Wahhh.. Esok merupakan tahun baru 2010.. (^_^) Syukur sangat masih
diberikan kesempatan oleh Allah S..W.T. untuk hidup di bumi ini. Masih bernafas lagi. Tapi sedih, kerana terpaksa menerima hakikat tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya.. (*_*) Meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis.. Bukan apa, sedih sebab macam tak percaya begitu cepat
sekali masa berlalu.. berlalu dengan begitu pantas, sedar tak sedar esok dah tahun baru.. hmm.. Bila dah tahun baru ni, umur pastilah bertambah..
Owh my.. Macam tak percaya diri ini bakal menginjak ke umur.. erm.. Tak mengapa..yang penting hidup perlu di teruskan.. Tahun 2009 biarlah menjadi kenangan yang abadi..Segala apa yang berlaku dalam tahun ini, akan tetap dalam ingatan..kerana terlalu banyak peristiwa penting dan besar berlaku sepanjang tahun ini samada yang pahit atau pun yang manis.. menjadi pengalaman hidup yang amat berharga..
Apa pun, doa Adie sempena tahun baru ini, moga ia akan menjanjikan yang
lebih baik lagi buat diri Adie..biarlah ianya bermula dengan baik dan lancar..
Azam?? hehe.. Nak memperelokkan lagi diri sendiri.. yang selebihnya?
biarlah rahsia.. ngee...
Selamat Tahun Baru 2010...
Bye-Bye 2009..
(^_^)V
Adie Kun @ Raja Bulan.
No comments:
Post a Comment