Saturday, February 14, 2009

Kawan? Sahabat?


Bagi aku tempoh perkenalan bukanlah sesuatu yang boleh atau dapat menjamin seseorang untuk betul-betul mengenali, memahami, dan serasi dengan diri kita dan sekaligus menjadi 'sahabat' sejati dalam kehidupan kita. Mungkin bagi sesetengah orang merasakan semakin lama kita berkawan dengan seseorang itu kita akan lebih memahami dan mengenali dirinya dan dia juga sebegitu. Saling ada untuk diri masing-masing.

Tetapi hal yang sebaliknya berlaku pada diri aku.. Aku sentiasa cuba untuk menjadi seorang kawan yang baik, terutama dengan orang yang serasi dengan diri aku, lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan yang telah atau agak lama dikenali, kerana sedikit sebanyak aku telah mengenali mereka dan wujud keserasian. Aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati mereka, hendak bercakap apa-apa pun aku akan berfikir 2-3 kali dan mengikut kesesuaian keadaan supaya tidak mengguris hati dan perasaan mereka. InsyaAllah, sentiasa ada untuk mereka, ketika diperlukan, dalam kesedihan, kesusahan dan sebagainya. Menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri mereka, menerima diri mereka seadanya. Aku bukan ingin mengatakan diri aku seorang yang terlalu baik atau sempurna tetapi sekurang-kurangnya aku telah mencuba dan berusaha dengan cara aku sendiri.

Apa yang membuatkan aku sedih dan pilu ialah menyedari akan hakikat yang amat menyakitkan bahawa aku hanyalah bersendirian dan keseorangan. Kawan-kawan yang aku sangkakan boleh menjadi 'sahabat' aku selalu menyebabkan perasaan aku terguris, menghina aku diatas kelemahan dan kekurangan yang aku miliki, tidak menghiraukan aku, disaat aku dalam kesedihan, kesulitan, dan kesusahan.. Mereka ingin diri mereka didengari, di ambil berat, disokongi, difahami, dan sebagainya. Tetapi kebanyakan dari mereka hanyalah seorang yang mementingkan diri, apabila aku menginginkan perkara yang serupa, aku diabaikan, tidak dihiraukan, seolah-olah aku tidak mempunyai perasaan. Segala apa yang aku rasa aku pendamkan didalam hati, dan aku masih melayan mereka seperti biasa, walaupun hatiku sebak mengenangkan diri. Aku tidak mahu memutuskan tali persahabatan yang telah sekian lama terjalin.

Apa pun kenangan manis bersama mereka tidak akan aku lupakan, bergelak ketawa, bergembira dan sebagainya bersama. Ya.. kawan ketika gembira dan suka, memang senang dicari.. tetapi ketika sedih dan sebaliknya? hanya satu dalam beribu. Kadang kala aku merasakan kawan yang dikenali dalam tempoh yang singkat lebih berhati perut, dan kawan didalam alam maya atau dunia siber lebih terbuka dan memahami walaupun mungkin berhubungan sekali pintas dan hanya sementara sahaja.

Aku hanyalah insan biasa, punya perasaan. Kadang kala aku tewas dibuai perasaan sendiri. Hanyut didalam sungai kesedihan, terkapai-kapai keseorangan. Buat masa ini aku hanya ada diri aku sendiri dan Allah. Hanya kepada-Nya tempat aku mengadu, meminta, meluahkan, berdoa, berharap dan berserah agar semuanya akan baik-baik saja buat diri aku. Aku harus bersabar, semoga satu hari nanti aku akan dianugerahkan oleh Allah seorang kawan yang bergelar 'sahabat', sahabat yang sejati, dan kesabaran aku pasti tidak akan sia-sia. InsyaAllah. Amin. Semuanya pasti akan baik-baik saja.


Adie Kun @ Raja Bulan.

2 comments:

Anonymous said...

Friendship never fade wiehhh..
wkakakkakaa..
Btul2x..
Hrga ssuatu pershbtan itu tiada nilainyerrr..
It's infinity..
Xpe Adie..
Hana ader niee..
Kuccii2x...
Auuww cakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

NadZakk said...

adieee , ishh.
nadee pon rse cm2.
ngape ekk.
selfish gila dorg
but nadee wat derk je.
sighhh