Dalam seumur hidup Adie, Adie memang tak pernah merokok.. walaupun sekali.. sebab Adie jenis yang mudah jatuh sakit, sampaikan menhidu bau rokok pun Adie tidak tahan dan kadang-kala boleh demam dibuatnya kalau terlebih hidu.. Lagipun Ayah memang melarang anak-anaknya merokok dan memberi amaran supaya tidak merokok kerana memang ianya tidak berfaedah, lagipula dia tidak mahu kami menjadi sepertinya berhabisan duit kerana rokok dan memang payah untuk berhenti kalau sudah menjadi perokok tegar.
Masa melepak dengan kawan-kawan Adie di klang tempoh hari, kebetulan ada satu masa itu, 3 orang kawan Adie sedang asyik merokok, (mereka bukan perokok tegar) jadi tiba-tiba muncul rasa ingin mencuba yang sangat kuat dalam diri, nak juga tahu apa rasanya menghisap rokok sampai orang sanggup berhabis duit, akhirnya termakan godaan nafsu, Adie pun gatal tangan mengambil rokok pada tangan kawan Adie dan mencuba, memang terasa janggal sangat, Adie menyedut rokok tersebut tetapi tidak dapat menangkap, keseronokkannya? jadi Adie terus menghisap sehingga 4, 5 sedut.. hahah.. owh goshhhhhh.. lepas itu Adie terus terbatuk-batuk dan muntah. Ingatkan sampai disitu saja, rupanya sehari selepas Adie balik ke rumah, Adie telah diserang demam, batuk-batuk, dada terasa sempit, dan selesema, sehingga berlanjutan selama seminggu lamanya.. Serik nak mencuba lagi, inilah padahnya mencuba perkara yang tak berfaedah, akhirnya menyusahkan diri sendiri, pengajaran buat diri Adie.. erm.. lepas ini memang sudah serik untuk merokok lagi.. walaupun satu dua sedut.. haha.. (^_^)
Adie Kun @ Raja Bulan
2 comments:
hahahah sian Adie..
Pojie ada la jugak merokok klo kawan² merokok masa kat club la.. xsedut dlm dada pun, hembuskan balik..
tp pesanan dari Pojie, SAY NO TO ROKOK ok!
xbest pun, membahayakan kesihatan jer..
Pojie pun pau rokok kawan supaya rokok dia cepat abes so dia xdpt rokok banyak² hahah!
tak pandai la merokok..
cam kelakar je rasenya masa first time mrokok tu..
apa pun thanks pojie.. heheh..
pojie pun sama.. say no to rokok eh..
hiks.
(^_^)V
Post a Comment