Thursday, January 29, 2009

Mi Goreng Pedas Adie Kun

Mari memasak bersama Adie Kun. Resepi hari ini, sesuai untuk orang bujang macam Adie. Ringkas, mudah dan cepat, masak sendiri lebih jimatkan? Mungkin ramai yang sudah mengetahui cara-cara memasaknya. Tetapi lain orang lain caranyakan? Kata orang ikut air tangan. Adie agak malas merujuk pada buku resepi, jadi masakan yang Adie masak ini Adie masak ikut sedap hati dan sedap rasa saja, tapi entah macam mana agak menjadi pula dan keluarga Adie juga menyukainya. Selamat Mencuba. (^_^)V

*************************************************************************************

Mi Goreng Pedas Adie Kun

Bahan- Bahan (Sebelum)
Selepas dipotong.

Bahan-bahannya,

1- Mi Kuning - 2 bungkus (hidangan untuk 8 orang)
2- Sawi
3- Bawang putih - 6 ulas
4- Bawang merah besar - 3 biji
5- Kicap - Secawan kecil
6- Udang Basah - 6 ekor (ikut citarasa, lebih @ kurang)
7- Tauhu - 2 ketul
8- Cili Giling - 1 cawan
9- Fish Ball
10- Fish kek
11- Lada @ Cili Merah - 2 tangkai
12- Daun Sup.
13 - Minyak
14 - Garam
15- Lada Hitam.


Cara-cara memasak.

Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang merah dan putih
yang telah di potong tadi, goreng sehingga naik bau @ keperangan.

Kemudian, masukkan cili giling tadi, dan goreng
sehingga garing dan naik bau.

Masukkan 3/4 cawan kicap dan kacau rata. Kemudian tuangkan
sedikit air kosong sebanyak setengah cawan.


Masukkan udang yang telah dipotong dan kacau rata.

Masukkan mi tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata bersama
rencah tadi. Perlu di ingat, Mi harus dibasuh dengan bersih.

Masukkan fish ball, fish kek dan tauhu yang telah digoreng dan
dipotong. kemudian gaul rata. Jika mi mula mengering, tuangkan sedikit
air kosong mengikut kesesuaian.

Kemudian masukkan sayur sawi, lada merah dan daun sup
yang telah siap dipotong tadi, gaul rata, dan akhir sekali
taburkan lada hitam yang telah ditumbuk, dan garam secukup rasa.
untuk lebih perisa, perahkan limau kasturi.

Siap dihidang, Mi Goreng Pedas Adie Kun

Selamat Mencuba. (^_^)V



Monday, January 26, 2009

Gerhana Matahari Annulus (cincin)


eclipse_anular
Gerhana Annulus (cincin)

Hari ini terasa sungguh bertuah sekali kerana dapat menyaksikan fonemena alam yang sungguh menakjubkan. Iaitu Gerhana Matahari, yang jarang berlaku, Sungguh indah dah ajaib sekali alam ciptaan Allah. Hari ini buat pertama kalinya dapat menyaksikannya dengan jelas bersama ahli keluarga yang lain, dan kebetulan dapat melihatnya dengan jelas dari halaman rumah. Terasa seperti berkelah dihadapan rumah kerana seluruh ahli keluarga duduk memerhatikan gerhana bersama-sama. Sungguh menakjubkan sekali melihat bulan sedikit demi sedikit bergerak melitupi matahari. Tetapi rasa agak kecewa kerana terlupa untuk mengambil gambar dan menyaksikan keseluruhan formasi gerhana kerana disaat-saat formasi kemuncak bulan melitupi keseluruhan matahari, awan menghalang penglihatan dan menyebabkan matahari tidak kelihatan lagi. Hanya dapat mengambil sekeping gambar selepas awan menutupi matahari. Apa pun, bersyukur kerana dapat menyaksikan fonemena yang sungguh menakjubkan ini..menunjukkan salah satu kebesaran Allah.
Allahu akhbar!!

Pemandangan dari halaman rumah Adie Kun
(Gerhana Matahari Annulus yang dilitupi awan)

*dibawah disertakan sedikit info mengenai fonemena ini.



*************************************************************************************


Info Gerhana Matahari Annulus


Fenomena gerhana matahari berlaku disebabkan kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi berada dalam satu garis lurus (sejajar) menyebabkan bulan melindungi cakera matahari daripada pemerhati di bumi. Selain itu semasa bulan mengililingi bumi, orbitnya yang berbentuk elips menyebabkan adakalanya bulan berada dekat dengan bumi dipanggil "Perigee" dan adakalanya jauh dari bumi dipanggil "apogee". Semasa gerhana matahari berlaku pada 26 Januari 2009, kebetulan bulan berada dalam kedudukan "apogee" menyebabkan saiz bulan kelihatan kecil dan tidak dapat menutupi 100 peratus cakera matahari, menyebabkan walaupun bulan melindungi matahari pada masa itu, tetapi cakera matahari masih boleh dilihat disekeliling bulan pada masa kemuncak gerhana, dan pemerhati di pusat laluan gerhana pada masa itu akan melihat seolah-olah matahari berubah menjadi cincin yang dipanggil sebagai "annular".

*Klik pada rajah untuk saiz sebenar.

Perlu diingatkan bahawa teknik memerhatikan gerhana matahari adalah berbeza dengan gerhana bulan kerana semasa gerhana matahari berlaku pancaran infa-merah dari matahari berupaya menyebabkan kerosakan kekal keatas retina mata (boleh jadi buta) kepada sesiapa yang tidak mengambil langkah keselamatan semasa memerhatikan gerhana ini.

Peralatan seperti Penapis Suria Mylar, ataupun cermin welding no 14 boleh digunakan untuk memerhatikan gerhana. Walaubagaimanapun disebabkan peralatan ini terhad dan agak mahal maka suatu kaedah mudah dan murah boleh digunakan, iaitu menggunakan teknik lubang jarum.

pin hole

Teknik lubang jarum ini menggunakan dua keping kertas yang mana salah satu dilubangkan dengan menggunakan sebarang jarum seperti jarum peniti ataupun pin. Seterusnya memerhatikan imej matahari yang terhasil daripada lubang jarum tadi di kertas yang kedua, ingat perhatikan imej dikertas kedua dan bukannya mengintai menerusi lubang jarum tadi.

Memarhatikan gerhana matahari menggunakan cermin mata gelap, cermin yang digelapkkan dengan asap lilin, negatif filem adalah tidak digalakkan kerana kesemua peralatan ini tidak mempunyai lapisan perak yang berupaya menapis sinaran infra-merah matahari yang berbahaya kepada mata.

Selain daripada memerhatikan gerhana matahari, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana matahari pada masa gerhana berlaku.

Thursday, January 22, 2009

Tabiat

Tabiat merupakan suatu perkara yg sudah menjadi kebiasaan dilakukan oleh seseorang, dan sukar untuk ditinggalkan. Rasanya setiap orang mempunyai tabiat masing-masing, samada tabiat yang elok, tabiat yg pelik, jelik dan sebagainya. Aku juga tidak terkecuali, aku mengenal pasti dua tabiat yg sukar untuk aku tinggalkan, walaupun aku pernah cuba berbuat demikian.

Cermin Sakti Adie Kun

Tabiat pertama, "obses dengan cermin". Aku pantang melihat cermin. sehari tidak melihat cermin rasa macam ada yang kurang, kadang kaki secara sendirinya pergi ke arah cermin. Rasanya dalam sehari berbelas kali aku melihat cermin. Bila nampak cermin rasa nak belek-belek muka tengok apa yang tak kena. Bukan perasan lawa atau sebagainya, tapi ianya sesuatu yang sukar dijelaskan.Aku rasa gembira bila melihat cermin, kadang bila aku melihat cermin aku akan bercakap pada diri sendiri atau diri didalam cermin, seumpama memotivasikan diri aku sendiri supaya lebih berkeyakinan dengan penampilan aku, kerana aku seorang yang mementingkan penampilan, dan kadang aku tak berkeyakinan dengan penampilan aku. Aku juga suka tersenyum pada diri sendiri dan membuat pelbagai riak muka, kadang membuat aksi ala-ala model. hehe.. Tapi yang peliknya, aku merasa agak segan untuk selalu melihat cermin apabila ramai orang disekeliling. Cermin adalah kawan aku yang terbaik, sentiasa ada disaat aku sedih, gembira dan bila-bila masa saja aku perlukan, di saat aku gembira, ketawa, tersenyum, sedih, menangis dan marah.. Cermin (diri didalam cermin) tak pernah meninggalkan aku..

Adie Kun - Motosikal

Tabiat kedua, 'hidup dalam fantasi' bila menunggang motosikal, aku suka menyanyi, bercakap dengan diri sendiri, ketawa, tersenyum sendiri, berangan dan melayan perasaan, sehinggalah sampai ke destinasi. Pernah cuba untuk diam dan mengosongkan fikiran sehingga sampai ke destinasi, tetapi gagal, terasa seperti janggal dan terasa lain saja bila tak berbuat sedemikian, seperti bukan diri sendiri, dalam hati rasa membuak-buak untuk bercakap dan sebagainya. Bila dikenang-kenang aku ketawa sendiri, dan agak kelakar tapi itulah tabiat yang sukar untuk aku tinggalkan. Walau apa pun selagi ianya tidak mengganggu sesiapa, dan aku merasa gembira tiada masalah untuk diteruskan. tetapi mungkin agak memudaratkan.. hehe... (^_^)V

Sunday, January 18, 2009

Mandi-Manda di Sungai Gabai, Hulu Langat.


Hari ini awal pagi lagi sudah bertolak dari Kuala Selangor ke Sungai Gabai, jalan-jalan, cuci mata dan mandi-manda disana. Memang sudah merancang sejak seminggu lepas. Alhamdulillah, apa yang kami rancangkan berjalan lancar dan kami selamat sampai dan pulang. Walaupun pada mulanya semasa perjalanan kami agak kehilangan arah kerana baru pertama kali ke sana. Perjalanan ke sana memakan masa hampir 4 jam. Seronoknya, sudah lama rasanya tak keluar bersama kawan-kawan disini menikmati hujung minggu dengan bersantai di tempat yg indah lagi permai. Indahnya pemandangan di Sg. Gabai, sungguh indah alam ciptaan Allah. Seronok bermandi mandi di sana, walaupun menggigil kesejukkan. Apa yang menyeronokkan di Sg Gabai ini ada sebuah air terjun yang boleh dijadikan seperti permainan luncur air di taman tema, tetapi semulajadi. Seronok bermain luncur air bersama kawan-kawan, tergolek beberapa kali disebabkan batu yang licin, agak kelakar tapi sakit juga terpijak batu-batan yang kasar. Terkilan kerana tidak membawa kamera digital, dapat ambil 2 keping gambar sahaja menggunakan handphone tapi kualiti tidak memuaskan. Apa pun kenangan bersama kawan-kawan di Sg. Gabai tidak akan dilupakan. (^_^)V

Tuesday, January 13, 2009

Jom Makan Pizza.. (^_^)

Hari ini agak letih, bangun pun lewat, mungkin disebabkan otot-otot dan badan yang letih kerana bersenam semalam dalam proses pemulihan. Tahun ini insyaAllah, nak sambung azam tahun-tahun lepas yakni menambah berat badan yang tak cukup ideal ini dan memiliki badan yang cantik. Berat badan 49 kg, ideal 51 kg, target 56 kg.. Semoga usaha dan doa dimakbulkan Allah. Bila badan tidak mempunyai berat yang ideal dan kurus, memang terasa sangat kekurangan, kurang bertenaga, cepat letih, mudah sakit dan mendapat demam dan kalau nak beli baju pun pilihannya terhad, size S, kalau besar sedikit pasti akan kelihatan menggelebeh dan macam-macam lagi. Harap sangat tahun 2009 ini hasrat akan tercapai.

Dalam usaha nak menambah berat badan, perlu makan dengan banyak makanan yang mengandungi protein dan berkhasiat, dan dalam masa yang sama harus bersenam.. Malam tadi pula, akak masak pizza saiz hidangan untuk 10 orang, makan pizza sampai hari ini pun masih terasa kenyang. Sedap, jadi lepas ini tak perlu pergi ke Pizza Hut lagi, tak mahu duit yang dibelanjakan mungkin akan disalurkan kepada kejahatan dan kekejaman. Boikot apa yang termampu saja dan lakukan apa yang patut untuk menunjukkan yang kita ambil kisah dan ambil berat tentang perkara yang sedang hangat berlaku ketika ini. Apa pun semoga semuanya akan baik-baik saja. InsyaAllah..

Sebelum dimasak.
Selepas dimasak

Tuesday, January 6, 2009

Perbuatan Israel & Amerika, Melampau! tak boleh dimaafkan!!


Geram, sakit hati, sakit jiwa, marah, dan segala macam perasaan tak puas hati meluap-luap bila tengok dan baca berita mengenai kekejaman israel terhadap palestin di Gaza, dan sekutunya Amerika.. Hati terasa seperti disentap-sentap, badan menggigil, sayu, sedih, kecewa dan air mata bergenang bila melihat mangsa-mangsa kekejaman mereka, terhadap rakyat yang tidak berdosa, kanak-kanak, orang tua, dan sebagainya, betapa kejam dan tak berperikemanusiaan. Perbuatan mereka atas alasan apa pun memang tak boleh dimaafkan! memang ternyata dan terangan melampaui batas. Erm, tapi apa pun tiada apa yang boleh aku lakukan selain dari meluahkan kata-kata tidak puas hati di blog ini. Hendak memboikot? mungkin ada barangan dan sebagainya yang boleh diboikot, Ya, sudah tentu akan memboikot apa yang termampu, tapi keseluruhan? seperti mustahil. Memberi sumbangan dari segi kewangan? tiada sumber kewangan. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa, berdoa buat mereka yang tertindas tabah menghadapi dugaan, berdoa agar keamanan akan kembali, kebebasan akan dimiliki, hak dan apa jua yang berkaitan tidak dicabuli lagi. Berdoa agar penderitaan mereka dapat dihentikan, berdoa agar pihak yang zalim seperti Israel dan Amerika mendapat balasan terhadap apa yg mereka lakukan terhadap pihak yang lemah dan sebagainya..Berdoa agar umat islam seluruh dunia bersatu.. Semoga Palestin dan negara-negara yang senasib dibebaskan.. merdeka dan rakyatnya dapat hidup dengan aman damai.. InsyaAllah.. Amin.

*Sama-samalah kita berdoa.. untuk keamanan sejagat.


P/S- selalu berangan, seronoknya kalau ada kuasa seperti watak-watak didalam anime, dengan kuasa dan kelebihan yang dimiliki boleh membanteras kejahatan dan kekejaman, membantu orang-orang yang tertindas. hmm..


* Al-Fatihah buat mereka yang gugur dan sudah tiada, semoga mereka diberikan mati syahid dan ditempatkan bersama orang yg soleh dan solehah.. Amin.

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Tahun 2008 telah pun melabuhkan tirai, tepat 12 malam tadi.
Terasa seperti berdebar-debar melangkah masuk ke Tahun 2009,
kerana tidak tahu apa yang bakal aku hadapi pada tahun ini.
Walau apa pun aku hanya mampu berdoa kepada Allah.
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
dan segala puji bagi-Nya.
Semoga Tahun 2009 ini menjanjikan
yang lebih baik buat diri aku,
dan semua.
InsyaAllah.
Amin.

********************************************************************
Sempena tahun baru, warnakan rambut dengan warna baru,
Honey Orange, kali ke empat warnakan rambut,
sebelum ini warna burgundy, brown dan juga Ash.
Saja untuk menampakkan kelainan.


*********************************************************************
Malam tahun baru sambut dengan kawan-kawan di KLCC.
(Team Sailor)
Sempat juga ambil beberapa keping gambar,
sebagai kenangan.



Di hadapan KLCC, dari kiri, Azraf, Almi, Adie kun, Fier, Adam.

Di hadapan Hard Rock Cafe


Di Station Monorail Bukit Nanas.

*************************************************************************

Kenangan bersama Team Sailor dan kawan-kawan semua,
akan sentiasa menjadi kenangan yang terindah
dan tersemat didalam jiwa..
*Kawan untuk selamanya*

Adie Kun @ Raja Bulan.