Selepas di baik pulih beberapa minggu lepas, hp sony ericsson W300i aku mengalami masalah yang lain pula, aku tidak dapat untuk bluetooth, infrared, dan juga mms sesiapa pun, dan kadang kala tidak mengeluarkan bunyi. Jadi, pagi tadi aku mengambil keputusan untuk membeli Hp baru tetapi 'second hand' kerana tidak mampu membeli yang baru dan menukarkan Hp lamaku. Tapi Hp w300i ku tidak boleh di tukar selagi tidak dibaik pulih terlebih dahulu, jadi aku pergi ke kedai di mana aku membaik pulih dulu, mujur dia ingin membaikinya dan tidak mengenakan bayaran, kerana mungkin semua itu terjadi atas kecuaiannya ketika membaik pulih dulu. Kemudian aku mengambil keputusan untuk membeli hp Sony Ericsson W700i yang aku pilih di kedai sebelumnya tanpa menukar dengan hp lamaku kerana di lain masa mungkin aku boleh menggunakan hp itu jikalau hp ku yang baru mengalami kerosakan. Wah, duit sudah habis.. Harap berbaloilah... huhu, nak dijadikan cerita, 2 hari kemudian bos kepada kakak ku ingin menjual hpnya ke kedai hp, iaitu hp nokia 6288, tuan kedai ingin mengambilnya dgn harga rm 150 sahaja, jadi setelah difikir beberapa kali aku mengambil keputusan untuk membeli hp itu dari bos kakakku, ditambah dengan menukar bateri baru, usb cable hp itu bernilai 200 lebih.. kini aku memiliki 2 buah hp yakni sony ericsson W700i dan Nokia 6288.. tapi buat masa ini aku menggunakan nokia 6288 kerana ianya lebih canggih. Aku telah menghabiskan duit sebanyak 500 lebih, harap ianya berbaloi..
Pic kenangan dengan Hp lama, Sony Ericsson W300i.
Adie Kun @ Raja Bulan