Thursday, August 27, 2009

Permulaan Yang Baik.


Hari ini merupakan hari ke 6 umat islam berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.. Alhamdulillah, aku dapat bertahan berpuasa setakat ini walaupun pada hari pertama dan ke dua puasa aku tidak berapa sihat dan demam. Puasa pada tahun ini, setakat ini bermula dengan baik, semuanya berjalan lancar, dan yang paling penting, aku diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menjalaninya walaupun pada permulaan agak tidak sihat... Terbit satu perasaan yang amat menyenangkan.. perasaan gembira, apabila dapat menyempurnakan puasa, sembahyang terawih di masjid dan bersahur bersama keluarga. Kemeriahan menjalani ibadah puasa dan menyambut bulan Ramadhan dapat dirasai tetapi kali ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, sukar dijelaskan dengan kata-kata. Harap semuanya akan berjalan lancar dan baik-baik sahaja sehinggalah penghabisan Ramadhan. Amin..



Adie Kun @ Raja Bulan

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN BERPUASA.



Semoga puasa tahun ini di penuhi dengan segala rahmat dari Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding bulan-bulan yang lain.. InsyaAllah... Harapan, semoga doa-doa di makbulkan... dan diberikan kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini.. Hati terasa begitu seronok menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini.. Harap dapat berpuasa penuh, menghadiri terawikh.. dan diberikan kesihatan yang baik untuk melakukan amal ibadah di bulan yg mulia ini.. Amin.. Selamat Berpuasa..


Adie Kun @ Raja Bulan.

Tuesday, August 11, 2009

Musibah Terbesar..


Tarikh, 8 ogos 2009, dan melarat sehingga pada hari ini...pada ketika aku menaip luahan ini, hari dan bulan yang amat malang bagi kami sekeluarga, dan tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila, tidak dapat untuk mencoretkan dengan lebih lanjut kerana ianya perkara yang amat serius dan mengaibkan.. aku merasa amat tertekan, apa yang aku mampu lakukan buat masa ini hanyalah berdoa dan berharap, agar kami sekeluarga terutama ayah dan mak.. tabah dalam menghadapi dugaan ini, begitu juga diri aku yg menerima tamparan yang amat hebat.. musibah terbesar.. erm.. aku pasrah dan redha...


'Semoga Allah memberikan kekuatan, ketabahan, kesabaran dan apa yang kami perlukan untuk menghadapi dugaan yang amat besar ini.. dan memberikan jalan keluar, dan penyelesaian ke atas masalah yang melanda.merungkaikan segala kekusutan, kebuntuan. dan semoga doa kami semua di makbulkan oleh Allah S.W.T. Sesunguhnya Dia Tuhan Yang Maha Mengasihani, Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang...'

Amin..

Adie Kun @ Raja Bulan