Sunday, June 7, 2009

Aku, Di Antara Realiti Dan Siber.



Selama aku aktif dalam dunia siber ini, ramai juga kenalan yang telah aku temui secara lansung dan bersua muka untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi, iaitu kenalan dari ruangan sosial seperti myspace, tagged, e-kawan, yahoo massenger dan sebagainya. Semestinya apabila bersua muka secara lansung merupakan keadaan yang berbeza dari didalam dunia siber dan antara maklum balas yang aku terima dari orang-orang yang pernah menemui aku tentang diri aku adalah, ada di antara mereka mengatakan aku kelihatan 100% sama seperti di dalam gambar, ada yang mengatakan aku lebih baik diluar daripada di dalam gambar, dan ada yang mengatakan aku kelihatan tidak sama dan tidak serupa lansung seperti di dalam gambar, malah ada yang mengatakan aku didalam gambar kelihatan lebih baik dari di luar dan seperti dua orang yang berbeza. Aku juga dikatakan agak pendiam berbanding di dalam dunia siber. Walaupun ada di antara maklum balas dari mereka menyentap perasaan aku dan menyedihkan tetapi aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka kerana apa yang penting bagi aku, aku menggunakan gambar aku sendiri, dan aku bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan pada diri aku dan aku tidak berpura-pura menjadi orang lain, 100% diri sendiri, terpulang pada mereka samada ingin memuji atau mengutuk aku sebagai makhluk ciptaan Allah dan sebagainya. Mulut orang tidak boleh ditutup, dosa atau pahala masing-masing tanggung.

Tapi apa yang paling menyedihkan aku, ada diantara mereka terus berubah sikap menjadi dingin selepas berjumpa dengan aku, malah ada yang lansung tidak menghubungi aku selepas itu. Terfikir, kenapa boleh jadi begitu?? Buruk sangat ke diri aku ini?? dan apa salah aku?? bermacam persoalan bermain di benak fikiran aku. Nampak sangat mereka tidak ikhlas untuk berkawan dengan aku. Aku hanyalah manusia biasa, punya perasaan, sedikit sebanyak perkara ini memberikan kesan terhadap diri aku, kadang kala aku menjadi tidak berkeyakinan lansung dengan diri aku. Walaupun ianya menyedihkan, menyentap perasaan, kadang hati terasa seperti di robek-robek, bila difikirkan kembali, tidak berbaloi aku bersedih demi orang yang tidak ikhlas dan menghargai diri aku, sebagai seorang kawan mahupun seorang manusia.. Hidup perlu diteruskan, apa yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah.. Erm.. apa pun.. semoga semuanya akan baik-baik saja bagi aku.. InsyaAllah.. Amin..


Adie Kun @ Raja Bulan.

5 comments:

Naozu said...

konnichiwa adiekun.. lama x chat ek.. hehehe.. how's life?? apa sedih2 ni post blog... hmm lantak die org la kn nak ckp u mcm mana.. yg penting lepas die ckp cam tu.. baru tau mana kawan mana lawan kn kn.. =) have a nice day..

Nadly said...

Dunia..dunia..dunia...bese la tuh~~

adie_kun said...

thanks ichiban.. arigato..
n nadly..
erm.. tak leh nak lari dari realiti kehidupan kan...


(*_*)

Anonymous said...

Xsmstinyer Adie...
Kn lpas jmpe, kte akn busy ngn life kte balik...
Tpi x smstinyer kte akn lupe orng tuee....
Ape laa Adie nie...
Bkan smer orng cmtu taw...
Cheers!!!
;););)

adie_kun said...

hana - tapi dalam kes adie ni..

kebanyakkannya mcm tu..
x tau la.. mybe dorang mmg tak ikhlas kwn ngan adie..

alah.. apa pun tak leh bagi alasankan.
kalo dulu okey.. tetiba pas jumpa x okey? WTF??

(tetiba carot)

hahaa

(^_^)V