Beberapa hari lagi tahun 2008 bakal melabuhkan tirai dan memasuki fasa baru yakni tahun 2009. Terasa seperti begitu cepat dan pantas sekali masa berlalu, pejam celik, pejam celik beberapa hari lagi akan memasuki tahun 2009. Tahun 2008, tahun yang meninggalkan kesan yang agak mendalam pada diri aku, penuh dengan suka duka, pahit maung yang terpaksa aku tempuhi sebagai seorang manusia yang hidup di bumi Allah ini. Apa yang berlaku sepanjang tahun 2008 ini InsyaAllah akan sentiasa tersemat di dalam jiwa, mana yang baik di jadikan teladan, yang buruk di jadikan tauladan. Segala perkara baik yang berlaku datangnya dari Allah, dan keburukan itu datangnya dari kelemahan aku sendiri. Apa yang boleh aku simpulkan disini, tahun 2008 bukanlah tahun yang menggembirakan buat aku, bukanlah tahun yang penuh dengan kebanggaan, tetapi merupakan tahun yang begitu menguji diri aku, dan semua yang berlaku ke atas diri aku mengajar aku erti kehidupan. Memberikan aku pengalaman dan mungkin sedikit sebanyak boleh mematangkan diri aku, sebahagian dari proses untuk aku menjadi lebih dewasa dan melihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza dan berlainan dari kebiasaan. Walaupun tahun 2008 penuh dengan emosi, air mata, kekecewaan, dugaan dan cabaran namun aku redha dengan apa yang telah terjadi ke atas diri aku, kerana aku hanyalah insan yang lemah, yang hina, yang banyak kekurangan, yang hidup menumpang dibumi Allah ini. Jadi, apa pun yang berlaku aku tidak boleh merungut dan menyalahkan sesiapa selain diri sendiri. Aku harus tabah dan kuat untuk mengharungi semua ini. Kalau diikutkan mungkin aku boleh jadi gila dan sebagainya, tetapi alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk meneruskan kehidupan, memberikan aku kekuatan untuk terus hidup. Hidup sebagai seorang insan yang bernama Adie, Adie kun. Insan yang kerdil lagi hina.. Alhamdulillah.. sesungguhnya Allah itu Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang dan segala puji baginya.. InsyaAllah.. dengan kehendak-Nya.. semuanya pasti akan baik-baik saja. Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Amin~~~~
Kte bkak buku baru yerk Adie...???
No sdey2x..
hehehehhehe...;)
Post a Comment