Rasanya sudah hampir 2 bulan lebih Adie tidak mengemaskini blog ini.. Erm, memang sejak bekerja dan dalam tempoh tersebut Adie begitu sibuk dengan kerja.. Sehingga tiada masa untuk kemas kini dan online, samada facebook, myspace, tagged dan sebagainya..
Apa pun sekarang Adie telah pun berhenti kerja, memang dalam tempoh 2 bulan lebih ini begitu banyak peristiwa yang berlaku, betul-betul menguji tahap kesabaran Adie mahupun kawan-kawan sekerja yang lain.. Tapi tahap kesabaran ada hadnya, minggu lepas, pada hari selasa 30 Mac 2010 Adie nekad untuk berhenti, atas desakan keluarga dan atas kemahuan Adie sendiri.. Lagipun, dua hari sebelum itu, dua orang kawan sekerja Adie telah pun berhenti kerja.. Adie dalam tempoh kemurungan selepas berhenti kerja.. Hanya Allah saja yang tahu perasaan Adie..
Pengalaman kerja kali ini memang pengalaman yang sungguh memeritkan dan tidak akan Adie lupakan sampai bila-bila.. erm.. Adie memang naif, dan kurang pengalaman, jadi pengalaman ini Adie boleh jadikan sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati untuk memilih pekerjaan selepas ini. Antara pengalaman yang tidak mungkin Adie lupakan...(hehe, skemanya ayat) -
-*Pada permulaan memang okey, rasa seronok dan ada masa depan, tapi selepas lebih kurang seminggu bekerja disitu, Adie dan kawan-kawan amat terkejut dengan tindakan majikan yang pelik, bayangkan, majikan mengumpulkan para pekerjanya dan menyuruh pekerjanya untuk mencari modal lebih kurang dalam rm 7000, dan kalau boleh setiap seorang mengumpulkan rm 1500.. menyuruh kami semua meminjam wang pada keluarga atau saudara, dengan memberi alasan hendak membayar deposit sewa rumah.. alasan majikan berbuat demikian kerana kekurangan bajet untuk projek terbarunya, dan amat terdesak. Nasib baik kami semua tidak terlalu bodoh mengikut katanya dan masing-masing mencari alasan dan tidak menyerahkan duit padanya.. bermula dari peristiwa ini kami semua tidak bersemangat untuk bekerja dan ingin berhenti tapi tetap bertahan.
-*Terpaksa bekerja lebih masa sehingga berjam-jam lamanya.. ada satu masa, kami terpaksa bekerja lebih masa direct seminggu.. 5 jam, 6 jam, 7 jam.. Tapi yang paling kami tidak boleh tahan, kami terpaksa bekerja 48 jam tanpa henti, bayangkan, 2 hari tidak tidur, 3 hari tidak mandi.. ada satu masa kami bekerja 24 jam tanpa henti, walaupun ada rehat seketika tapi bayangkan dalam keadaan tidak tidur, badan betul-betul terasa kepenatan tapi terpaksa juga bekerja. Di layan mengalahkan pekerja bangladesh dan makan minum tidak terjada. Hanya Allah sahaja yang tahu.
-*Membayar gaji kami tidak mengkut tarikh yang ditetapkan, lambat sehingga hampir 2 minggu lamanya.. walhal berapa sangat la gaji kami..
-* Adie dan kawan-kawan banyak menyedari tentang tipu muslihat majikan kami, dia banyak menipu kami, sehinggakan umur, pengalaman berniaga, tempat belajar pun dia boleh tipu.. kami pernah meminta untuk berhenti kerja serentak, seramai empat orang, kerana tidak tahan lagi dengan cara pengurusannya yang tidak sistematik, tetapi dia memujuk kami untuk kembali bekerja, kami memberikan dia peluang ke dua kerana memikirkan isterinya yang agak baik dengan kami, lagipula sesama bangsa.. tapi nampaknya peluang yang kami berikan, di sia-siakan malah keadaan menjadi bertambah buruk.
- Paling tidak boleh diterima, dalam diam dia ingin memberhentikan kami apabila mendapat pengganti Adie dan kawan-kawan, walhal orang yang bakal menggantikan kami ialah orang yang bakal kami ajar. Dalam waktu yang sama, baru Adie dan kawan-kawan dapat tahu yang OT (over time) kami sejam hanyalah rm1.50 sahaja,.. Owh my goshhhhhh... memang tidak berbaloi dengan penat lelah kami selama ini.
-* Dia berhutang dengan bapa salah seorang dari pekerjanya, dan mencagarkan mesin 'cutting' di tempat kerja sebagai cagaran jika dia tidak membayar hutang tersebut mengikut tarikh, dia beberapa kali gagal membayar hutang mengikut tarikh, tapi apabila perkerja tersebut mengambil mesin itu, dia membuat laporan polis, dan dengan tidak semena-mena Adie dan kawan-kawan yang lain terlibat sama dan kami hampir-hampir dimasukkan ke dalam lokap, Ya Allah, pada masa itu hanya Allah saja yang tahu betapa haru-birunya keadaan dan perasaan kami. Lagipula, perjanjian hutang tersebut tiada hitam putih dan hanya di buat dengan janji mulut, dipendekkan cerita, Alhamdulillah kes selesai selepas Adie dan seorang kawan memaksa kawan tersebut menyerahkan mesin dan membatalkan hasrat untuk melawan dan membuat laporan polis. erm.. tidak dapat bayangkan kalau kami semua diheret ke dalam lokap..
Memang terlalu banyak pengalaman yang memeritkan, sehingga Adie tak mampu untuk menceritakan semuanya.. apa pun, peristiwa ini merupakan satu pengajaran buat Adie.. Adie berharap sangat... Moga-moga selepas ini Allah memberikan Adie pekerjaan yang jauh lebih baik.. dan menjamin masa depan Adie.. InsyaAllah.. erm.. Gambatte kudasai Adie kun!! Apa pun hidup perlu diteruskan.. (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment