Syarikat tempat adie bekerja merupakan Syarikat tempahan 'printing' baju. Jadi, kerja yang akan Adie lakukan adalah melibatkan proses 'printing' baju-baju yang ditempah. Hmm.. Mungkin kerjanya kedengaran tidak menarik dan sebagainya kerana ianya bukanlah kerja ditempat berhawa dingin dan kemas tetapi bergelumang dengan warna cat, dan sebagainya, tapi kali ini Adie betul-betul tidak boleh memilih lagi dalam bekerja, ini merupakan peluang buat Adie, jadi Adie harus bersyukur dan harus memikirkan masa depan dan mengambilnya tanpa ragu-ragu, mungkin rezeki Adie disini, esok lusa siapa yang tahu? lagipun dari duduk mengganggur di rumah dan menerima pelbagai tekanan dari segi mental dan fizikal, lebih baik Adie bekerja..
Sebenarnya, kami belum pun masuk proses 'bekerja'.. Masih dalam proses pembelajaran, dan dalam sebulan ini merupakan proses latihan atau praktikal sebelum kami boleh diarahkan melakukan kerja-kerja yang sepatutnya.. Apa pun, Adie berharap agar semuanya akan berjalan lancar, dalam dua hari ini memang agak meletihkan kerana kerjanya agak rumit.. banyak proses-proses yang perlu dipelajari, dan dimahiri.. Memerlukan kecekapan untuk belajar. erm... Harap Adie boleh lakukannya.. InsyaAllah.. Gambatte kudasai Adie Kun!! (^_^)V
Adie Kun @ Raja Bulan
No comments:
Post a Comment