Sunday, January 10, 2010

Sayap 2010 Dan Aku Raja Bulan.

Bosan-bosan di hujung minggu ini, Adie mendapat idea untuk mengisi masa dengan melukis.. Adie memang obses dengan sayap dan suka merenung bulan... (Link ke sayap impian) Jadi, tema lukisan Adie kali ini adalah 'Sayap 2010 (hoping for miracle)' dan 'Aku Raja Bulan' .

'AKU RAJA BULAN'

Menggunakan perisian adobe photoshop 7.0 Adie menghilangkan 'background' dengan menggunakan brush warna putih dengan 'opisiti' dan 'flow' 100%. Kemudian, Adie melukis tongkat sakti berupa kristal bulan sabit pada gambar diri Adie sendiri.. Pada mulanya memang Adie kekeringan idea, apa yang Adie ingin letakkan sebagai 'background'. Memikirkan tema adalah 'Raja Bulan' Adie meletakkan bulan purnama penuh sebagai 'background'nya. Memang proses yang agak remeh tapi kerana ingin merealisasikan impian untuk melihat diri sendiri ala-ala hero.. Adie gigihkan juga.. hehe.. berangan tak sudah... (^_^) Melihat hasilnya.. Adie agak berpuas hati.. ingin menambah sayap tapi amat merumitkan dan tidak tahu bagaimana untuk melukis sayap yang sesuai. Nak menceritakan proses pembikinan agak remeh, lagipun adie belajar menggunakan adobe photoshop pun dengan inisiatif sendiri.. haha.. (^_^)V

Selepas background diputihkan.
Selepas tongkat di lukis dan menampal background bulan purnama.
Menambah font 'Adie Kun'



'SAYAP 2010 'Hoping For Miracle'

Menggunakan perisian yang sama iaitu adobe photoshop 7.0, adie menghilangkan 'background' pada gambar asal dengan brush putih 'opasiti' dan 'flow' 100%. Kemudian menambah saiz gambar
dengan tampalan 'background' putih yang lebih besar. Selepas itu merangka sayap dengan 'brush' biasa dan melukis satu persatu bulu pada sayap, Owh gosh.. memang merumitkan sampai satu masa rasa malas dah nak lukis... haha.. (^_^)?? (guna mouse biasa bukan perisian melukis yang canggih tu..) Sesudah sayap sudah siap di lukis, Adie melukis efek ala-ala seperti berada di awangan menggunakan beberapa jenis 'brush'.. (main taram je asal ada rupa kabus di awangan.. haha..) Gambar telah siap, terfikir untuk menukar banner di Blogger, jadi adie menambah saiz untuk banner, menambah font 'Adie Kun' dan 'Raja Bulan Blogspot'.. Kemudian meletakkan
bulan purnama di sudut sebelah kanan. Siap. hehe.. Adie memang berpuas hati dengan hasilnya..
Wahhh.. kan best kalau Adie betul-betul ada sayap.. owh my.. hahaha.. berangan tak sudah.. (^_^)V tak mengapa, impian dah pun terkabul walaupun hanya di dalam gambar.. hehe..


Selepas memutihkan 'background'
Menambah latar belakang putih yang lebih besar.
Melukis sayap. (memang rumit. haha3..)
Melukis efek ala_ala seperti di awangan.
(menggunakan beberapa jenis brush) (finish)

Untuk Banner Blogger, Adie menambah font 'Adie Kun' dan menambah saiz gambar.
Menambah efek pada font 'Adie Kun' dan meletakkan
Bulan purnama pada sudut kanan. (finish)


Adie Kun @ Raja Bulan.


No comments: