Semua sudah sedia maklum, 14 febuari ini merupakan hari Valentine's atau hari kekasih yang disambut oleh pasangan-pasangan kekasih khususnya, hampir diseluruh dunia. Tetapi bagi aku sebagai seorang yang beragama islam, memang tidak patut kita sebagai umatnya meraikan hari yg dikatakan istimewa untuk pasangan yang bercinta ini yang jelas sekali adalah haram disisi agama islam kerana simbolik disebalik sambutan pada hari itu sendiri mempunyai sejarah sendiri dan lebih kepada perayaan ritual kristian. Bukan ingin menyatakan diri aku seorang yang baik dan alim tetapi sepatutnya kita tidak perlu dan tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan budaya barat yang jelas sekali ingin meruntuhkan akhlak umat islam, dan jelas sekali bukan adat kita sebagai orang timur. Setiap hari pun boleh meraikan pasangan, atau cinta, tetapi kenapa memilih untuk meraikan pada hari Valentine's? Jelas sekali kerana terpengaruh dengan trend masa kini, yakni terikut-ikut untuk memberi coklat @ hadiah untuk kekasih, mengucapkan dan meluahkan perasaan cinta, makan ditempat yg romantik atau meraikannya dengan cara tersendiri. Pada hari Valentine's ini sudah tentu banyak berlakunya maksiat dan maruah tergadai semata-mata kononnya kerana ingin membuktikan cinta. Apa pun bagi aku, InsyaAllah, aku tidak akan sesekali menyambut hari Valentine's atau hari kekasih ini kerana aku tidak mahu terlalu terikut-ikut dan membiarkan diri aku hanyut dengan perkara-perkara yang jelas sekali bertentangan dengan prinsip ketimuran dan agama islam itu sendiri. Cukuplah dengan dosa-dosa yang aku ada, aku tidak mahu menambahnya lagi.. fikir-fikirkanlah...
*Adie Kun @ Raja Bulan
****************************************************************************************
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
********************************************************************************************
PANDANGAN ISLAM - Sambutan Valentine
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
*************************************************************************************
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..*sama-samalah kita renungkan*
2 comments:
tak sambut valentine's day.
tapi sambut hari kekasih.. boleyy?
p/s: btw, valentine's day tau uolz. bukan valentine ajeww
huhu
:D
XKAN SMBUT EVER!
=)
yeay 2 adie
Post a Comment