
Hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Bersamaan 12 Rabiulawal 1430 H / 9 Mac 2009.
Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Semoga Allah merahmati kita semua..
InsyaAllah. Amin.
Peristiwa ini berlaku pada awal tahun 2007. Ketika itu aku begitu teruja dan meminati gaya Gothic dan Emo. Hitam, putih, dan ciri-ciri elemen kegelapan. Lebih-lebih lagi pada ketika itu kumpulan muzik bergaya ala-ala gothic sedang hangat di pasaran iaitu MCR, My Chemical Romance dan aku begitu meminati muzik/lagu dan gaya mereka.
Aku berjalan kaki seorang diri dari rumah menuju ke perhentian bus di pekan. Di pertengahan jalan baru tersedar aku tertinggal dompet di rumah dan terus menghubungi ayah. Sepanjang perjalanan itu ramai yang memandang aku, seolah-olah aku seperti makhluk asing. Tiba di pekan, ada sebuah kereta berhenti dihadapan aku, didalamnya terdapat 5 orang lelaki. Mereka menjerit-jerit ke arah aku, menyergah aku dan membunyikan hon seperti ingin mencari gaduh dan tidak berpuas hati. Aku dengan selambanya terus berjalan ke perhentian bus dan tidak mengendahkan mereka. Tetapi didalam hati terasa begitu malu kerana diperhatikan oleh ramai orang. Sampai disana, bapa aku sampai dan menyerahkan dompet aku yang tertinggal dirumah. Ayah terperanjat melihat gaya aku pada ketika itu dan sempat memarahi aku sebelum berlalu pergi. Selepas ayah beredar, seorang polis yang menunggang motosikal berhenti dihadapan aku lalu memanggil aku. Dia meminta untuk melihat kad pengenalan dan bertanyakan beberapa soalan kemudian beredar pergi. Bersyukur sangat kerana ayah sempat menyerahkan dompet, kalau tidak ke balailah jawapnya. Sepanjang hari itu aku menjadi perhatian dan ramai yang memandang, terutama stokin belang hitam putih yang aku pakai.
Balik ke rumah, aku dimarahi oleh ayah. Ayah memberi amaran kepada aku supaya tidak berpakaian seperti itu lagi kerana membuatkan ayah merasa malu dengan masyarakat setempat dan kebetulan ketika itu program tv3 300' menyiarkan kisah budak-budak gothic yang berkelakuan tidak semenggah dan terarah kepada budaya yang tidak sihat. Aku merasa menyesal dan sedih. Semenjak hari itu aku tidak lagi berpakaian seperti itu. Aku tidak mahu mengalami pengalaman seperti itu lagi.
*Dalam kejadian yang lain. Satu hari, aku dan kawan-kawan berpakaian gothic persis seperti budak gothic sebenar, dan dalam perjalanan ke satu tempat, kami di sapa oleh sekumpulan budak mungkin umur sebaya dengan aku atau lebih (berpakaian biasa), salah seorang bertanyakan, kami kumpulan dari mana? dari daerah mana? dan kenapa memakai pakaian gothic? sempat juga dia mengatakan ' suka-suka hati ko je nak pakai macam tu ya!!'.. dengan nada yang tidak puas hati seperti ingin mencari gaduh. Kami tidak mengendahkannya dan terus berlalu pergi, dalam hati memang merasa tidak puas hati dan agak seram. Mungkin kalau kami melayan, akan berlaku pergaduhan. Apa pun syukur tiada perkara buruk berlaku. Pada hari itu juga ada beberapa orang yang mengambil gambar kami tanpa kebenaran dari dalam kereta semasa kami sedang lepak-lepak ditepi jalan.

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
********************************************************************************************
PANDANGAN ISLAM - Sambutan Valentine
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..


Berbeza dengan gerhana separa atau gerhana penuh bulan yang lebih mudah dicerap (dilihat), gerhana penumbra ini hanya akan menyaksikan keadaan bulan yang sedang purnama penuh secara perlahan-lahan mengalami perubahan warna dari warna putih cerah kepada kepada agak gelap dan akan lebih jelas kelihatan semasa kemuncak gerhana penumbra pada jam 10:38 malam. Pada masa kemuncak ini dijangka sebahagian bulan akan lebih berwarna agak gelap dan sebahagian lagi berwarna agak cerah.

klik pada rajah untuk saiz sebenar.
Inkheart, bagi aku memang sebuah filem yang agak menarik, lagipun aku memang seorang yang meminati filem yang berunsurkan fantasi, klasik, dan pengembaraan. Seperti, The Mummy, Narnia, Spider Wick, Lord of the ring, dan sebagainya. Permulaan Inkheart agak menarik, ada unsur-unsur jenaka, dan lawak yang agak menjadi, agak terhibur. dan pertengahan cerita yang sarat dengan aksi, manakala penyudahnya, klimak yang menarik. Keseluruhan cerita ini memang agak menghiburkan. Aku berikan 3.5/5 bintang untuk filem ini. Filem ini sesuai untuk semua lapisan umur kerana tidak mengandungi, adegan-adegan lucah.. Jadi tak perlu risau untuk tontonan kanak-kanak. (^_^)V
2009 Adie Kun @ Raja Bulan Blogspot All Rights Reserved. Blogger Template created by Deluxe Templates
Template Source: Free Blogger Templates.