Tuesday, May 18, 2010

Kerja Baru.

Pertama sekali, alhamdulillah.. syukur ke hadrat illahi kerana Adie sudah pun mula bekerja di tempat kerja baru.. Nampaknya lepas ini Adie tidak dapat nak update blog selalu, sibuk dengan kerja dan tempat adie bekerja tiada cybercafe.. wahhh.. Memang kerja ini merupakan kerja tetap, tapi Adie merancang dalam pada masa yang sama, Adie ingin mencari kerja yang lebih bagus.. InsyaAllah..

Erm, memang sesuatu yang sangat baru buat Adie, sekarang Adie tidak lagi duduk bersama keluarga di kuala selangor, berhijrah ke bangi, menyewa bilik yang dekat dengan tempat kerja.. seorang diri.. wahhhhh..memang sesuatu yang sangat asing buat diri adie yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga.. Apa yang Adie mampu lakukan sekarang hanyalah berdoa kepada Allah agar dipermudahkan kehidupan Adie disana, dilindungi selalu..

Di permulaan agak membosankan, sebab Adie tiada kawan lansung di sana.. balik kerja, duduk melepak didalam bilik.. tiada aktiviti sampingan yang boleh menghilangkan bosan, selain duduk didalam bilik dan mendengar radio, wahhhhhh.. tiada tv, lappy, apa pun tiada kecuali radio kecil.. Bak kata orang.. bermula dengan 'KOSONG'.. tapi kira okey lagi, dari tiada kan.. hahaha.. duit pun dah pokai, bayar sewa bilik dan persiapan kerja..

Apa pun.. Doa Adie, Moga kehidupan adie yang baru ini, bakal membawakan sinar kegembiraan buat diri adie dan memberikan pengalaman yang berharga.. InsyaAllah.. Amin.. buat majikan adie yang terdahulu yang telah menganiaya diri Adie dan kawan-kawan, memang Adie tidak akan lupakan, dunia dan akhirat adie takkan halalkan apa yang datang dari diri Adie.. moga Allah memberikan pembalasan yang setimpal terhadap penganiyaan yang dia telah lakukan.. Amin...



Adie Kun @ Raja Bulan.

2 comments:

vee_elviana said...

Hi Adie

All the best anyway. Bermula dari 'O' adalah yang terbaik untuk menjadi cekal dan tabah.

Ciao

Emancipation Lr Mohd Ariff said...

gud luck adie..:-)