Friday, October 23, 2009

Pengkhianatan Seorang Kawan.




Kalau boleh, dan kalau ikutkan hati aku tidak mahu menulis sesuatu yang menyedihkan.. tapi bila aku fikirkan kembali.. memang lumrah kehidupan, penuh dengan suka duka.. jadi samada peristiwa yang aku lalui menggembirakan atau menyedihkan.. ianya merupakan sesuatu yang perlu aku hadapi dan lalui dalam lipatan sejarah hidup aku sebagai seorang insan biasa didunia ini..

Mungkin sekarang, zaman kesedihan buat aku, tapi InsyaAllah, siapa tahu esok lusa, kegembiraan akan menjelang.. dan kesedihan yang aku alami, biarlah ianya menjadi lipatan dalam hidup aku.. merupakan pengalaman, yang mengajar aku erti sebuah kehidupan..

Erm.. hendak dimulakan cerita, sudah dua minggu aku kemurungan, kesedihan, masih berada dalam keadaan yang terkejut.. Aku hampa, aku tidak pernah terfikir perkara ini akan berlaku kepada aku,.. kawan yang aku percaya, satu-satunya dan telah berbelas tahun di kenali... mengkhianati diri aku... sukar untuk aku menerima kenyataan ini..

Berbalik pada perancangan untuk mencari kerja, selepas temuduga hari pertama, keesokan harinya kami pergi mendaftarkan diri didalam 'SPA' secara online.. Ke esokan harinya pula, kawan aku mengejutkan aku dengan berita yang dia ingin bekerja sementera di 'shell' tempat kerja lamanya selama seminggu kerana katanya dia sudah hampir kehabisan duit untuk mencari kerja.. dia berjanji dengan aku selepas seminggu, kami akan menyambung hasrat kami untuk mencari kerja besama-sama.. walaupun aku merasa pelik, tapi aku cuba untuk tidak bersangka buruk terhadapnya..

Selama seminggu dia 'bekerja sementara' itu kami hanya berhubung pada hari ke 5 dia bekerja sahaja.. itu pun hanya beberapa mesej.. Selepas genap dia bekerja selama seminggu, aku menghubunginya.. aku telah menghantar banyak mesej, aku juga telah menelefonnya hampir berpuluh kali, pada waktu pagi, tengah hari, petang dan juga malam tapi dia lansung tidak menjawapnya, apatah lagi membalas mesej aku.. Aku kebingungan.. buntu.pelik... memikirkan kenapa dia bersikap sebegitu.. namun sehingga sekarang.. ketika aku menulis luahan ini aku lansung tidak mendapat apa-apa balasan mesej mahupun telefon dari dia..

Aku betul-betul terkejut.. sedih.. hampa.. bermacam-macam perasaan bercampur aduk dalam fikiran dan hati ini.. Satu-satunya kawan yang aku paling percaya...sudah mengenalinya hampir berbelas tahun.. akhirnya mengkhianati aku... sanggup melakukan perkara ini terhadap aku.. Aku sanggup berhenti kerja semata-mata ingin menyertainya mencari kerja.. keluarga aku membenarkan aku berhenti kerja kerana mereka juga percayakan dia.. sebab dia juga telah dikenali oleh keluarga aku.. tapi, dia boleh tinggalkan aku macam itu sahaja.. memang tak berhati perut.. aku tahu dia telah pulang ke rumahnya di pahang.. sampainya hati.. apa salah aku??.. sebelum ini pun aku beberapa kali di khianati oleh kawan.. tapi aku tak pernah sangka dia.. erm.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika ini.. Sanggup dia mengkhianati kepercayaan aku dah keluarga aku.. sanggup dia memusnah persahabatan yg telah lama terjalin.. sanggup dia.. erm.. sekarang.. aku tidak tahu apa yang patut aku katakan pada keluarga aku kerana mereka telah mula bertanyakan tentang kawan aku itu dan hasrat aku untuk mencari kerja, aku juga risau dengan abang aku, dia pasti akan bertanyakan macam-macam nanti, kerana dulu aku telah berhenti kerja dengannya..

Ya Allah.. berikanlah hamba ketabahan dalam menghadapi dugaan dari mu ini.. Hamba redha.. tapi hamba hanyalah manusia biasa.. yg punya perasaan.. perlukan masa untuk pulih.. tolonglah hamba.. Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Memahami dan segala puji-pujian bagi-Mu.. berikanlah hamba jalan keluar.. tolonglah.. Amin...

Adie Kun @ Raja Bulan


Monday, October 12, 2009

Rumah Terbuka Hari Raya.

,

Sedar tak sedar, syawal dah pun masuk hari yang ke 24,.. hari sabtu yang lepas, aku pergi ke rumah terbuka yang di anjurkan oleh salah seorang kawan aku di Shah Alam, Selangor..Sebelum ke rumah terbuka tersebut sempat pergi ke Sunway pyramid sementara menunggu sailors menjemput aku dan seorang lagi anggato sailors.. Sampai di sana dalam pukul 8, wahhh.. keadaan agak meriah, lebih-lebih lagi rumah terbuka ini agak istimewa kerana di anjurkan dengan kerjasama pertubuhan PT foundation yang mengambil berat tentang penularan penyakit HIV dan AIDS, selain di hidangkan dengan pelbagai juadah, ianya di isi dengan sedikit taklimat mengenai penyakit STD, @ HIV @ AIDS.. agak unik, baru pertama kali menghadiri rumah terbuka seperti ini,.. balik dalam pukul 9 lebih, sesat kejap di Shah Alam, haha.. kemudian menuju ke KL untuk menghabiskan masa sepanjang malam kerana aku tidak sempat untuk balik ke Kuala Selangor, .. Penat.. Apa pun terima kasih Papa Syah sebab sudi menjemput Adie dan Teamsailors..


Gambar Kenangan.

Adie Kun - Pose merajuk kononnya.. haha.. (sunway pyramid)

Adie Kun - Di hadapan replika gajah. (Sunway Pyramid)

Adie Kun dan Obey (Sailormars)



Adie Kun @ Raja Bulan



Monday, October 5, 2009

Berhenti Kerja Dan Bermulanya Sebuah Pencarian..


Hari selasa yang lalu iaitu pada 29 September 2009, aku nekad memberitahu abangku niat untuk berhenti kerja dengannya. Semua ini bermula dari cadangan kawanku yang ingin mencari pekerjaan dan mengajakku menyertainya.. Setelah difikirkan masak-masak, aku setuju untuk mengikutinya dan sama-sama mencari kerja nanti. Abangku bersetuju dan seolah-olah tidak kisah aku berhenti kerja, jadi tiada halangan untuk aku mencari kerja dengan hati yang tenang.. Aku mengambil keputusan ini kerana memikirkan, sampai bila aku ingin bergantung harap pada keluarga, dan selain itu aku juga ingin mencari pengalaman bekerja di luar, bekerja di bawah arahan orang lain selain dari keluarga sendiri atau pun kawan-kawan, malah aku juga teringin untuk merasai hidup sebagai orang bujang dan menyewa rumah bersama kawan-kawan. Walaupun terasa berat hati, tetapi apa pun aku perlu keluar dari kebiasaan demi kepentingan diri aku sendiri dan juga masa depan aku..


Wahhhhhh.. nampaknya aku terpaksa memberanikan diri dan cuba untuk yakin dengan kemampuan diri walaupun aku merasa agak resah kerana aku tidak mempunyai pengalaman bekerja selain dari dengan keluarga sendiri dan kawan-kawan.. Cuma mampu berdoa kepada Allah agar apa yang aku usahakan akan membuahkan hasil dan aku menemui dan diberikan pekerjaan yang sesuai dengan diri aku dan dapat menjamin masa depan aku.. InsyaAllah..

Pagi tadi bermulanya pencarian aku bersama kawan aku, dan hari ini merupakan temuduga pertama yang aku pergi, temuduga disebuah kilang tilam Goodnite, (tilam dalam rancangan deko bersama eric) Temuduga untuk jawatan pekerja am sahaja, semuanya berjalan lancar, dan aku diberikan masa untuk memikirkan samada ingin menerima jawatan tersebut atau tidak. Tetapi nampaknya pekerjaan itu kurang sesuai untuk aku lebih-lebih lagi, menawarkan gaji yang rendah. Jadi aku dan kawan aku mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan lain. Fuhhh.. barulah aku tersedar, kerja bersama abangku lebih baik lagi berbanding bekerja di kilang tersebut kerana mendapat bayaran sama seperti bekerja dengan abangku. harap Allah permudahkan pencarian kami.. dan semoga kami menjumpai pekerjaan yang sesuai dengan gaji yang berpatutan.. Amin..

Sempat Posing, hehe.. (^_^)

Bersantai, padahal fikiran serabut fikir pasal kerja.

Sempat posing sehari sebelum temuduga.

Menanti dengan penuh harapan..



Adie Kun @ Raja Bulan