Monday, November 23, 2009

Gurauan???


Bergurau senda mungkin dapat memeriahkan dan menghidupkan suasana yang suram dan mengeratkan sesuatu hubungan, tetapi bergurau juga boleh menyebabkan ada hati yang tersinggung, membangkitkan api kemarahan, dan berlakunya pergaduhan jika gurauan itu tidak kena pada tempatnya, berbaur penghinaan dan tidak berlapik..


Hari ini Adie merasa amat tersinggung dengan gurauan seseorang di 'YM', bagi dia, niatnya hanyalah ingin bergurau tapi bagi Adie gurauan itu betul-betul menyinggung perasaan Adie kerana kekurangan yang ada pada diri Adie dijadikan sebagai bahan gurauan olehnya..

Kebetulan pada hari ini Adie 'online' di 'Cyber cafe', jadi buat pertama kalinya Adie menggunakan 'webcam', kerana dirumah tiada kelengkapan tersebut.. Memang terasa janggal dan agak malu tapi dalam masa yang sama agak teruja, (dalam erti kata lain bagi yang suka memperli 'BATAK'). 'Z' (bukan nama sebenar.) Meng'BUZZ' Adie dan kami berbual seketika, kemudian 'Z' bertanya.. lebih kurang seperti ini ...

'Z' : Boleh view webcam x?

Adie : leh je, jap eh.. (Sambil 'meng'invite' 'Z')

Z : Lor? tunjuk dada je? (menunjuk diaras dada) Baik tak payah webcam kalo camni.. haha3..

Adie : Ala.. Malu la.. lagipun skang ni tgh ramai orang kat cc nih.. hahaha. jap eh..

*setelah beberapa ketika perbualan berlaku, Adie mengalihkan webcam ke arah muka, dan ayat pertama yang 'Z' katakan..*

Z : Bibir hitam..

Z : Mesti selalu hisap.....


Perasaan Adie ketika itu sangat tersentap dan tersinggung lalu terus menutup webcam... Adie tahulah bibir Adie hitam dan tak seperti orang lain tapi perlu ke nak ingatkan?? Kenapa ayat itu yang keluar? Kelakar sangat ke? Tahu tak disebabkan kekurangan Adie ini, Adie merasa rendah diri? Tidak berkeyakinan.. Kalau berada diluar pun Adie selalu mengetap bibir kerana malu di lihat oleh orang.. Tahu tak sudah banyak cara Adie gunakan untuk memerahkan bibir? Sudah banyak petua dan pelembab mahupun tonik untuk memerahkan bibir Adie cuba, tapi tidak berkesan.. Bibir Adie tetap hitam.. Tahu tak betapa sedihnya hati Adie? Hanya Tuhan saja yang tahu..


Adie tidak merokok tapi bibir Adie hitam mengalahkan orang yang merokok berpuluh tahun, mengalahkan perokok tegar... Lihat sajalah gambar-gambar Adie.. Orang selalu kata 'Alah, ko kan lelaki, apa kisah?? Relaks la.. cakap je ko memang merokok kalo orang tanya kenapa bibir ko hitam'.. Hmm.. Sedihnya.. Senang berkata-kata.. tetapi takkan memahimi kerana mereka tidak berada di tempat Adie..

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Adie tersinggung dengan gurauan seumpama itu, tapi hari ini Adie agak emosional.. Takkan ada istilah 'sudah lali', 'sudah biasa' kalau melibatkan hal seumpama ini kerana Adie hanyalah manusia biasa dan punyai perasaan... Kekurangan yang ada pada diri Adie selalu dijadikan sebagai bahan gurauan, dari warna kulit, warna bibir, perwatakan, nama sendiri, pendek kata apa saja yang boleh dijadikan bahan gurauan.. Lansung tidak memikirkan perasaan Adie.. Hmm..

Disini Adie ingin mengingatkan diri sendiri dan sesiapa jua.. Kalau hendak bergurau, biarlah kena dengan tempatnya, berlapik dan fikirkan dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.. Jangan mempersendakan kekurangan orang lain kerana ianya seolah-olah menghina, dan ingatlah.. Menghina sesuatu ciptaan itu bermakna menghina penciptanya iaitu Allah.. Sama-samalah kita beringat tiada seorang pun manusia dalam dunia ini yang sempurna, belajarlah untuk menghormati orang lain dan menerima setiap kekurangan dan kelebihan seadanya.....


Adie Kun @ Raja Bulan

Monday, November 16, 2009

TEAMSAILORS





Sebelum ini tidak terlintas difikiran Adie untuk memperkenalkan 'Teamsailors' yang selalu disebut-sebut disalam 'posting' Adie sebelum ini.. Tapi bila difikirkan ianya merupakan sebahagian daripada coretan kehidupan Adie yang pasti akan Adie kenagn sampai bila-bila. Jadi Adie ingin menceritakan serba sedikit mengenainya sebagai ingatan dan kenangan yang Adie pernah mempunyai sebuah 'Team'.. (^_^)V


'Teamsailors' bukanlah sebuah pertubuhan apatah lagi kelab yang berdaftar, ianya hanyalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada sekumpulan kawan-kawan baik yang serasi di antara satu sama lain.. Selalu menghabiskan masa bersama-sama bila mempunyai kesempatan seperti menonton wayang, bersiar-siar, 'window shopping', bermandi manda, berforum dan sebagainya..

Kumpulan ini telah bersama hampir 3 tahun lamanya.. Mendapat gelaran 'Teamsailors' atau 'GengSailors' daripada kawan-kawan forum dan yang mengenali kami kerana kami meminati anime 'Sailormoon'.. Jadi, alang-alang, kami sepakat menggunakan nama 'Teamsailors' untuk kumpulan kami dan setiap seorang diberikan satu watak yang ada didalam anime 'Sailormoon' untuk diri masing-masing. Watak Adie adalah 'Sailormoon' itu sendiri.. hehe..

Sekarang ini 'Teamsailors' terdiri daripada 6 orang kawan. Kalau diikutkan 'Teamsailors' terdiri daripada 8 orang kesemuanya tetapi telah berlaku salah faham dan 2 orang 'Sailor' telah menarik diri. Memang menyedihkan tapi apa pun perkara dah berlaku.. hmm..

Agak ramai yang ingin menyertai kami, tapi kami tidak sewenang-wenangnya menerima orang baru.. Sebelum ini ada yang menyertai kami semata-mata untuk memecah belahkan kami dan dia telah disingkirkan. Jadi kami perlu berhati-hati. Ada juga calon yang kami suka tapi akhirnya tersingkir kerana setelah dikenali keserasian tidak wujud di antara kami.

Terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang kami bersama-sama dalam satu kumpulan yang tidak mungkin Adie lupakan.. Ianya merupakan pengalaman yang amat berharga buat diri Adie.. Walaupun kadang kala ada perselisihan faham yang berlaku di antara kami, tapi ianya merupakan adat dalam berkawan.. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kawan-kawan...

Apa pun, bila berada disamping kawan-kawan dalam 'Teamsailors'.. Adie merasa sangat gembira dan kadang-kadang dapat melupakan sejenak kesedihan dihati Adie dan segala masalah dan tekanan hidup yang melanda diri Adie.. Adie berharap dan berdoa agar persahabatan kami semua akan berkekalan sampai bila-bila.. InsyaAllah.. Amin.. With the power of love and moon.. Sailors unite! (^_^)V

P/S - Sebenarnya ramai lelaki di luar sana yang suka dan meminati anime 'SailorMoon' tapi mereka enggan mengakuinya kerana takut di cop atau di label sebagai 'Pondan'.. Ego dan Hipokrit.. kalau suka.. katakan suka.. peduli apa orang nak kata.. (^_^)V

Sailors
************************

Adie Kun sebagai SailorMoon.

Zarin Almi sebagai SailorMars.

Hairul sebagai SailorChibimoon.

Amir sebagai SailorMercury.

Fadil sebagai SailorUranus

Fauzi sebagai SailorSaturn.

************************************************************

Adie Kun @ Raja Bulan



Wednesday, November 11, 2009

Doa Buat Ayah..




Pada ketika ini hati Adie merasa betul-betul tidak tenteram, setiap hari berlalu dengan emosi yang tidak begitu stabil, sekejap gembira, sekejap sedih, senyum, muram, ketawa, menangis.. menjadi rencah dalam kehidupan Adie sehari-hari..


Semua ini berlaku pasti ada sebabnya, dan penyebab utama adalah 'Tekanan Kehidupan'.. Adie faham.. dan Adie redha.. Setiap orang dalam dalam dunia ini mempunyai jalan cerita dan kehidupan mereka sendiri.. Cuma buat masa ini terlalu banyak perkara yang Adie fikirkan didalam benak pemikiran Adie.. Salah satunya adalah mengenai Ayah Adie..

Semenjak musibah yang melanda keluarga Adie beberapa bulan yang lepas.. Ayah adalah orang yang paling terkesan sekali dan menerima impak yang paling besar berbanding ahli keluarga yang lain.. Adie sebagai seorang anak takkan faham perasaan Ayah dan derita yang Ayah tanggung.. Tapi Adie tahu didalam hati Ayah menangis, meratap, dan bersedih.. cuma Ayah pendamkan segalanya jauh dilubuk hati ayah.. Adie juga tahu, setiap kali Ayah berdoa selepas solat, Ayah menangis seorang diri,.. Ketabahan ayah memberikan kekuatan kepada ahli keluarga yang lain untuk sama-sama tabah menghadapi ujian dari Allah itu.. Adie bangga mempunyai seorang ayah yang kuat dan tabah walaupun dilanda musibah yang teramatlah berat..

Adie berdoa setiap hari, siang dan malam, agar keluarga Adie diberikan jalan keluar terhadap permasalahan yang masih membelengu.. Agar ayah dan semua ahli keluarga dapat menarik nafas lega dan kembali seperti sedia kala atau lebih baik lagi.. Adie sayangkan keluarga Adie..

Duduk di dalam bilik.. ditemani pen dan buku di tangan.. Fikiran Adie melayang..Adie termenung... hm.. sedih mengenangkan nasib diri, nasib yang menimpa keluarga.. terkenangkan Ayah.. hati Adie terasa sebak.. kesedihan di hati ini hanya Allah saja yang tahu.. Semenjak musibah itu, keadaan kesihatan Ayah bertambah merosot dari hari ke sehari..

Buat pertama kalinya dalam seumur hidup Adie,.. Adie membonceng Ayah untuk ke Masjid kerana Ayah sudah tidak larat untuk membonceng orang.. Kalau dulu ayah takkan bagi Adie membonceng ayah dan Adie yang berada dibelakang, sebagai pembonceng. Tapi sekarang lain.. Satu persatu perubahan berlaku pada diri Ayah .. kadang ayah tidak larat untuk menunaikan solat secara berdiri, dan ayah terpaksa menunaikannya secara duduk..


Sekarang Ayah dalam proses pemulihan selepas menjalani 'pembedahan secara ghaib', dari orang yang boleh dipercayai, kerana sebelum itu Ayah didapati mengalami masalah jantung tersumbat, tetapi menurut ahli perubatan tersebut, ianya masih belum terlambat untuk diubati, InsyaAllah.. hmm.. untuk melakukan pembedahan secara moden, keluarga Adie bukanlah orang yang berada..dan sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang tinggi.. sebab itulah kaedah perubatan secara islam dipilih sebagai alternatif.. berikhtiar untuk berubat.. hanya mampu bertawakal kepada Allah agar Ayah diberikan kesembuhan..

Tapi semenjak pembedahan itu, Adie lihat keadaan Ayah agak lemah.. Ayah selalu sakit-sakit dan tidak sihat.. Adie takut mengenangkan perubahan yang berlaku pada diri ayah.. Adie sebak dan air mata bergenang menahan tangisan, setiap kali mendengar kata-kata dari mulut ayah..yang ayah tidak akan......... hmm.. Adie tidak mampu untuk meneruskan kata-kata itu, Apa yang pasti Adie tak dapat membayangkan kehidupan Adie dan keluarga tanpa Ayah.. Peranan Ayah tersangatlah penting dalam keluarga.. Jasa dan pengorbanan Ayah tak terhitung banyaknya...Apalah yang mampu Adie lakukan?? Adie terasa betul-betul lemah... Adie hanya mampu berdoa...

Doa Adie buat Ayah...

Ya Allah Ya Tuhanku.. Berikanlah Ayahku kesembuhan
dari apa jua penyakit yang Ayah hidapi.. Kasihanilah
Ayahku, Panjangkanlah umurnya.. Tabahkanlah dan kuatkanlah
hati Ayah dalam menghadapi setiap dugaan dan ujian dari-Mu..
Hamba tidak rela kehilangan Ayah.. bagi hamba Ayah adalah Ayah
yang paling baik dalam dunia ini. Andai kata hamba boleh menggantikan
tempat Ayah.. Hamba rela..
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.. dan segala
pujian bagi-Mu.. Makbulkanlah doa Hamba-Mu yang lemah lagi hina ini..

Amin...


Adie Kun @ Raja Bulan




Tuesday, November 3, 2009

Berhujung Minggu Bersama Teamsailors.



Sabtu yang lepas keluar bersama-sama 'teamsailors'.. rindu ingin bertemu mereka.. ketika berada di samping mereka aku merasa selesa dan dapat melupakan sejenak segala masalah dan tekanan yang melanda.. tetapi pada hari itu, yang sebaliknya pula berlaku, keadaan agak 'emosional' pada awalnya.. aku dan sailormars terpaksa menunggu agak lama untuk menaiki train dari klang ke kl sentral kerana berlaku masalah teknikal, dan selepas lebih kurang 1 jam lebih train pun sampai, tapi masalah tidak terhenti disitu, train asyik terberhenti beberapa kali dalam masa yg agak lama sepanjang perjalanan, akhirnya selepas 2 jam berdiri di dalam train yg sangat sesak barulah kami sampai ke destinasi, yakni kl sentral.. penat, 'tension'.. dan dalam waktu yg sama berlaku salah faham antara sailormars dengan kawannya yg telah lama menunggu di klcc, destinasi yg ingin kami tuju.. apa pun alhamdulillah segala masalah dapat diselesaikan walaupun masing-masing hilang 'mood' pada hari itu..



Kami menonton wayang yang bertajuk 'JENNIFER'S BODY'.. pada awalnya kami merasa agak teruja kerana sinopsis cerita ini agak menarik, dan ditambah lagi dengan pelakonnya yang popular, iaitu Megan Fox yang terkenal dengan jolokan 'wanita paling seksi'.. tapi ternyata tanggapan kami salah.. filem ini memang mengecewakan... Pada masa itu aku betul-betul terasa ingin keluar dari situ kerana filem itu membuatkan aku merasa bertambah 'tension' dan 'stress'... pada pandangan aku filem ini seperti filem 'sampah' sarat dengan adegan jenaka yang lucah.. dan tidak beretika.. memang membosankan dan memalukan.. aku berikan 1 dari 5 bintang untuk filem ini.. Agak menyesal menontonnya..


Dua minggu yang lepas pula, aku menonton wayang bersama dengan kakak=kakakku.. filem bertajuk 'PANDORUM'.. aku memang sangat berpuas hati dengan filem ini berbanding dengan cerita 'JENNIFER'S BODY' yang entah apa-apa.. filem 'PANDORUM' ini berjaya membuatkan aku merasa berdebar-debar dan penuh dengan kejutan.. permulaan jalan cerita yang agak baik.. jalan cerita yang menarik dan penuh dengan aksi.. aku berikan 4 dari 5 bintang untuk filem ini.. memang agak berpuas hati dan masih terbayang-bayang di fikiran makhluk mengerikan didalam filem ini.. dan pertarungan yg mendebarkan.. 'Best.' (^_^)


'berbalik kepada teamsailors, selepas menonton wayang aku dan teamsailors pergi ke kolam air panas di selayang untuk mandi manda. wahhhhhh.. begitu menyegarkan, selepas penat seharian berjalan. Air panas semulajadi, memang dapat menyegarkan badan.. selepas mandi-manda kami pergi melepak di restoran 'HAJRIS'.. berdekatan dengan tasek permaisuri.. selepas itu.. kami berhenti berehat di Tasek permaisuri sehingga jam 7 pagi .. berehat dan tidur sebentar sebelum Sailoruranus menghantar aku dan sailormars ke kl sentral.. di situ kami berpisah dan balik ke rumah masing-masing.. Apa pun, walaupun hari bermula agak emosi, dan tertekan.. aku masih berasa bersyukur kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan teamsailors dan berhujung minggu bersama-sama.. (^_^)V


GAMBAR KENANGAN.




Adie Kun @ Raja Bulan.