Sunday, February 1, 2009

Menonton Inkheart dan Jalan-Jalan.

Semalam pergi ke Sunway Piramid, Subang Jaya untuk menonton wayang dan jalan-jalan. Rasanya sudah agak lama tidak keluar jalan-jalan dan menonton wayang bersama kawan-kawan. Kali terakhir menonton wayang, ialah filem Dark Night. Semalam kami semua sepakat untuk menonton cerita Inkheart, tayangan pukul 4.30. Jadi sebelum tayangan kami singgah ke Pizza Hut, untuk mengisi perut.. Wah! terasa seperti agak bersalah, kerana pada asalnya memang berniat untuk memboikot barangan atau produk keluaran As @ Yahudi sekadar termampu, tetapi kawan-kawan semua ingin makan di Pizza Hut, terpaksa mengikut kehendak mereka walaupun pada asalnya agak keberatan. Hmm... Selepas menonton, lebih kurang pukul 6 lebih, kami jalan-jalan membeli belah dan aku hanya membeli sehelai t.shirt. Balik pada pukul 8 lebih. Sampai rumah pukul 10 lebih.. Letih,.. tapi apa pun gembira keluar bersama mereka semua.. (^_^)V

Inkheart, bagi aku memang sebuah filem yang agak menarik, lagipun aku memang seorang yang meminati filem yang berunsurkan fantasi, klasik, dan pengembaraan. Seperti, The Mummy, Narnia, Spider Wick, Lord of the ring, dan sebagainya. Permulaan Inkheart agak menarik, ada unsur-unsur jenaka, dan lawak yang agak menjadi, agak terhibur. dan pertengahan cerita yang sarat dengan aksi, manakala penyudahnya, klimak yang menarik. Keseluruhan cerita ini memang agak menghiburkan. Aku berikan 3.5/5 bintang untuk filem ini. Filem ini sesuai untuk semua lapisan umur kerana tidak mengandungi, adegan-adegan lucah.. Jadi tak perlu risau untuk tontonan kanak-kanak. (^_^)V

6 comments:

Anonymous said...

Ha~
Smelahhh..
Skekan film fantasy dan pngmbraan ..
Ikut je taww..
Tngok tuee..
Die kuar xajk kte lagik...
;p

Nadee H. said...

pehh!
best nya.
tetapi boikot itu perlu lah.
haha!
=)

Pojiepooh Abdullah said...

best kan citer tuh!
syok giler!

Hamba.Allah said...

kannn... pi tgk citer nih xajak pong. hikss. mek dh tgk dah itu hari. dkt Cineleisure. boleh tahan la... ni nanti 12hb nk tgk Geng Upin & Ipi tuh. mcm best jek! Sokong Barang Buatan Malaysia!!! *tetibe... hiksss

afiq_one said...

tak best arr dah tgk la... boring jr

myZatuL aKmaLia hj aBu bAkaR said...

citer inkeart tuh best kn3...
hurmm best gak dpt jln2 ngan kwn2...
huhu..u got a great day!!!