Wahhh.. Esok merupakan tahun baru 2010.. (^_^) Syukur sangat masih diberikan kesempatan oleh Allah S..W.T. untuk hidup di bumi ini. Masih bernafas lagi. Tapi sedih, kerana terpaksa menerima hakikat tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya.. (*_*) Meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis.. Bukan apa, sedih sebab macam tak percaya begitu cepat sekali masa berlalu.. berlalu dengan begitu pantas, sedar tak sedar esok dah tahun baru.. hmm.. Bila dah tahun baru ni, umur pastilah bertambah.. Owh my.. Macam tak percaya diri ini bakal menginjak ke umur.. erm.. Tak mengapa..yang penting hidup perlu di teruskan.. Tahun 2009 biarlah menjadi kenangan yang abadi..Segala apa yang berlaku dalam tahun ini, akan tetap dalam ingatan..kerana terlalu banyak peristiwa penting dan besar berlaku sepanjang tahun ini samada yang pahit atau pun yang manis.. menjadi pengalaman hidup yang amat berharga..
Apa pun, doa Adie sempena tahun baru ini, moga ia akan menjanjikan yang lebih baik lagi buat diri Adie..biarlah ianya bermula dengan baik dan lancar.. Azam?? hehe.. Nak memperelokkan lagi diri sendiri.. yang selebihnya? biarlah rahsia.. ngee... Selamat Tahun Baru 2010... Bye-Bye 2009.. (^_^)V
Awal Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah.. Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah.. Tingkatkan Semangat Sebarkan Syiar Islam.. Untuk Sepanjang Zaman.. Untuk Sepanjang Zaman..
(lagu kegemaran adie sempena sambutan maal hijrah) Disini Adie ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada semua.. Bersempena tahun baru umat islam, sama-sama la kita berhijrah dari perkara yg kurang baik kepada yang lebih baik.. moga-moga kita semua diberkati oleh-Nya. InsyaAllah.. Jangan lupa baca doa awal tahun dan juga doa akhir tahun.. (klik sini untuk posting doa awal dan akhir tahun) Semoga dosa-dosa kita sepanjang tahun di ampunkan.. dan segala amal kebaikan diterima oleh-Nya.. Amin..
Pc telah mengalami kerosakan sejak Hari Raya Korban yang lalu dan baru saja diperbaiki oleh kawan kepada adik Adie, jadi Adie tidak sempat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Korban dan mengemaskini blog sepanjang lebih dari seminggu ini.. Wah.. (T_T)
Okey, Rasanya masih belum terlambat lagi untuk kemaskini, pada sabtu yang lepas, iaitu hari ke 2 Hari Raya Korban, Adie keluar bersama Chibi dan Mars ke KL, kebetulan pada 27 November merupakan hari lahir Chibi, dan pada awalnya merancang untuk keluar pada Hari Raya Korban, tapi sememangnya tidak sesuai jadi kami keluar pada hari sabtu,.. Tapi Adie sampai lewat ke tempat yang dijanjikan... Wahh.. (*_*).. minta maaf pada Chibi dan Mars, tak sengaja.. Memang seronok sangat keluar bersama mereka.. Meriah dengan gurau senda, gelak ketawa.. Happening sangat..
Kami pergi ke Time SQuare menghabiskan masa bersama-sama di sana sebelum menuju ke sebuah tempat yang ingin di tuju oleh Chibi.. Sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum pergi ke destinasi yang Chibi maksudkan... Apa pun memang seronok sangat bila berada disamping mereka, berada disamping kawan-kawan yang serasi dengan diri kita.. Masa nak berpisah dan balik ke rumah masing-masing, terasa agak sedih.. Apa pun doa Adie, semoga persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila. InsyaAllah.. Amin.
P/S =Selamat Hari Lahir buat Chibi aka Erul, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, hajat dan impian di makbulkan, mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. dan sentiasa gembira di samping orang yang tersayang. InsyaAllah..Amin.. (^_^)
Assalamualaikum. Hai, Welcome to My Blog. My personal website, design and everything totally by myself. Blogging is somekind of a method or way for me to fullfill my lagging time or boring day. Im enjoy writing and sharing interest and what so ever. I dont care neither people's read and follow it or not.. coz most important is, i can express my self through it, and write down what i want and what i feel.. Hoping to meet people with same or similiar interest. Sorry for my bad English but thanks for visiting. Keep in touch. Sincerely. Adie_kun aka Raja Bulan.