Saturday, February 14, 2009
AWAN & FANTASI
Aku suka merenung ke langit, melihat awan yg terbentuk indah.. menikmati panorama yg cukup mengkagumkan dan sungguh menenangkan fikiran sambil dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana, setiap ciptaan-Nya sungguh tidak terjangkau dek akal manusia. Seperkara lagi, terasa sungguh bertuah kerana hidup di negara Malaysia yg beriklim khatulistiwa ini, panas sepanjang tahun dan langitnya dilitupi oleh pelbagai jenis awan yg sungguh cantik, unik dan indah. Bersyukur kerana dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini. Bila melihat awan, terasa seperti mahu terbang ke atas langit, memiliki sayap putih bersih, duduk diatas awan, bermain-main dengan gumpalan awan, terbang dengan girang, terusan berimaginasi, melupakan sejenak segala kekusutan di fikiran, dan kesedihan di hati. Alangkah seronoknya jika mimpi dan angan-angan menjadi kenyataan. Apa pun aku sedar, semua itu tidak akan berlaku, dan aku harus berpijak dibumi yang nyata, bila tersedar dari lamunan, angan-angan yg sementara semuanya akan kembali seperti sedia kala, kembali menjadi diriku yang sebenar. Hanyalah seorang insan yang biasa, yang lemah.. yg tidak berdaya.. tapi apa pun aku tidak akan mudah mengalah dengan kekusutan, kesedihan, masalah dan apa jua yang melanda. dan aku bersyukur kerana dapat merasai walaupun sekelumit kegembiraan dari dunia fantasi, angan-angan yang ku cipta sendiri dan menikmati alam ciptaan-Nya yang sungguh indah ini.
*Awan kesukaan - kumulus dan kumulonibus. (^_^)V
Adie Kun @ Raja Bulan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment