Thursday, May 28, 2009

Percutian ke Air Terjun Titi Hayun dan Langkawi, Kedah.


Air Terjun Titi Hayun, Yan, Kedah
.

Sekali lagi bercuti ke Yan, Kedah, bermandi-manda di air terjun Titi Hayun. Perjalanan dari kuala selangor ke sana mengambil masa lebih kurang 7 hingga ke 8 jam melalui lebuhraya, ianya agak mengambil masa kerana kami berhenti rehat di R&R beberapa kali. Sampai di Titi hayun kami menyewa challet betul-betul bersebelahan dengan air terjun titi hayun, untuk satu malam kami di kenakan bayaran sebanyak Rm 60 untuk single chalet dan rm 10 untuk tambahan tilam. Keadaan chalet agak memuaskan. Kami tidak dapat menyewa untuk 2 malam kerana tempahan telah penuh jadi ke esokkan harinya kami berpindah untuk menyewa di challet yang berhampiran, Neo Chalet dengan harga rm 50 untuk satu malam.. keadaan chalet memuaskan.. di sini chalet ataupun homestay mudah didapati dengan harga yang berpatutan.. Air terjun titi hayun memang menyegarkan dan mempunyai tarikan tersendiri, air yang mengalir dari gunung jerai betul-betul menenangkan. Selain itu bagi yang sukakan aktiviti lasak bolehlah mendaki tangga kenari seribu tahun untuk ke gunung jerai, ataupun mendaki sejauh 3 km untuk ke Air terjun puteri mandi yang sangat indah, tetapi disarankan untuk menggunakan khidmat pemandu pelancong kerana ditakuti akan sesat.


di titi hayun chalet
di Neo chalet, titi hayun.
di Air terjun Titi Hayun.
Sungguh menyegarkan.


Langkawi, Kedah.

Bercuti di langkawi selama 1 hari 1 malam memang tidak memuaskan kerana langkawi mempunyai banyak tarikan dan begitu menyeronokkan sekali. Bertolak dari kuala kedah menaiki feri, di kenakan bayaran sebanyak rm 23 seorang. Sebelum itu kami meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan khas yg disediakan dan dikenakan bayaran sebanyak rm15 untuk satu hari. Perjalanan memakan masa selama 1 jam lebih untuk sampai ke langkawi, dan kami terus pergi ke kaunter kereta sewa untuk membuat pembayaran. Kami diberikan kereta jenis proton saga dan dikenakan bayaran sebanyak rm 50 untuk 24 jam penggunaan. Terus menuju ke Pantai Cenang, untuk daftar masuk motel yang telah di syorkan iaitu CD MOTEL, betul-betul berada dihadapan pantai cenang, dikenakan bayaran sebanyak rm 80 untuk satu malam, satu bilik dengan dua katil. Ianya agak memuaskan walaupun agak sempit. Mandi manda di pantai cenang memang menyeronokkan, mandi manda selama 3 jam, ombak yang agak kuat, mengujakan.. Pada sebelah malam, berjalan-jalan di sekitar pantai cenang, berdekatan dengan Underwater World dan ke esokkan paginya pergi ke Chocolate Shop, untuk membeli buah tangan, dan singgah ke dataran helang untuk mengambil gambar kenangan, kemudian kami semua berangkat pulang menaiki feri ke kuala kedah. Memang agak terkilan kerana banyak tempat yang menarik tidak berkesempatan untuk dilawati. Mungkin tiada rezeki, kerana kawan terburu-buru ingin pulang disebabkan keesokan harinya dia terpaksa bekerja. InsyaAllah, panjang umur, murah rezki, Langkawi.. Adie kun akan mai lagi no.. hehe..


di Jeti Kuala kedah.
Pantai Cenang, Langkawi.
Pantai Cenang, Langkawi.
Dataran Helang, Langkawi.

*Kulit terbakar dan gelap selepas pulang dari percutian.. sob3.. tapi sekali-sekala tak mengapa.. (^_^)V



Adie Kun @ Raja Bulan



Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu.



Sebenarnya bagi Adie setiap hari pun merupakan hari ibu, kerana setiap saat bersama mak merupakan saat yang paling bermakna dalam hidup Adie. Cuma hari ibu sedunia ini lebih mengingatkan Adie kepada segala pengorbanan dan jasa yg mak telah lakukan demi Adie. Bagi Adie, Mak merupakan ibu yang paling baik dalam dunia ini. Adie tak dapat membayangkan hidup tanpa Mak. Setiap kali adie memikirkan suatu hari nanti Mak akan tinggalkan Adie, Adie pasti akan menangis. Adie harap pada masa itu Adie dapat menggantikan tempat Mak kerana Adie tak sanggup kehilangan Mak, satu-satunya orang dalam dunia ini yang begitu mengambil berat tentang diri Adie dan menyayangi Adie. Mak seorang yang sangat baik, dalam seumur hidup Adie, tak pernah sekali pun Adie melihat Mak marah dan tengking anak-anak Mak walaupun kadang-kadang anak-anak mak bersikap kurang ajar terhadap mak, tapi mak mendiamkan diri dan bersabar. Itulah kelebihan mak walaupun Adie kasihan melihat Mak diperlakukan sebegitu tapi Adie tak dapat nak berbuat apa-apa. Tanpa Mak Adie tak tahu apa akan terjadi pada Adie. Semenjak kecil sehinggalah sekarang Mak tak jemu-jemu merawat dan menjaga Adie ketika Adie sakit. Sampai sekarang pun Mak masih menemani Adie setiap kali ke klinik. Mengurut Adie, memasak untuk Adie dan sebagainya, disebabkan Mak, Adie kuatkan diri untuk cepat sembuh kerana Adie kasihan melihat mak bersusah payah menjaga Adie, tanpa memikirkan keadaan Mak sendiri. Begitu banyak pengorbanan Mak demi Adie. Tapi Adie kesal dan sedih. Setiap kali melihat wajah mak, Adie rasa sebak, kerana Adie bukanlah anak yang baik, Adie merupakan kambing hitam dalam keluarga. Pada ketika menulis luahan ini tak semena-mena Adie menangis memikirkan semua ini. Adie minta maaf banyak-banyak pada Mak dan Ayah. Maafkan Adie kerana menjadi anak yang tak baik. Adie kecewa dengan diri sendiri. Buat masa ini Adie tak dapat nak berikan apa-apa pada Mak dan Ayah terutama dari segi material, tapi Adie berjanji pada diri sendiri, Adie tidak akan lupa dan selalu mendoakan kesejahteraan Mak dan Ayah. Hanya itu yang mampu Adie lakukan. Terima kasih atas segalanya.... Adie sayang Mak.....


*Tahun ini seronok menyambut hari ibu, kakak membelikan mak kek khas sempena hari ibu, (limited edition), dan coklat. kemudian membawa mak jalan-jalan. Aku tumpang gembira apabila melihat mak gembira.. (^_^)V



Adie Kun @ Raja Bulan

Head Banner Baru.









Fuhh.. Akhirnya aku dapat menyiapkan head banner yang baru bertajuk - Adie Kun - The Power Within Me - Angel... Mengambil masa selama 3 hari untuk menyiapkannya menggunakan perisian Adobe Photoshop 7.0.. bahagian yang paling rumit adalah bahagian sayap kerana aku terpaksa melukis setiap helai bulu, satu demi satu, dan mengulangi proses pencerahan kerana pada asalnya sayap berwarna hitam dan berlatarbelakangkan warna putih... kemudian barulah aku memasukkan latarbelakang angkasa lepas, Nebula.. dan membuat kesan khas cahaya, seolah-olah aku sedang memegang tongkat sakti yang mengeluarkan cahaya. Satu proses yang memenatkan, dan agak rumit.. tapi aku sangat gembira dengan hasilnya.. Impian aku untuk memiliki sayap dan bergaya ala-ala watak di dalam anime dan mempunyai kuasa sakti, walaupun hanya didalam gambar ianya dapat direalisasikan.. yeay... (^_^)V



Adie Kun @ Raja Bulan