Semua orang dalam dunia ini dikurniakan hati dan perasaan. Melaluinya, kita dapat merasai apa yang dipanggil, kegembiraan, kesedihan, cinta dan sebagainya.. Merasai dan mengalami sendiri rencah dan warna-warni kehidupan.
Apa yang ingin aku nyatakan di sini.. Kadang-kadang kita mungkin tidak perasan dan tidak pernah terfikir yang kita akan mengalami suatu situasi dan satu ketika dimana kita agak sukar untuk mengawal perasaan kita sendiri.. Perasaan mengawal diri.. Terutama apabila melibatkan soal 'cinta dan kasih sayang'... Perkara sebegini memang sukar di jangka..
Aku telah melalui situasi itu, dimana aku sukar untuk mengawal emosi dan perasaan aku sendiri kerana aku telah jatuh hati dan terpaut pada seseorang yang menganggap aku hanyalah sekadar kawan biasa dan mungkin tidak lebih dari itu.. Pada asalnya, aku tidak mempunyai apa-apa perasaan yang istimewa terhadap dia, tapi aku perasan.. perasaan itu wujud sedikit demi sedikit, ianya hadir tanpa diduga.. Aku tidak tahu mengapa, tetapi hati terasa betul-betul terpaut kepadanya.. Mungkin kerana tarikan yang dia miliki dan cara layanannya terhadap diri aku, yang membuatkan aku jatuh hati..
Buat pertama kalinya, aku memberanikan diri meluahkan perasaan terhadap dirinya.. Tetapi nampaknya tiada sebarang reaksi dari si dia... Membuatkan aku keliru.. Hati terasa amat sedih dan pilu, dan tertanya-tanya jawapannya.. Aku cuba untuk mengawal perasaan dan emosi, tapi tidak berjaya.. Lebih-lebih lagi aku seorang yang sensitif.. Setiap kali aku melihat si dia melayan dan bermesraan dengan orang lain, hati terasa amat sakit.. terbit perasaan cemburu.. sukar untuk menjelaskan perasaan ini... Mungkin inilah yang dinamakan 'cinta bertepuk sebelah tangan'.. Aku sendiri yang merana menanggung perasaan ini.. tetapi si dia gembira dengan kehidupannya.. Betul-betul terasa diri ini begitu terhegeh-hegeh untuk mendapatkan perhatian dan balasan 'cinta' dari si dia yang mungkin hanyalah seperti bermimpi disiang hari..
Aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari si dia.... kerana aku takut diri sendiri akan terus terluka dan merana kerana dia.. tetapi dia perasan perubahan aku dan mengharapkan aku menjadi seperti dulu.. gembira bersama-sama... Aku sayangkan dia, dan tidak ingin kehilangannya.. tapi dalam masa yang sama aku takut, aku tidak dapat mengawal emosi dan perasaan aku apabila melibatkan perkara mengenai dia.. Susahnya menanggung perasaan seperti ini.. Rasa amat terseksa.. Tapi apa pun aku harus menerima kenyataan.. 'cinta tidak boleh dipaksa'.. lagipun.. hmm.. entahlah.. Ya Allah.. Berikanlah hamba kekuatan untuk menghadapi semua ini.. harap semuanya akan baik-baik saja.. walaupun aku masih menaruh harapan kepadanya.... Amin..
Adie Kun @ Raja Bulan
No comments:
Post a Comment