Thursday, April 15, 2010

Beriadah di Air Terjun Bukit Bertangga, Pahang.

Sebenarnya sudah lama Adie pergi ke tempat riadah ini, tapi disebabkan terlalu sibuk dengan kerja, Adie lansung tidak dapat untuk mengemaskini blog, jadi sementara ada masa, Adie nak selitkan serba sedikit tentang tempat riadah yang Adie pergi ini.. Adie merupakan seorang yang gemar bermandi manda, suka dengan suasana air terjun yang mendamaikan, malah menyegarkan badan, jadi semasa mengikut kawan Adie balik ke kampung halamannya di Bera, pahang pada bulan februari yang lepas, Adie tidak melepaskan peluang untuk mengajaknya beriadah dan bermandi manda di sana, kerana sebelum ini dia pernah menceritakan mengenai keindahan dan keseronokan suasana dia Air Terjun Bukit Bertangga. Bertolak pada awal pagi, sampai disana lebih kurang tengah hari, pada mulanya kami agak terkejut kerana keadaan anak sungai yang mengalir dari air terjun agak mendukacitakan kerana mengikut kata kawan Adie, ianya disebabkan kurang menerima hujan, jadi air semakin berkurangan dan agak cetek. Pada mulanya kami ingin pulang, tapi Adie mengajak kawan-kawan untuk pergi lebih atas lagi, terserempak dengan orang-orang yang baru mandi, ianya menguatkan semangat kami, orang tempatan mengatakan jika kami mendaki lebih tinggi lagi kami akan menemui sebuah air terjun yang sangat tinggi dan cantik. Kami memulakan pendakian, owh my goshhhh.. memang meletihkan, ditambah lagi kami masih belum makan, jadi jika ingin mendaki ala-ala jungle tracking jangan lupa makan dan bawa apa yang patut.. tapi semua itu memang berbaloi, Adie dan kawan-kawan terpukau dengan kecantikan air terjun di bukit tangga, memang cantik, dan hanya kami bertiga sahaja yang berada di atas sana, tidak dapat melupakan pengalaman mendaki yang menyebabkan kami hampir pitam dan nak termuntah, tapi keadaan kami kembali segar selepas puas bermandi manda, memang puas hati. Air terjun bukit bertangga, di puncak memang sangat indah, ketinggiannya lebih kurang setinggi pokok kelapa dewasa. wowwwwww.. best-best.. hehee.. Kalau ada masa, ingin cuba destinasi air terjun yang baru.. yeay.. (^_^)

GAMBAR KENANGAN.


Adie Kun @ Raja Bulan



No comments: