rajah - semasa gerhana.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa hari ini 9 febuari 2009 akan berlakunya fonemena Gerhana Bulan Penumbra. Di saat ini Aku sedang menantikan waktu kemuncak untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra ini, yang akan berlaku pada pukul 10.38 malam, dan tinggal beberapa minit saja lagi. Alhamdulillah cuaca hari ini amat baik dan dapat melihat bulan dengan amat jelas sekali di hadapan rumah. Sungguh cantik, sungguh indah, Bulan kelihatan penuh dan bercahaya terang, terasa agak teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menyaksikan fonemena alam yang sungguh menakjubkan ini, walaupun hari ini merupakan hari yang agak menyedihkan bagi aku kerana beberapa krisis yang berlaku. Menyebabkan fikiran dan perasaan aku tidak stabil tapi Apa pun semoga semuanya akan baik-baik saja bagi aku.. InsyaAllah.. Sesungguhnya Allah itu Tuhan yang Maha Agung, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, berkuasa di langit dan dibumi, pencipta sekalian alam, dan segala puji-pujian bagi-Nya. Amin. Aku percaya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..p/s - sedih, kerana sekali lagi tidak dapat merakamkan fonemena ini didalam gambar disebabkan bateri kamera sudah kehabisan tenaga dan terlupa untuk membeli yang baru.Adie Kun @ Raja Bulan.*************************************************************************************
Info Gerhana Bulan Penumbra.
Gerhana penumbra bulan akan dapat disaksikan diseluruh negara pada 9 Februari 2009 (isnin) bermula jam 8:39 malam hingga 12:38 malam (10 Februari 2009). Kemuncak gerhana penumbra bulan ini ialah pada jam 10:38 malam.
Rajah - Sebelum gerhana (terang) dan semasa gerhana. (gelap)Berbeza dengan gerhana separa atau gerhana penuh bulan yang lebih mudah dicerap (dilihat), gerhana penumbra ini hanya akan menyaksikan keadaan bulan yang sedang purnama penuh secara perlahan-lahan mengalami perubahan warna dari warna putih cerah kepada kepada agak gelap dan akan lebih jelas kelihatan semasa kemuncak gerhana penumbra pada jam 10:38 malam. Pada masa kemuncak ini dijangka sebahagian bulan akan lebih berwarna agak gelap dan sebahagian lagi berwarna agak cerah.
Rajah - Perjalanan Bulan semasa merentasi penumbra bumi.
Selain itu bumi sebenarnya mempunyai dua jenis bayangan iaitu bayangan penumbra dan bayang umbra. Perubahan warna ini berlaku disebabkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang mana bayangan penumbra ini tidaklah segelap bayangan umbra bumi. Gerhana bulan terjadi apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garis lurus dan bumi pada masa itu melindungi cahaya matahari daripada jatuh ke permukaan bulan.
klik pada rajah untuk saiz sebenar.
Fenomena gerhana penumbra bulan ini boleh dicerap (dilihat) dengan mata kasar tanpa sebarang kesan berbahaya.
2 comments:
Asyik cter psal bdan je mamat niee..
Pi stay kt bulan arr..
Jgn blik..wkakakaka
isk.. mana leh lepaskan peluang tgk fonemena malam semalam.. rugi tau..
adie kan Raja Bulan..
harus la..
hahaha.. sudehhhh.. hana jeles la tu.. heheh..
(^_^)V
Post a Comment