Friday, June 19, 2009

Kenapa Bibir Awak Hitam?







"Kenapa bibir awak hitam? Awak merokok ya?" ('Tak, saya tak merokok, cium bau rokok pun saya tak tahan..') 'Tapi kenapa bibir awak hitam ya? Awak ada penyakit ke?.. " Aku sudah naik jemu untuk menjawap pertanyaan- pertanyaan seperti ini yang sering diajukan kepada aku. Semenjka aku kecil sehinggalah sekarang ini, pertanyaan ini selalu di ajukan kepada aku.

Imbasan kembali, sewaktu aku kecil, aku sering sakit. demam dan sebagainya. lama kelamaan bibir aku yang merah mungil bertukar menjadi gelap dan pucat disebabkan sering sakit dan kurang sihat. Semenjak dari itu, disebabkan bibir aku yang hitam aku selalu difitnah menghisap rokok, selalu dijadikan bahan ejekan oleh kawan-kawan, dan orang selalu mengajukan soalan yang serupa setiap kali. Jenuh aku menjawapnya.. Aku malu dan merasa rendah diri dengan orang sekeliling, aku merasa sangat cemburu melihat orang lain mempunyai warna bibir yg normal dan merah dan selalu berangan-angan ingin memiliki bibir yang sebegitu.. Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu..

Sehinggalah sekarang, aku tidak boleh lari dari diajukan oleh soalan sedemikian rupa, di sebabkan perkara ini kadang aku merasa amat merendah diri, dan kurang keyakinan, terutama bila ingin berbicara dengan seseorang, mereka pasti akan melihat bibir aku yang hitam mengalahkan seorang perokok tegar, jadi aku selalu mengetap bibir aku.. aku malu dan segan, pelbagai petua telah aku cuba untuk memerahkan kembali bibir aku.. tapi ianya menunjukkan hasil yg amat sedikit dan mengecewakan. Vaseline? Lips balm? madu lebah? Gamat? Halia? dan bermacam produk telah aku cuba tapi kesannya tetap sama..

Kadang aku terfikir ingin membuat pembedahan tapi pasti memerlukan belanja yang besar. Hendak mengaku sebagai seorang perokok untuk menutup malu jauh sekali, kerana aku bukan seorang perokok dan penipu. (Alah, kau kan lelaki, apa nak malu?) Lelaki tiada perasaan malu ke?? tiada perasaan untuk kelihatan menarik ke? Cakap senang, kerana mereka tidak berada ditempat aku. Apa pun aku berharap sangat suatu hari nanti aku akan menemui penawar atau ubat untuk menjadikan bibir aku merah kembali, dan berseri. Salah satu impian aku, memiliki senyuman yang manis dengan warna bibir yang merah berseri. InsyaAllah.. Amin.. (Apa pun harus bersyukur dengan apa yang di kurniakan oleh-Nya.)


Antara Produk Yang Adie Gunakan.

Antara produk yang Adie gunakan untuk bibir,
mudah dibawa ke mana-mana.

*Petua yang pernah Adie amalkan, campurkan glyserin dengan titisan
perahan lemon,
kemudian sapukan pada bibir, lakukan setiap hari sebelum
tidur.

Selain itu Adie juga pernah mencuba petua, menyapu bibir dengan colgate,
tetapi hasilnya
bibir menjadi kering. Pernah juga mencuba petua menyapu halia pada bibir.. Sekarang Adie hanya menyapukan Vaselin setiap kali sebelum tidur atau jika bibir terasa kering, dan keesokkannya selepas menggosok gigi Adie akan menggosok bibir dengan lembut untuk membuang sel kulit mati, tidak lupa juga mengamalkan minum air dalam kuantiti yang mencukupi. 8 gelas sehari.


Adie Kun @ Raja Bulan



Wednesday, June 17, 2009

BUNUH DIRI??



Kadang kala tekanan hidup yang melampau dengan pelbagai masalah yang melanda, membuatkan seseorang itu hilang punca dan berputus asa untuk meneruskan kehidupannya.. lalu mencari jalan mudah untuk menamatkan segala-galanya dengan membunuh diri sendiri. Sejujurnya, Aku juga pernah beberapa kali terfikir untuk menamatkan hidup aku dengan membunuh diri, kerana ingin lari dari segala masalah, dan belengu tekanan hidup yang aku rasakan tidak dapat aku hadapi lagi. Aku rasa ingin berputus asa. Di kala aku rebah, lemah, dan hilang punca, semua ini akan bermain di fikiran. Aku hanyalah insan biasa, tidak sekuat mana.. Tapi aku bersyukur sangat ke hadrat Allah S.W.T kerana dikurniakan sedikit iman di dada, setiap kali aku dilanda kekusutan, kekalutan, fikiran yg melayang entah ke mana, aku masih mampu untuk melawannya. Setiap kali berfikir sebegitu aku akan mengucap panjang, dan menyesal. Aku selalu berdoa agar aku diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan aku. Walau apa pun yang terjadi, aku tidak akan mengalah, dan aku tidak mahu mati dengan sia-sia dan terkeluar dari agama aku yang suci, yakni agama islam dan jatuh kafir lalu di humban ke neraka jahanam buat selama-lamanya. Ya Allah, Ya Tuhan ku Ampunilah dosa hambaMu ini.. Buat mereka yang pernah terfikir dan cuba untuk membunuh diri.. Lupakanlah hasrat anda, jangan mati dengan sia-sia, dan menghumbankan diri kamu ke neraka jahanam. Ingatlah.. Allah sentiasa ada untuk kamu.. berdoalah agar semuanya akan baik-baik saja.. InsyaAllah..



Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya



Adie Kun @ Raja Bulan


Saturday, June 13, 2009

Susahnya Menyukai Seseorang..



Aku tak tahu apa yang tak kena dengan diri ku. Setiap kali pasti wujud satu perasaan dan keadaan yg begitu kompleks sekali apabila menyukai seseorang. Susah untuk diungkapkan dengan kata-kata tapi apa yang aku rasa,alangkah susahnya menyukai seseorang. Bila menyukai seseorang. aku akan terlalu mengharap padanya. Mengharap pada sesuatu yg belum pasti. Aku tahu kalau terlalu mengharap, Jikalau dikecewakan nanti pasti akan menerima impak yg agak besar. Aku pernah beberapa kali dikecewakan, rasanya begitu perit dan menyeksakan sekali, hampir serik dan putus asa untuk menyukai seseorang. Tapi inilah diri aku. Aku tak dapat mengubahnya walau sekuat mana pun aku cuba. Aku tetap aku.Seorang yg naif. Sentiasa memerlukan seseorang, dan tak dapat mengelak diri dari mengharapkan pada sesuatu yang belum pasti. Apabila menyukai seseorang, hati aku pasti merasa amat cemburu bila melihat dia bersama yang lain, samaada berchatting, bersms, dan sebagainya..aku ingin dia memberi perhatian yg penuh kepada aku, memanjakan aku, menyayangi aku dan mengambil berat tentang aku dan sebagainya,

Apabila menyukai seseorang, terbit satu perasaan yg sukar untuk diluahkan dengan kata-kata dihati ini. Betapa merinduinya setiap masa, mengingatinya selalu, apa-apa perkara mengenainya sentiasa bermain di fikiran. Apabila menyukai seseorang. alangkah seksanye menunggu balasan msg dari dia. bila dia balas cepat rase gembira sangat, bila dia balas lambat, tertunggu dengan sabar, hati rasa kecewa dan sedih bila tiada balasan diterima, padahal menunggu dengan penuh setia. Hati sentiasa bertanya, dia tengah buat apa?, dia sihat ke? sudah makan ke? dan sebagainya.. Apabila menyukai seseorang, hati rasa risau, lebih-lebih lagi bila berjauhan. Adakah dia betul-betul ikhlas. Adakah dia jujur. Adakah dia rasa seperti apa yang aku rasa? atau aku hanya perasan sendiri. dan hati merasa takut dia akan bertemu dengan yg lain, lalu meninggalkan aku disini, terkontang kanting. Walaupun wujud kepercayaan tapi perasaan itu tetap ada. Perasaan curiga, risau, dan sebagainya, mungkin aku tamak dan mementingkan diri. Aku harap dia hanya milik aku sorang saja, tak mahu berkongsi dengan sesiapa pun.. Erm... Susahnya menyukai seseorang. tapi ini lah yg aku terpaksa lalui.

Walaubagaimanapun dalam kesusahan menyukai seseorang ini, aku dapat merasakan kegembiraan, keseronokan, dan kebahagian didalamnya, satu perasaan yg sungguh indah. satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata dan hanya boleh dirasai apabila kita betul-betul ikhlas menyukai seseorang. Apapun, walau dalam situasi apa pun kesusahan itu, aku akan cuba untuk memahami, bersabar, bertolak ansur dan yakin mengharunginya



Adie Kun @ Raja Bulan



Sunday, June 7, 2009

Aku, Di Antara Realiti Dan Siber.



Selama aku aktif dalam dunia siber ini, ramai juga kenalan yang telah aku temui secara lansung dan bersua muka untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi, iaitu kenalan dari ruangan sosial seperti myspace, tagged, e-kawan, yahoo massenger dan sebagainya. Semestinya apabila bersua muka secara lansung merupakan keadaan yang berbeza dari didalam dunia siber dan antara maklum balas yang aku terima dari orang-orang yang pernah menemui aku tentang diri aku adalah, ada di antara mereka mengatakan aku kelihatan 100% sama seperti di dalam gambar, ada yang mengatakan aku lebih baik diluar daripada di dalam gambar, dan ada yang mengatakan aku kelihatan tidak sama dan tidak serupa lansung seperti di dalam gambar, malah ada yang mengatakan aku didalam gambar kelihatan lebih baik dari di luar dan seperti dua orang yang berbeza. Aku juga dikatakan agak pendiam berbanding di dalam dunia siber. Walaupun ada di antara maklum balas dari mereka menyentap perasaan aku dan menyedihkan tetapi aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka kerana apa yang penting bagi aku, aku menggunakan gambar aku sendiri, dan aku bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan pada diri aku dan aku tidak berpura-pura menjadi orang lain, 100% diri sendiri, terpulang pada mereka samada ingin memuji atau mengutuk aku sebagai makhluk ciptaan Allah dan sebagainya. Mulut orang tidak boleh ditutup, dosa atau pahala masing-masing tanggung.

Tapi apa yang paling menyedihkan aku, ada diantara mereka terus berubah sikap menjadi dingin selepas berjumpa dengan aku, malah ada yang lansung tidak menghubungi aku selepas itu. Terfikir, kenapa boleh jadi begitu?? Buruk sangat ke diri aku ini?? dan apa salah aku?? bermacam persoalan bermain di benak fikiran aku. Nampak sangat mereka tidak ikhlas untuk berkawan dengan aku. Aku hanyalah manusia biasa, punya perasaan, sedikit sebanyak perkara ini memberikan kesan terhadap diri aku, kadang kala aku menjadi tidak berkeyakinan lansung dengan diri aku. Walaupun ianya menyedihkan, menyentap perasaan, kadang hati terasa seperti di robek-robek, bila difikirkan kembali, tidak berbaloi aku bersedih demi orang yang tidak ikhlas dan menghargai diri aku, sebagai seorang kawan mahupun seorang manusia.. Hidup perlu diteruskan, apa yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah.. Erm.. apa pun.. semoga semuanya akan baik-baik saja bagi aku.. InsyaAllah.. Amin..


Adie Kun @ Raja Bulan.

Tuesday, June 2, 2009

JANJI..



Janji merupakan suatu jaminan yang termeterai atas kesanggupan untuk melakukan sesuatu perkara dengan kerelaan hati, dan ianya merupakan sesuatu yg perlu dipenuhi, kerana ianya bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh, disebabkan janji ada hati yang terluka, ada jiwa yang merana, dan sebagainya apabila ianya dimungkiri. Itu apa yang aku fahami tentang janji. Tapi melalui pengalaman yang aku lalui, betapa mudahnya seseorang melafazkan dan membuat janji dan memungkiri janji yang telah dibuat itu.. terutama janji yang melibatkan perasaan. Adakah janji dibuat untuk dimungkiri? Kadang aku keliru samada ingin mempercayai janji-janji yang telah diberikan atau menganggap ianya sekadar kata-kata harapan yang tidak pasti dan sekadar pemanis kata... Aku sering tertanya.. kenapa perlu berjanji jika ianya tidak dapat atau boleh dipenuhi? adakah janji dibuat semata-mata kerana terlalu mengikut perasaan dan sebagainya tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain? Hmm.... masih menjadi satu persoalan.. Apapun bagi aku, fikirkanlah sehabisnya sebelum membuat sesuatu janji walaupun kadang kala ianya dibuat atas perkara yang remeh.. kerana janji tidak akan berlalu pergi selagi ianya tidak dipenuhi, memungkirinya seumpama mengkhianati, harapan, impian, kesetiaan dan kepercayaan seseorang.. Pasti ada hati yang akan terluka, menangis, kesedihan dan merana..... erm.... Kerana janji tercetusnya dendam, kerana janji orang bermusuhan, kerana janji jiwa tertekan..... apabila ianya dimungkiri...


Adie Kun @ Raja Bulan