Monday, October 5, 2009

Berhenti Kerja Dan Bermulanya Sebuah Pencarian..


Hari selasa yang lalu iaitu pada 29 September 2009, aku nekad memberitahu abangku niat untuk berhenti kerja dengannya. Semua ini bermula dari cadangan kawanku yang ingin mencari pekerjaan dan mengajakku menyertainya.. Setelah difikirkan masak-masak, aku setuju untuk mengikutinya dan sama-sama mencari kerja nanti. Abangku bersetuju dan seolah-olah tidak kisah aku berhenti kerja, jadi tiada halangan untuk aku mencari kerja dengan hati yang tenang.. Aku mengambil keputusan ini kerana memikirkan, sampai bila aku ingin bergantung harap pada keluarga, dan selain itu aku juga ingin mencari pengalaman bekerja di luar, bekerja di bawah arahan orang lain selain dari keluarga sendiri atau pun kawan-kawan, malah aku juga teringin untuk merasai hidup sebagai orang bujang dan menyewa rumah bersama kawan-kawan. Walaupun terasa berat hati, tetapi apa pun aku perlu keluar dari kebiasaan demi kepentingan diri aku sendiri dan juga masa depan aku..


Wahhhhhh.. nampaknya aku terpaksa memberanikan diri dan cuba untuk yakin dengan kemampuan diri walaupun aku merasa agak resah kerana aku tidak mempunyai pengalaman bekerja selain dari dengan keluarga sendiri dan kawan-kawan.. Cuma mampu berdoa kepada Allah agar apa yang aku usahakan akan membuahkan hasil dan aku menemui dan diberikan pekerjaan yang sesuai dengan diri aku dan dapat menjamin masa depan aku.. InsyaAllah..

Pagi tadi bermulanya pencarian aku bersama kawan aku, dan hari ini merupakan temuduga pertama yang aku pergi, temuduga disebuah kilang tilam Goodnite, (tilam dalam rancangan deko bersama eric) Temuduga untuk jawatan pekerja am sahaja, semuanya berjalan lancar, dan aku diberikan masa untuk memikirkan samada ingin menerima jawatan tersebut atau tidak. Tetapi nampaknya pekerjaan itu kurang sesuai untuk aku lebih-lebih lagi, menawarkan gaji yang rendah. Jadi aku dan kawan aku mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan lain. Fuhhh.. barulah aku tersedar, kerja bersama abangku lebih baik lagi berbanding bekerja di kilang tersebut kerana mendapat bayaran sama seperti bekerja dengan abangku. harap Allah permudahkan pencarian kami.. dan semoga kami menjumpai pekerjaan yang sesuai dengan gaji yang berpatutan.. Amin..

Sempat Posing, hehe.. (^_^)

Bersantai, padahal fikiran serabut fikir pasal kerja.

Sempat posing sehari sebelum temuduga.

Menanti dengan penuh harapan..



Adie Kun @ Raja Bulan


1 comment:

Pojiepooh Abdullah said...

Selamat berjaya Adie dalam misi mencari keje baru.. All the best for u k..