Friday, April 10, 2009

Hatiku Hancur Luluh.. Harapan Yang Punah...


Hari ini menyaksikan.. segala harapan dan impian aku selama ini hancur musnah.. Nampaknya aku terpaksa melupakan tentang projek akuakultur dan menjadi seorang usahawantani buat masa ini. Krisis yang berlaku sejak beberapa hari lepas bertukar menjadi amat kritikal dan akhirnya menemui jalan buntu.. Aku dan kawanku telah dituduh dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas oleh si Z yang pernah mengkhianati kami sebelum ini.. dan akhirnya dia menyuruh kami memulangkan kembali duit pampasan yang telah kami terima untuk projek yang lepas dan mengugut kami jika tidak memulangkannya..Ini bermakna kami di singkirkan dari projek akuakultur itu.. Dia mengugut aku untuk memalukan keluarga aku jika aku tidak memulangkan kembali duit pampasan itu, walhal duit pampasan itu merupakan hak kami dan pada awalnya dia telah bersetuju untuk membayarnya.. Tindakan dia melampaui batas.. Hati aku hancur luluh dengan sikap si Z yang mula berubah kepada sikapnya yang dulu.. Ikutkan hati aku tidak mahu memulangkan kembali duit pampasan yang memang merupakan hak aku.. tetapi, bila difikir kembali aku tidak mahu perkara ini berlanjutan dan melibatkan keluarga.. dengan itu aku mengambil keputusan untuk memulangkannya nanti.. Hati aku hancur.. segala pengorbanan, usaha dan masa yang telah di gunakan untuk projek itu selama ini akhirnya menjadi sia-sia.. Sia-sia belaka.. Aku tidak tahu samada ingin menangis.. meraung.. menjerit.. ataupun meratap sedih.. Aku sugul.. Aku menyesal kerana memberi peluang ke dua kepada orang yang tak reti nak menghargainya... Si Z bertuah kerana aku bukan seorang yang pandai mencari gaduh dan bertumbuk, kalau di ikutkan hati aku memang terasa ingin membelasah dia sepuas hati aku..

"Ya Allah, sungguh besar sekali dugaan yang Kau berikan kepada hamba.. Hamba tidak tahu sampai bila hamba dapat bertahan.. kehidupan hamba dipenuhi dengan duka.. Ya Allah.. berikanlah hamba kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini.. Berikanlah hamba kesabaran... Hamba seorang insan yang lemah lagi hina.. Ya Allah.. kasihanilah hamba-Mu ini.. tolonglah Ya Allah, Ya Tuhanku.. Tuhan yang berkuasa di langit dan di bumi.. dan segala pujian bagi Mu.. Amin..."




Adie Kun @ Raja Bulan

7 comments:

Zoulhusni:My Emancipation said...

erm..sabar ye adie...doa la selalu agar kite sentiasa ditunjuk jalan y benar..dan dilancarkan setiap perjalanan dlm kehidupan..amin..

Nadly said...

I do feel pity for you..Calm down,be patient k.So many obstacles in our life,but there is no reason to give up k.I'm always supporting you from behind.

Nadee H. said...

yup.
sabar ye abg adie.
doa bnyk3333.
klau ade pape.
g taw nadee kayh?
mayb i can help.
just mayb.

adie_kun said...

terima kasih semua..

InsyaAllah..
adie akan terus bertahan...

erm...


(*_*)

vee_elviana said...

Adie,

Kena sabar banyak-banyak. Mungkin lain kali nanti ade hikmahnya di masa depan

ciao

Pojiepooh Abdullah said...

Sabar yer Adie..
maybe Allah tgh merancang sesuatu yg lebih baik buatmu..
sabar ok..

Anonymous said...

Blog reading.........
blog walking...........
lorr...
ble hana xactive sngt, mcm2x berlaku laaa...
Iskkkkkkkkk..
Moga sihat walafiat sllu..