Monday, January 26, 2009

Gerhana Matahari Annulus (cincin)


eclipse_anular
Gerhana Annulus (cincin)

Hari ini terasa sungguh bertuah sekali kerana dapat menyaksikan fonemena alam yang sungguh menakjubkan. Iaitu Gerhana Matahari, yang jarang berlaku, Sungguh indah dah ajaib sekali alam ciptaan Allah. Hari ini buat pertama kalinya dapat menyaksikannya dengan jelas bersama ahli keluarga yang lain, dan kebetulan dapat melihatnya dengan jelas dari halaman rumah. Terasa seperti berkelah dihadapan rumah kerana seluruh ahli keluarga duduk memerhatikan gerhana bersama-sama. Sungguh menakjubkan sekali melihat bulan sedikit demi sedikit bergerak melitupi matahari. Tetapi rasa agak kecewa kerana terlupa untuk mengambil gambar dan menyaksikan keseluruhan formasi gerhana kerana disaat-saat formasi kemuncak bulan melitupi keseluruhan matahari, awan menghalang penglihatan dan menyebabkan matahari tidak kelihatan lagi. Hanya dapat mengambil sekeping gambar selepas awan menutupi matahari. Apa pun, bersyukur kerana dapat menyaksikan fonemena yang sungguh menakjubkan ini..menunjukkan salah satu kebesaran Allah.
Allahu akhbar!!

Pemandangan dari halaman rumah Adie Kun
(Gerhana Matahari Annulus yang dilitupi awan)

*dibawah disertakan sedikit info mengenai fonemena ini.



*************************************************************************************


Info Gerhana Matahari Annulus


Fenomena gerhana matahari berlaku disebabkan kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi berada dalam satu garis lurus (sejajar) menyebabkan bulan melindungi cakera matahari daripada pemerhati di bumi. Selain itu semasa bulan mengililingi bumi, orbitnya yang berbentuk elips menyebabkan adakalanya bulan berada dekat dengan bumi dipanggil "Perigee" dan adakalanya jauh dari bumi dipanggil "apogee". Semasa gerhana matahari berlaku pada 26 Januari 2009, kebetulan bulan berada dalam kedudukan "apogee" menyebabkan saiz bulan kelihatan kecil dan tidak dapat menutupi 100 peratus cakera matahari, menyebabkan walaupun bulan melindungi matahari pada masa itu, tetapi cakera matahari masih boleh dilihat disekeliling bulan pada masa kemuncak gerhana, dan pemerhati di pusat laluan gerhana pada masa itu akan melihat seolah-olah matahari berubah menjadi cincin yang dipanggil sebagai "annular".

*Klik pada rajah untuk saiz sebenar.

Perlu diingatkan bahawa teknik memerhatikan gerhana matahari adalah berbeza dengan gerhana bulan kerana semasa gerhana matahari berlaku pancaran infa-merah dari matahari berupaya menyebabkan kerosakan kekal keatas retina mata (boleh jadi buta) kepada sesiapa yang tidak mengambil langkah keselamatan semasa memerhatikan gerhana ini.

Peralatan seperti Penapis Suria Mylar, ataupun cermin welding no 14 boleh digunakan untuk memerhatikan gerhana. Walaubagaimanapun disebabkan peralatan ini terhad dan agak mahal maka suatu kaedah mudah dan murah boleh digunakan, iaitu menggunakan teknik lubang jarum.

pin hole

Teknik lubang jarum ini menggunakan dua keping kertas yang mana salah satu dilubangkan dengan menggunakan sebarang jarum seperti jarum peniti ataupun pin. Seterusnya memerhatikan imej matahari yang terhasil daripada lubang jarum tadi di kertas yang kedua, ingat perhatikan imej dikertas kedua dan bukannya mengintai menerusi lubang jarum tadi.

Memarhatikan gerhana matahari menggunakan cermin mata gelap, cermin yang digelapkkan dengan asap lilin, negatif filem adalah tidak digalakkan kerana kesemua peralatan ini tidak mempunyai lapisan perak yang berupaya menapis sinaran infra-merah matahari yang berbahaya kepada mata.

Selain daripada memerhatikan gerhana matahari, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana matahari pada masa gerhana berlaku.

5 comments:

Nadee H. said...

NADEE DAPAT TENGOK JUA!
on the way blik jb.
kat highway.
ramai gila stop kat tepy jln.
bapak2,mak2,atok2,nenek,makcik2,pakcik,......................................

penat maw type.
-stop-

adie_kun said...

tahniah buat nad..
hehehe.. bukan senang tau..
kali last dapt dilihat dari malaysia nih.. pada tahun 1998..

best..

(^_^)V

Anonymous said...

Ape laa Adie niee...
Orng tngok bulan biasenyer blan pose jerr..(tgh jles nie)
wakakakaa....;p
Blog adie nie pnuh ngn information!~!
Klo nk bljar Sains,sila2x laa dropping by k..
;)

flyinghippo said...

whoah...bernas sungguh penjelasan!!
actually i felt so luck to be able to watch and witness this solar eclipse too!!
seronot!!! sampai masok umah muke2 masing2 jadi biru beb!!

Nad Eusoff said...

btul2
nak snap gamba awan dah lindung
huhu
takpe, asalkan kita dpt menyaksikan kebesaran Tuhan

smbil tgk gerhana matahari, dgr gak syarahan imam dari masjid berdekatan time tu
selepas dorang buat solat sunat gerhana