Wednesday, June 17, 2009

BUNUH DIRI??



Kadang kala tekanan hidup yang melampau dengan pelbagai masalah yang melanda, membuatkan seseorang itu hilang punca dan berputus asa untuk meneruskan kehidupannya.. lalu mencari jalan mudah untuk menamatkan segala-galanya dengan membunuh diri sendiri. Sejujurnya, Aku juga pernah beberapa kali terfikir untuk menamatkan hidup aku dengan membunuh diri, kerana ingin lari dari segala masalah, dan belengu tekanan hidup yang aku rasakan tidak dapat aku hadapi lagi. Aku rasa ingin berputus asa. Di kala aku rebah, lemah, dan hilang punca, semua ini akan bermain di fikiran. Aku hanyalah insan biasa, tidak sekuat mana.. Tapi aku bersyukur sangat ke hadrat Allah S.W.T kerana dikurniakan sedikit iman di dada, setiap kali aku dilanda kekusutan, kekalutan, fikiran yg melayang entah ke mana, aku masih mampu untuk melawannya. Setiap kali berfikir sebegitu aku akan mengucap panjang, dan menyesal. Aku selalu berdoa agar aku diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan aku. Walau apa pun yang terjadi, aku tidak akan mengalah, dan aku tidak mahu mati dengan sia-sia dan terkeluar dari agama aku yang suci, yakni agama islam dan jatuh kafir lalu di humban ke neraka jahanam buat selama-lamanya. Ya Allah, Ya Tuhan ku Ampunilah dosa hambaMu ini.. Buat mereka yang pernah terfikir dan cuba untuk membunuh diri.. Lupakanlah hasrat anda, jangan mati dengan sia-sia, dan menghumbankan diri kamu ke neraka jahanam. Ingatlah.. Allah sentiasa ada untuk kamu.. berdoalah agar semuanya akan baik-baik saja.. InsyaAllah..



Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya



Adie Kun @ Raja Bulan


3 comments:

Nadly said...

Kadang2 immaturity sseorang tuh yg sbab kn dye xle wat ptimbangan,n then finally end up like that...

Alex Madina said...

paham dengan apa yang adie lalui.

adie_kun said...

abg alex - thanks coz memahami...


Nadly - mybe.. tp byk faktor yg membuatkan seseorang itu.. menamatkan hidup mereka ngan membunuh diri.. dan sebab paling utama. adalah.. tekanan hidup..

(*_*)