
kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan
sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah
seperti api memakan ranting kayu
kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu
akan musnah atau dihapuskan seperti
mudahnya api memakan kayu kering
sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili,
diakhirat seorang terkejut besar
apabila melihat catatan amalan
kebaikan yang tidak pernah
dilakukannya didunia. Maka, dia
berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku,
dari manakah datangnya kebaikan yang
banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya".
Maka Allah menjawab :"Semua itu
kebaikan (pahala) orang yang mengumpat
engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang
mengumpat tidak ada lagi untuk
diberikan kepada orang yang diumpat,
maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang
mengumpat. Inilah dikatakan orang
muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat
mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada
melakukannya. Oleh itu perbanyakkan
lah zikir supaya dapat menghindarkan
diri daripada mengumpat.

Gambatte kudasai minna San!! (^_^)V

Raja Bulan



Sebenarnya sebelum ni dah buka sebuah blog, tapi disebabkan blog tu terlalu bersifat peribadi dan sensitif. (jangan fikir kuning ok) hehe... blog tu lebih kepada luahan hati dan kisah hidup sendiri yg kalo dibuat untuk tatapan ramai akan membuatkan Adie rasa seperti mengaibkan diri sendiri, rendah diri dan sebagainya, jadi Adie mengambil keputusan untuk mengubah blog tersebut kepada blog peribadi, dan membuka satu lagi blog untuk tatapan ramai and what so ever yg lebih santai dan terbuka, supaya lebih yakin untuk berkomunikasi dengan blogger2 yang lain..pada asalnya nak namakan sebagai adiearif.blogspot tapi tak boleh plak. akhirnya dapat la nama raja bulan, ada la maksud tersirat sebalik nama tuh (suka bulan) ...hehe.... harap dengan menulis blog ni dapat la mengisi masa lapang dan takde la bosan sangat..... huhu~~ watashi wa adie kun desu, dozo yoroshiku!! (^_^)V