Bergurau senda mungkin dapat memeriahkan dan menghidupkan suasana yang suram dan mengeratkan sesuatu hubungan, tetapi bergurau juga boleh menyebabkan ada hati yang tersinggung, membangkitkan api kemarahan, dan berlakunya pergaduhan jika gurauan itu tidak kena pada tempatnya, berbaur penghinaan dan tidak berlapik..
Hari ini Adie merasa amat tersinggung dengan gurauan seseorang di 'YM', bagi dia, niatnya hanyalah ingin bergurau tapi bagi Adie gurauan itu betul-betul menyinggung perasaan Adie kerana kekurangan yang ada pada diri Adie dijadikan sebagai bahan gurauan olehnya..
Kebetulan pada hari ini Adie 'online' di 'Cyber cafe', jadi buat pertama kalinya Adie menggunakan 'webcam', kerana dirumah tiada kelengkapan tersebut.. Memang terasa janggal dan agak malu tapi dalam masa yang sama agak teruja, (dalam erti kata lain bagi yang suka memperli 'BATAK'). 'Z' (bukan nama sebenar.) Meng'BUZZ' Adie dan kami berbual seketika, kemudian 'Z' bertanya.. lebih kurang seperti ini ...
'Z' : Boleh view webcam x?
Adie : leh je, jap eh.. (Sambil 'meng'invite' 'Z')
Z : Lor? tunjuk dada je? (menunjuk diaras dada) Baik tak payah webcam kalo camni.. haha3..
Adie : Ala.. Malu la.. lagipun skang ni tgh ramai orang kat cc nih.. hahaha. jap eh..
*setelah beberapa ketika perbualan berlaku, Adie mengalihkan webcam ke arah muka, dan ayat pertama yang 'Z' katakan..*
Z : Bibir hitam..
Z : Mesti selalu hisap.....
Perasaan Adie ketika itu sangat tersentap dan tersinggung lalu terus menutup webcam... Adie tahulah bibir Adie hitam dan tak seperti orang lain tapi perlu ke nak ingatkan?? Kenapa ayat itu yang keluar? Kelakar sangat ke? Tahu tak disebabkan kekurangan Adie ini, Adie merasa rendah diri? Tidak berkeyakinan.. Kalau berada diluar pun Adie selalu mengetap bibir kerana malu di lihat oleh orang.. Tahu tak sudah banyak cara Adie gunakan untuk memerahkan bibir? Sudah banyak petua dan pelembab mahupun tonik untuk memerahkan bibir Adie cuba, tapi tidak berkesan.. Bibir Adie tetap hitam.. Tahu tak betapa sedihnya hati Adie? Hanya Tuhan saja yang tahu..
Adie tidak merokok tapi bibir Adie hitam mengalahkan orang yang merokok berpuluh tahun, mengalahkan perokok tegar... Lihat sajalah gambar-gambar Adie.. Orang selalu kata 'Alah, ko kan lelaki, apa kisah?? Relaks la.. cakap je ko memang merokok kalo orang tanya kenapa bibir ko hitam'.. Hmm.. Sedihnya.. Senang berkata-kata.. tetapi takkan memahimi kerana mereka tidak berada di tempat Adie..
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Adie tersinggung dengan gurauan seumpama itu, tapi hari ini Adie agak emosional.. Takkan ada istilah 'sudah lali', 'sudah biasa' kalau melibatkan hal seumpama ini kerana Adie hanyalah manusia biasa dan punyai perasaan... Kekurangan yang ada pada diri Adie selalu dijadikan sebagai bahan gurauan, dari warna kulit, warna bibir, perwatakan, nama sendiri, pendek kata apa saja yang boleh dijadikan bahan gurauan.. Lansung tidak memikirkan perasaan Adie.. Hmm..
Disini Adie ingin mengingatkan diri sendiri dan sesiapa jua.. Kalau hendak bergurau, biarlah kena dengan tempatnya, berlapik dan fikirkan dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.. Jangan mempersendakan kekurangan orang lain kerana ianya seolah-olah menghina, dan ingatlah.. Menghina sesuatu ciptaan itu bermakna menghina penciptanya iaitu Allah.. Sama-samalah kita beringat tiada seorang pun manusia dalam dunia ini yang sempurna, belajarlah untuk menghormati orang lain dan menerima setiap kekurangan dan kelebihan seadanya.....
Adie Kun @ Raja Bulan
No comments:
Post a Comment