skip to main |
skip to sidebar
Alhamdulillah... syukur kepada hadrat Illahi.. Allah S.W.T kerana memberi aku kesempatan berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara... Raya tahun ini seperti biasa, di sambut dengan sederhana, selepas sembahyang raya, kami satu keluarga berkumpul untuk menjamu selera setelah ayah membacakan doa-doa dan berzikir, tapi tahun ini, abang ke 2 sekeluarga beraya di rumah keluarga isterinya.. jadi agak kurang lengkap.. walau apa pun kemeriahan tetap dirasai.. Sekeluarga menjamu selera dengan pelbagai aneka juadah yang telah disiapkan pada awal-awal pagi, antaranya, rendang ayam tok mak, rendang kerang, sambal kacang, lontong, daging masak lada hitam dan ketupat serta juadah yang diberikan jiran.. Wahhh.. kenyang sungguh. Sedap hingga menjilat pingan.. hehe. Seronok dapat makan sepuasnya aneka juadah kegemaran di pagi raya.. Selepas itu, sesi bergambar berlansug, keadaan agak meriah kerana masing-masing begitu teruja untuk mengambil gambar berbaju raya dan sebagainya... aku juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar.. kemudiannya, sesi yang ditunggu-tunggu, dan wajib setiap kali hari raya pertama.. Sesi bermaafan.. pada ketika ini, keadaan menjadi agak emosi, dan di penuhi air mata.. keinsafan dan pengharapan agar segala dosa dan salah silap di ampunkan sesama sendiri.. Aku amat bersyukur, melihat keadaan di mana.. segala ego dibuang ke tepi. dan masing-masing mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf.. bersyukur kerana diberikan kesempatan ini.. kesempatan untuk mensuci hening dosa.. InsyaAllah harap, ianya dapat merapatkan ukwah dan pertalian diantara kami semua.. dan semoga semuanya akan baik-baik saja.. huhu~ hari ini kenyang sangat.. tapi puas.. kerana dapat makan makanan yang sedap-sedap.. (^_^)
juadah di pagi syawalketupat.Kuih Raya.Sebahagian ahli keluarga sedang bersantap.. (^_^)
Bersama Emak yang tersayang..Bersama salah seorang kakak...Bersama adik bongsu dan salah seorang abang..(^_^)VDi kesempatan ini.. Adie ingin mengucapkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin..
Ikhlas,
Adie Kun @ Raja Bulan.
Sedar tak sedar, lagi 2 hari nak raya.. InsyaAllah.. Raya mungkin jatuh pada hari Ahad, 20 September 2009... Apa yang aku dapat simpulkan.. Ramadhan tahun ini begitu bermakna buat aku.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. nikmat berpuasa dan beribadah di bulan yang mulia ini begitu dirasai.. aku sangat bersyukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan ini.. Hati terasa gembira ingin menyambut lebaran.. tapi dalam masa yang sama agak sayu kerana Ramadhan bakal berlabuh pergi.. erm.. Apa pun harap dapat menemui Ramadhan akan datang..Sebut pasal Raya, tahun ini persiapan untuk diri sendiri, ala kadar saja, pada hari ahad yang lepas aku pergi membeli belah besama 'team sailors' di Sunway Pyramid, Subang Jaya.. seronok membeli belah dengan mereka.. sangat happening.. Aku hanya membeli sehelai skinny jeans di butik romps, dan sehelai collar t.shirt di butik Radioactive.. haha.. Nampaknya baju melayu terpaksa pakai yang lama, kerana tiada bajet lebih... Tidak mengapa.. paling penting dapat berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara.. Selepas membeli belah.. berbuka puasa di Kg Baru.. kenangan bersama 'team sailors' takkan dilupakan.. Harapan semoga hari raya Tahun ni memberikan keberkatan dan keinsafan.. mensuci hening dosa.. merapatkan ikatan silaturrahim sesama manusia. InsyaAllah... Amin.. (^_^)Sempat bergambar di Sunway Pyramid (dlm tandas pun jadi la.. haha) Menu berbuka puasa di Kg Baru.. Nasi Ayam jew.. (^_^)Adie kun n Mars
Selamat Hari Raya Aidilftiri,
Maaf Zahir dan Batin,
ikhlas..Adie Kun @ Raja Bulan
Semua orang dalam dunia ini dikurniakan hati dan perasaan. Melaluinya, kita dapat merasai apa yang dipanggil, kegembiraan, kesedihan, cinta dan sebagainya.. Merasai dan mengalami sendiri rencah dan warna-warni kehidupan.Apa yang ingin aku nyatakan di sini.. Kadang-kadang kita mungkin tidak perasan dan tidak pernah terfikir yang kita akan mengalami suatu situasi dan satu ketika dimana kita agak sukar untuk mengawal perasaan kita sendiri.. Perasaan mengawal diri.. Terutama apabila melibatkan soal 'cinta dan kasih sayang'... Perkara sebegini memang sukar di jangka..Aku telah melalui situasi itu, dimana aku sukar untuk mengawal emosi dan perasaan aku sendiri kerana aku telah jatuh hati dan terpaut pada seseorang yang menganggap aku hanyalah sekadar kawan biasa dan mungkin tidak lebih dari itu.. Pada asalnya, aku tidak mempunyai apa-apa perasaan yang istimewa terhadap dia, tapi aku perasan.. perasaan itu wujud sedikit demi sedikit, ianya hadir tanpa diduga.. Aku tidak tahu mengapa, tetapi hati terasa betul-betul terpaut kepadanya.. Mungkin kerana tarikan yang dia miliki dan cara layanannya terhadap diri aku, yang membuatkan aku jatuh hati..Buat pertama kalinya, aku memberanikan diri meluahkan perasaan terhadap dirinya.. Tetapi nampaknya tiada sebarang reaksi dari si dia... Membuatkan aku keliru.. Hati terasa amat sedih dan pilu, dan tertanya-tanya jawapannya.. Aku cuba untuk mengawal perasaan dan emosi, tapi tidak berjaya.. Lebih-lebih lagi aku seorang yang sensitif.. Setiap kali aku melihat si dia melayan dan bermesraan dengan orang lain, hati terasa amat sakit.. terbit perasaan cemburu.. sukar untuk menjelaskan perasaan ini... Mungkin inilah yang dinamakan 'cinta bertepuk sebelah tangan'.. Aku sendiri yang merana menanggung perasaan ini.. tetapi si dia gembira dengan kehidupannya.. Betul-betul terasa diri ini begitu terhegeh-hegeh untuk mendapatkan perhatian dan balasan 'cinta' dari si dia yang mungkin hanyalah seperti bermimpi disiang hari..Aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari si dia.... kerana aku takut diri sendiri akan terus terluka dan merana kerana dia.. tetapi dia perasan perubahan aku dan mengharapkan aku menjadi seperti dulu.. gembira bersama-sama... Aku sayangkan dia, dan tidak ingin kehilangannya.. tapi dalam masa yang sama aku takut, aku tidak dapat mengawal emosi dan perasaan aku apabila melibatkan perkara mengenai dia.. Susahnya menanggung perasaan seperti ini.. Rasa amat terseksa.. Tapi apa pun aku harus menerima kenyataan.. 'cinta tidak boleh dipaksa'.. lagipun.. hmm.. entahlah.. Ya Allah.. Berikanlah hamba kekuatan untuk menghadapi semua ini.. harap semuanya akan baik-baik saja.. walaupun aku masih menaruh harapan kepadanya.... Amin..Adie Kun @ Raja Bulan
Hari sabtu yang lepas aku keluar berbuka bersama kawan-kawan 'team sailors'. Alhamdulillah, walaupun apa yang kami rancangkan tidak berjalan dengan lancar tapi, apa pun ianya tetap akan menjadi kenangan antara kami semua.. Membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan seksyen 13 dan berbuka di rumah kawan di seksyen 8, S.A. Selepas berbuka, pergi menunaikan solat Terawih di masjid berhampiran. Malam tu sempat jalan-jalan ke 'Downtown Cheras', lepak makan-makan steamboat.. kemudian bersahur bersama di Kg. Baru, KL. Kemeriahan dapat dirasakan apabila dapat berkumpul dengan kawan-kawan.. Bergelak ketawa, bergurau senda menjadikan suasana begitu 'hidup'.. Terlupa sejenak masalah dan kesedihan... Sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan. Harap dapat berkumpul lagi dan semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal sampai bila-bila.. InsyaAllah.. Amin...Selepas berbuka.