Tuesday, January 26, 2010

Azam Tercapai, Mendapat Pekerjaan Baru. (^_^)V

Pertama sekali Adie ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. Alhamdulillah, doa Adie akhirnya telah dimakbulkan, azam Adie untuk mencari pekerjaan pada tahun ini terkabul.. Kini Adie telah pun mendapat pekerjaan dan telah bermula pada hari semalam iaitu isnin. Semua ini jasa baik kawan rapat Adie, kerana dialah yang mengesyorkan Adie untuk bekerja di tempat itu.

Syarikat tempat adie bekerja merupakan Syarikat tempahan 'printing' baju. Jadi, kerja yang akan Adie lakukan adalah melibatkan proses 'printing' baju-baju yang ditempah. Hmm.. Mungkin kerjanya kedengaran tidak menarik dan sebagainya kerana ianya bukanlah kerja ditempat berhawa dingin dan kemas tetapi bergelumang dengan warna cat, dan sebagainya, tapi kali ini Adie betul-betul tidak boleh memilih lagi dalam bekerja, ini merupakan peluang buat Adie, jadi Adie harus bersyukur dan harus memikirkan masa depan dan mengambilnya tanpa ragu-ragu, mungkin rezeki Adie disini, esok lusa siapa yang tahu? lagipun dari duduk mengganggur di rumah dan menerima pelbagai tekanan dari segi mental dan fizikal, lebih baik Adie bekerja..

Sebenarnya, kami belum pun masuk proses 'bekerja'.. Masih dalam proses pembelajaran, dan dalam sebulan ini merupakan proses latihan atau praktikal sebelum kami boleh diarahkan melakukan kerja-kerja yang sepatutnya.. Apa pun, Adie berharap agar semuanya akan berjalan lancar, dalam dua hari ini memang agak meletihkan kerana kerjanya agak rumit.. banyak proses-proses yang perlu dipelajari, dan dimahiri.. Memerlukan kecekapan untuk belajar. erm... Harap Adie boleh lakukannya.. InsyaAllah.. Gambatte kudasai Adie Kun!! (^_^)V

Adie Kun @ Raja Bulan



Thursday, January 21, 2010

BLog Dengan Wajah Baru. (New Template)

Adie telah menggunakan blogger template yang lama selama 1 tahun lebih, agak bosan melihat tiada perubahan yang ketara melainkan background dan juga banner.. Jadi, Adie telah memerah otak selama beberapa hari ini untuk menampilkan blog Adie dengan wajah yang baru.. mereka cipta background, untuk sidebar dan wrapper dan juga mereka cipta banner.. sudah tentu dengan menggunakan perisian adobe photoshop 7.0.

Permulaan, Adie mencari rekaan template di beberapa website, dan akhirnya Adie tertarik untuk menggunakan template di sebuah website ini untuk dijadikan 'badan'. kemudian Adie mencari motif dan tema untuk mengubah 'design' template yang sedia ada kepada 'design' Adie sendiri. Memang agak rumit, pening kepala Adie memikirkan bagaimana untuk mengubah 'background' untuk body, wrapper, sidebar, dan sebagainya, lagi pula Adie bukannya tahu sangat tentang 'html code', cuma pandai-pandai sendiri je godek-godek apa yang patut.. hahaha.. tapi Alhamdulillah... pada orang lain Adie kurang pasti, tapi bagi Adie, Adie berpuas hati dengan hasilnya.. (^_^)

Tema 'blogger template' Adie adalah ' Adie kun - Wings, feathers, n Crystal power'


PROSES PENGHASILAN BANNER.

Buat pertama kalinya Adie menggunakan kaedah copy n paste dalam penghasilan banner Adie kali ini. Memang agak rumit dan remeh tapi Adie cukup berpuas hati dengan hasilnya.. Bagi Adie ini merupakan hasil kerja Adie yang terbaik sekali setakat ini kerana nampak lebih realistik dan bahan yang di 'paste' merupakan dari gambar yang asli.

Gambar asal sebelum melalui proses 'editing' (Lokasi, Bukit Melawati, kuala Selangor)
Selepas 'background' di putihkan menggunakan brush biasa, dengan opisiti dan flow 100%

Menambah 'font' Adie Kun jenis 'IMPACT' dengan sedikit efek.
Menambah sayap dan kristal menggunakan kaedah copy dan paste. dan menambah efek 'crytalize' pada tulisan Adie Kun.
Menambah kristal dan burung merpati putih menggunakan
kaedah copy n paste, serta menambah
efek pada tulisan Adie kun. (Siap)


Adie Kun @ Raja Bulan


Sunday, January 10, 2010

Sayap 2010 Dan Aku Raja Bulan.

Bosan-bosan di hujung minggu ini, Adie mendapat idea untuk mengisi masa dengan melukis.. Adie memang obses dengan sayap dan suka merenung bulan... (Link ke sayap impian) Jadi, tema lukisan Adie kali ini adalah 'Sayap 2010 (hoping for miracle)' dan 'Aku Raja Bulan' .

'AKU RAJA BULAN'

Menggunakan perisian adobe photoshop 7.0 Adie menghilangkan 'background' dengan menggunakan brush warna putih dengan 'opisiti' dan 'flow' 100%. Kemudian, Adie melukis tongkat sakti berupa kristal bulan sabit pada gambar diri Adie sendiri.. Pada mulanya memang Adie kekeringan idea, apa yang Adie ingin letakkan sebagai 'background'. Memikirkan tema adalah 'Raja Bulan' Adie meletakkan bulan purnama penuh sebagai 'background'nya. Memang proses yang agak remeh tapi kerana ingin merealisasikan impian untuk melihat diri sendiri ala-ala hero.. Adie gigihkan juga.. hehe.. berangan tak sudah... (^_^) Melihat hasilnya.. Adie agak berpuas hati.. ingin menambah sayap tapi amat merumitkan dan tidak tahu bagaimana untuk melukis sayap yang sesuai. Nak menceritakan proses pembikinan agak remeh, lagipun adie belajar menggunakan adobe photoshop pun dengan inisiatif sendiri.. haha.. (^_^)V

Selepas background diputihkan.
Selepas tongkat di lukis dan menampal background bulan purnama.
Menambah font 'Adie Kun'



'SAYAP 2010 'Hoping For Miracle'

Menggunakan perisian yang sama iaitu adobe photoshop 7.0, adie menghilangkan 'background' pada gambar asal dengan brush putih 'opasiti' dan 'flow' 100%. Kemudian menambah saiz gambar
dengan tampalan 'background' putih yang lebih besar. Selepas itu merangka sayap dengan 'brush' biasa dan melukis satu persatu bulu pada sayap, Owh gosh.. memang merumitkan sampai satu masa rasa malas dah nak lukis... haha.. (^_^)?? (guna mouse biasa bukan perisian melukis yang canggih tu..) Sesudah sayap sudah siap di lukis, Adie melukis efek ala-ala seperti berada di awangan menggunakan beberapa jenis 'brush'.. (main taram je asal ada rupa kabus di awangan.. haha..) Gambar telah siap, terfikir untuk menukar banner di Blogger, jadi adie menambah saiz untuk banner, menambah font 'Adie Kun' dan 'Raja Bulan Blogspot'.. Kemudian meletakkan
bulan purnama di sudut sebelah kanan. Siap. hehe.. Adie memang berpuas hati dengan hasilnya..
Wahhh.. kan best kalau Adie betul-betul ada sayap.. owh my.. hahaha.. berangan tak sudah.. (^_^)V tak mengapa, impian dah pun terkabul walaupun hanya di dalam gambar.. hehe..


Selepas memutihkan 'background'
Menambah latar belakang putih yang lebih besar.
Melukis sayap. (memang rumit. haha3..)
Melukis efek ala_ala seperti di awangan.
(menggunakan beberapa jenis brush) (finish)

Untuk Banner Blogger, Adie menambah font 'Adie Kun' dan menambah saiz gambar.
Menambah efek pada font 'Adie Kun' dan meletakkan
Bulan purnama pada sudut kanan. (finish)


Adie Kun @ Raja Bulan.


Friday, January 1, 2010

Sambutan Tahun Baru Yang 'Happening'. (^_^)V

Sambutan tahun baru kali ini, Adie rasakan yang paling Happening dan seronok sekali.. Sambut dengan Teamsailors, dan kawan-kawan.. Penuh dengan keceriaan dan gelak ketawa.. Seronok sangat.. Mula-mula rancang ingin sambut di KLCC, tapi kami menukar plan dan sambut di bukit bintang, Pavillion. sempat juga melihat pertunjukkan air pancut di KLCC.. Kemudian lepak Q.bistro, sebelum ke Tasek permaisuri tetapi tidak lama selepas itu semua orang di sana di arahkan oleh Polis untuk bersurai, oleh kerana tiada tempat untuk di tuju jadi kami semua lepak di kawasan parking Q.bistro, berborak sakan disana ala2 pillow talk sampai ke pagi.. haha.. Selepas itu.. bertolak ke Ulu yam.. Mandi manda di sana.. Pendek kata.. Sambutan Tahun Baru kali ini meriah.. seronok sangat.. walaupun letih tapi gagahkan diri juga untuk kawan-kawan.. haha.. Apa pun, Adie berharap semoga tahun baru 2010 menjanjikan yang lebih baik buat diri Adie.. erm..seronok tu seronok juga tapi dalam masa yang sama sebenarnya Adie sedih.. Sedih mengenangkan diri.. opsss.. tanak la sedih-sedih.. haha.. (^_^) Moga Allah makbulkanlah doa Adie.. InsyaAllah.. Amin..


GAMBAR KENANGAN.














Adie Kun @ Raja Bulan