Sebenarnya bagi Adie setiap hari pun merupakan hari ibu, kerana setiap saat bersama mak merupakan saat yang paling bermakna dalam hidup Adie. Cuma hari ibu sedunia ini lebih mengingatkan Adie kepada segala pengorbanan dan jasa yg mak telah lakukan demi Adie. Bagi Adie, Mak merupakan ibu yang paling baik dalam dunia ini. Adie tak dapat membayangkan hidup tanpa Mak. Setiap kali adie memikirkan suatu hari nanti Mak akan tinggalkan Adie, Adie pasti akan menangis. Adie harap pada masa itu Adie dapat menggantikan tempat Mak kerana Adie tak sanggup kehilangan Mak, satu-satunya orang dalam dunia ini yang begitu mengambil berat tentang diri Adie dan menyayangi Adie. Mak seorang yang sangat baik, dalam seumur hidup Adie, tak pernah sekali pun Adie melihat Mak marah dan tengking anak-anak Mak walaupun kadang-kadang anak-anak mak bersikap kurang ajar terhadap mak, tapi mak mendiamkan diri dan bersabar. Itulah kelebihan mak walaupun Adie kasihan melihat Mak diperlakukan sebegitu tapi Adie tak dapat nak berbuat apa-apa. Tanpa Mak Adie tak tahu apa akan terjadi pada Adie. Semenjak kecil sehinggalah sekarang Mak tak jemu-jemu merawat dan menjaga Adie ketika Adie sakit. Sampai sekarang pun Mak masih menemani Adie setiap kali ke klinik. Mengurut Adie, memasak untuk Adie dan sebagainya, disebabkan Mak, Adie kuatkan diri untuk cepat sembuh kerana Adie kasihan melihat mak bersusah payah menjaga Adie, tanpa memikirkan keadaan Mak sendiri. Begitu banyak pengorbanan Mak demi Adie. Tapi Adie kesal dan sedih. Setiap kali melihat wajah mak, Adie rasa sebak, kerana Adie bukanlah anak yang baik, Adie merupakan kambing hitam dalam keluarga. Pada ketika menulis luahan ini tak semena-mena Adie menangis memikirkan semua ini. Adie minta maaf banyak-banyak pada Mak dan Ayah. Maafkan Adie kerana menjadi anak yang tak baik. Adie kecewa dengan diri sendiri. Buat masa ini Adie tak dapat nak berikan apa-apa pada Mak dan Ayah terutama dari segi material, tapi Adie berjanji pada diri sendiri, Adie tidak akan lupa dan selalu mendoakan kesejahteraan Mak dan Ayah. Hanya itu yang mampu Adie lakukan. Terima kasih atas segalanya.... Adie sayang Mak.....
*Tahun ini seronok menyambut hari ibu, kakak membelikan mak kek khas sempena hari ibu, (limited edition), dan coklat. kemudian membawa mak jalan-jalan. Aku tumpang gembira apabila melihat mak gembira.. (^_^)V
Adie Kun @ Raja Bulan
3 comments:
Happy Belated Mothers Day too..
;);););)
Adie
Cool bagusnya kalau kita sentiasa menyedari keistimewaan ibu kan...
Ada banyak benda yang boleh buat kita sentiasa bersyukur mengenainya.
akak moon - yes.. mesti la kak.. ibu kan orang yg melahirkan kita.. erm.. pape pun ibu tetap adalah yg terbaik bagi adie.. syukur sgt..
(^_^)
Post a Comment