Tuesday, April 6, 2010

Empat Sailor Senior Berkumpul (^_^)

Sabtu yang lepas, Adie keluar bersama teamsailors, sailormars, pada mulanya hati Adie memang berbelah bahagi untuk keluar, kerana tiada mood dan semangat untuk jalan-jalan, tapi demi kawan Adie lupakan semua itu.. haha.. Tapi memang berbaloi sangat, bila bersama mereka, segala kesedihan terubat.. hari penuh ngan senyuman dan gelak ketawa, lagipun sudah hampir 3 bulan kami tidak berjumpa, jadi, bila sudah berjumpa, faham-faham sajalah, banyak perkara yang ingin dikongsi dan diborakkan.. memang gamat.. Petang Sabut, Adie keluar bersama Mars, pergi jalan-jalan ke Pavillion, KL, plan asal hendak ke Sunway Piramid, tapi menukarnya kerana hendak jumpa seseorang di KL, tapi agak menyedihkan orang yang ingin di jumpa tidak muncul kerana ada hal. Jadi, agak sia-sia kami membatalkan hasrat untuk ke Sunway piramid dan pergi ke KL, owh goshh.. memang frust, tapi nak buat macam mana kan.. dah nasib.. haha.. bertolak dari KL dalam pukul 9 lebih dan sampai di Teluk pulai, disana kami di ambil oleh ex sailor pluto, memang kami merancang untuk stay di rumah kawan iaitu abg isaac ex kepada ex pluto.. haha.. sampai dirumahnya kami disajikan dengan makanan, bakso.. memang sedap, sambil makan kami berborak sakan.. owh my.. tiba-tiba sailor chibimoon muncul.. seronoknya.. dapat berkumpul macam dulu-dulu.. Empat sailor senior berkumpul.. haha.. malam itu kami tidur agak lewat kerana kami 'berpillow talk' sampai ke pagi dalam pukul 3 lebih.. (^_^) Keesokkannya kami pergi menonton wayang cerita 'The Clash Of The Titans'.. memang best, lagi-lagi bila menonton dengan kawan-kawan.. memang dalam tempoh kami bersama.. selama 2 hari itu, ianya begitu menggamit memori, syukur kepada Allah kerana hubungan kami semua telah kembali pulih,.. Adie dan Mars pulang pada pagi isnin. erm.. agak sedih.. tapi apa pun, harapan Adie agar persahabatan kami semua akan kekal sampai bila-bila.. Terima kasih pada mereka semua kerana menceriakan hari Adie yang begitu suram sejak akhir-akhir ini... (^_^)V

GAMBAR KENANGAN.





Adie Kun @ Raja Bulan