Thursday, April 7, 2011

Kembalinya Ayah Tercinta ke Rahmatullah..



Hari ni masuk hari yang ke 8 arwah ayah pulang ke rahmatullah... lepas maghrib tadi, dimasjid selesai sudah majlis bacaan tahlil buat arwah.. moga rohnya tenang di sana.. Memang kalau di ikutkan rasa hati, Adie betul-betul rasa tak percaya atas apa yang berlaku.. Tapi, alhamdulillah, Allah berikan Adie dan keluarga kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang besar ini. Adie redha dengan pemergian arwah Ayah walaupun dengan tidak disangka-sangka..


Mengimbas kembali.. masih segar di ingatan, tarikh 18 januari, ayah jatuh sakit, dan dimasukkan ke hospital berdekatan yakni Hospital Tanjong Karang,.. Ayah tidak sedarkan diri, dan semakin kritikal, dipindahkan ke hospital Sungai Buloh, kerana peralatan di sana lebih lengkap.. Hampir sebulan ayah berada di sana, dan hampir 2 minggu ayah tidak sedarkan diri.. keadaan pada masa itu amat mencemaskan.. kerana masing-masing takot kehilangan ayah.. tiap-tiap hari tidak putus-putus mendoakan kesembuhan ayah.. Alhamdulillah.. ayah semakin sembuh, dan akhirnya ayah sedar.. dalam tempoh itu juga.. adik beradik bergilir-gilir menjaga ayah di wad..

Masih segar di ingatan adie, wajah ayah.. ketika adie menjaga ayah di wad dulu.. wajah ayah yang kesakitan, wajah ayah ketika koma.. wajah ayah ketika adie menolong menyalinkan lampin ayah.. dan riak wajah ayah ketika menunjukkan isyarat 'bagus', ayah suka dengan layanan adie..
adie rasa terharu..

Adie tak putus-putus berdoa untuk ayah.. dan bila ada masa, adie sedekahkan yasin.. gembira sangat, bila keadaan ayah bertambah baik hari demi hari semenjak ayah keluar dari hospital.. Hati bertambah bersyukur bila melihat ayah sudah boleh berjalan sendiri tanpa berpapah, walaupun kakinya terhencot-hencot ketika berjalan kerana urat kaki sebelah kanan putus akibat doktor pelatih tersalah cucuk jarum..


Ya Allah.. pada ketika adie menaip luahan ini hati terasa sebak.. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hamba mu ini.. erm.. apa pun Adie bersyukur sangat-sangat, sehari sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, adie pulang ke kampung kerana bercuti sehari, itupun kerana desakan hati yang rindukan kampung dan kebetulan akak adie ingin pulang pada hari itu.. itulah kali terakhir adie bersama ayah... bersarapan, pergi ke pasar, bayar bill.. memang kami semua nampak perubahan yang ketara pada diri ayah, tapi kami lansung tidak mengagak rupanya ayah ingin pergi meninggalkan kami buat selamanya..

31 Mac 2011, lebih kurang dalam pukul 2 pagi, ayah jatuh sakit, lebih kurang sama dengan keadaannya ketika pertama kali diserang sakit jantung 18 januari dulu.. ayah di kejarkan ke hospital tg. karang.. doktor memengsankan ayah kerana ayah tidak mampu bernafas sendiri.. keadaan ayah parah dan terpaksa dipindahkan ke hospital sg.buloh, semasa dalam perjalanan untuk di pindahkan ke hospital sg. buloh ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam ambulance, lebih kurang jam hampir pukul 7 pagi..


Hati Adie agak terkilan.. walaupun Adie redha dengan apa yang berlaku.. tapi sedih sangat, kerana dalam keluarga, Adie seorang saja yang tidak sempat untuk mengucup dahi ayah buat terakhir kalinya... Selama adie hidup, adie tak pernah cium ayah walaupun sekali.. seingat adie.. itu yang buatkan adie terkilan.. tapi apa pun adie bersyukur kerana sempat menatap wajah ayah buat kali terakhir sebelum di kebumikan ke dalam liang lahad.. Ya Allah.. pada ketika tu adie terpegun melihat wajah ayah.. Ayah seperti sedang tidur, kulit ayah yang ketika hidupnya hitam manis, kelihatan cerah dan bercahaya.. Adie bersyukur sangat, melihat ketenangan di wajah ayah.. terima kasih sangat kepada majikan adie, kerana sanggup menghantar adie balik ke kampung, kalau tidak, menatap wajah ayah buat kali terakhir pun belum tentu adie sempat..

Apa pun adie bersyukur ke hadrat Illahi, kerana semuanya berjalan dengan lancar dan cepat.. tiada sebarang masalah.. majlis tahlil di lansungkan pada hari pertama, ke dua, ketiga, dan hari ini yg ke empat.. dan Alhamdulillah berjalan lancar.. Sekarang ni, walaupun dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tau apa yang Adie rasa, Adie akan terus mendoakan buat arwah ayah.. menyedekahkan doa, al-fatihah, dan bacaan yasin.. moga-moga roh ayah dicucuri rahmat Allah selalu..


Ya Allah, Ya TuhanKu, ampunilah segala dosa-dosa Arwah ayah hamba,
Tempatkanlah dia bersama orang yang soleh dan solehah,
janganlah kau seksa dia yang Allah.. terimalah segala Amalan baik, amal jariah, dan ibadahnya
ketika dia masih hidup.. rahmatilah dia, dan cucurilah roh arwah dengan rahmatMu Ya Allah..
hamba sebagai anak hanya mampu mendoakan kesejahteraannya di alam sana... Sesungguhnya Kau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Makbulkanlah doa hamba yang lemah lagi hina ini Ya Allah.. Makbulkanlah.. Amin..


1 comment:

sailormoon said...

Adi
Salam tahziah yer...