Monday, April 6, 2009

Percutian Yang Menyeronokkan.


Pada awal pagi jumaat yang lepas, 3 april, lebih kurang pukul 1 lebih, aku dan kawan-kawanku bertolak dari kuala selangor ke Yan, Kedah. Tujuan asal adalah untuk menemankan kawanku pergi ke sana atas hal-hal peribadinya. Lebih kurang 9 jam perjalanan akhirnya sampai, memang amat meletihkan. Kami menginap di homestay Pantai Murni untuk 3 hari 2 malam. Ini merupakan pertama kalinya kami semua menginap di Kedah, jadi kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan dan merasai suasana baru dinegeri ini.


Selepas, menyimpan barang di homestay pantai murni kami pergi ke air terjun Titi Hayun, Gunung Jerai, untuk bermandi manda. Pemandangan di sana amat cantik dan indah sekali. walaupun air terjunnya tidak tinggi tapi lanskap batuan disana amat cantik di tambah dengan air yang jernih memperlihatkan dasar yang di huni ikan-ikan yang berenang bebas. Seronok bermandi manda di sana, dan kami sempat mengambil beberapa keping gambar.
Balik dari bermandi-manda, kami singgah makan di tepian pantai murni yang berdekatan dengan homestay kami. Esok harinya kami pergi ke Alor Star untuk jalan-jalan. dan kebesokan harinya pula kami pergi ke rumah kawan kepada kawan kami di Yan Kechil dan melawat sawah bendang yang terbentang luas. agak terkilan kerana tidak sempat untuk ke Lembah Bujang atas sebab-sebab tertentu.

Kemudian, dalam perjalanan balik pada 6 April, kami singgah ke Templer Park, hutan Lipur Kanching untuk mandi manda selepas penat berada di dalam kereta untuk beberapa jam. Sungguh menyeronokkan, air terjun di Templer Park tinggi-tinggi dan mempunyai pemandangan yang indah, agak berbeza dengan pemandangan di air terjun Titi Hayun yang rendah, tetapi ke dua-duanya mempunyai tarikan tersendiri dan indah sekali.
Apa pun, Alhamdulillah, Syukur kepada Allah S.W.T kerana kami selamat sampai dan pulang, walaupun sesat beberapa kali dan kenangan ini pasti akan terus terpahat di memori.. Terima kasih kawan-kawan semua.. Kedah, Adie pasti akan merindumu... (^_^)V


Gambar kenangan di Air Terjun Titi Hayun Gunung Jerai, Yan, Kedah






Gambar kenangan di Templer Park, Hutan Lipur Kanching. Rawang, Selangor.





Adie Kun @ Raja Bulan



4 comments:

Al-Walid Nadly said...

Wa....best nampak cuti2 mesia adie nie...hehe..

Templer Park bukan dh terlajak sket ke dari Kuala Selangor?;D

Nadee Mingo Mingo said...

3 hari 2 malam.
haha , mcm creta kat tv9 ue.
hahahaha.

adie nye cheek bone tnggi hek?
jlesh owh!
haha

Anonymous said...

Ape yg u olz mrepek nie??
ahhahahaa..
Sexy ke Adie??
Ececech..
Otot2x,rongga2x smer nmpak wohh!!
Pkai bju cpat!!!

sailormoon said...

Great.. actually banyak gak tempat-tempat menarik di negara kita ni kan.

Dan sepatutnya tempat-tempat macam tu di majukan dan dipublisitikan supaya jadi kawasan pelancungan.