Wednesday, February 25, 2009

Pengalaman Pahit Berpakaian ' Ghotic '


Peristiwa ini berlaku pada awal tahun 2007. Ketika itu aku begitu teruja dan meminati gaya Gothic dan Emo. Hitam, putih, dan ciri-ciri elemen kegelapan. Lebih-lebih lagi pada ketika itu kumpulan muzik bergaya ala-ala gothic sedang hangat di pasaran iaitu MCR, My Chemical Romance dan aku begitu meminati muzik/lagu dan gaya mereka.

Hendak di jadikan cerita, satu hari aku dengan yakinnya keluar bersosial bersama kawan-kawan dengan berpakaian persis seperti budak emo gothic. Bayangkan aku mencelak mata bewarna hitam, memakai baju t.shirt fit hitam, seluar jeans fit paras lutut bewarna hitam, stokin panjang paras atas lutut bewarna belang hitam putih, kasut hitam bertali putih, rantai besi seluar dan tali pinggang besi serta gaya rambut gothic.

Aku berjalan kaki seorang diri dari rumah menuju ke perhentian bus di pekan. Di pertengahan jalan baru tersedar aku tertinggal dompet di rumah dan terus menghubungi ayah. Sepanjang perjalanan itu ramai yang memandang aku, seolah-olah aku seperti makhluk asing. Tiba di pekan, ada sebuah kereta berhenti dihadapan aku, didalamnya terdapat 5 orang lelaki. Mereka menjerit-jerit ke arah aku, menyergah aku dan membunyikan hon seperti ingin mencari gaduh dan tidak berpuas hati. Aku dengan selambanya terus berjalan ke perhentian bus dan tidak mengendahkan mereka. Tetapi didalam hati terasa begitu malu kerana diperhatikan oleh ramai orang. Sampai disana, bapa aku sampai dan menyerahkan dompet aku yang tertinggal dirumah. Ayah terperanjat melihat gaya aku pada ketika itu dan sempat memarahi aku sebelum berlalu pergi. Selepas ayah beredar, seorang polis yang menunggang motosikal berhenti dihadapan aku lalu memanggil aku. Dia meminta untuk melihat kad pengenalan dan bertanyakan beberapa soalan kemudian beredar pergi. Bersyukur sangat kerana ayah sempat menyerahkan dompet, kalau tidak ke balailah jawapnya. Sepanjang hari itu aku menjadi perhatian dan ramai yang memandang, terutama stokin belang hitam putih yang aku pakai.

Balik ke rumah, aku dimarahi oleh ayah. Ayah memberi amaran kepada aku supaya tidak berpakaian seperti itu lagi kerana membuatkan ayah merasa malu dengan masyarakat setempat dan kebetulan ketika itu program tv3 300' menyiarkan kisah budak-budak gothic yang berkelakuan tidak semenggah dan terarah kepada budaya yang tidak sihat. Aku merasa menyesal dan sedih. Semenjak hari itu aku tidak lagi berpakaian seperti itu. Aku tidak mahu mengalami pengalaman seperti itu lagi.

Apa pun aku suka bergaya ala-ala gothic tetapi tidak keterlaluan, dan yang paling penting aku tidak terpengaruh untuk mengamalkan budaya gothic yang bercanggah dengan ajaran agama. InsyaAllah. Walaupun pernah menerima pelawaan untuk menyertai kumpulan emo dan gothic tetapi aku menolaknya kerana tidak mahu terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat dan sekadar hanya suka bergaya.

*Dalam kejadian yang lain. Satu hari, aku dan kawan-kawan berpakaian gothic persis seperti budak gothic sebenar, dan dalam perjalanan ke satu tempat, kami di sapa oleh sekumpulan budak mungkin umur sebaya dengan aku atau lebih (berpakaian biasa), salah seorang bertanyakan, kami kumpulan dari mana? dari daerah mana? dan kenapa memakai pakaian gothic? sempat juga dia mengatakan ' suka-suka hati ko je nak pakai macam tu ya!!'.. dengan nada yang tidak puas hati seperti ingin mencari gaduh. Kami tidak mengendahkannya dan terus berlalu pergi, dalam hati memang merasa tidak puas hati dan agak seram. Mungkin kalau kami melayan, akan berlaku pergaduhan. Apa pun syukur tiada perkara buruk berlaku. Pada hari itu juga ada beberapa orang yang mengambil gambar kami tanpa kebenaran dari dalam kereta semasa kami sedang lepak-lepak ditepi jalan.


*Semua pic di atas adalah pic Adie Kun dan diambil pada Jan 2007.

Adie Kun @ Raja Bulan

5 comments:

Pojiepooh Abdullah said...

whoaaaaa cool la adie..
but next time don't too obvious eh..
bahaya tau!
klo jmpa ngan geng2 diorang n u r not into their group, kene belasah tau..
be careful tau!

adie_kun said...

tau takpe pojie..

adie ngan geng2 penah pakai gohthc giler2.. then kena tegur ngan dak2 kat kl tu .. nasib kitorang cepat2 blah.. coz dia tanya marah2.. geng dari mana la.. daerah mana la. apsal pakai gothic bagai.. seram..

huhu~

Nadee H. said...

erk.
scary dowhh!
haha.
tmpah maut.
kehkeh

Nadly said...

Same with me too....just for fun..tp jgn over2 lak..hehe=)

myZatuL aKmaLia hj aBu bAkaR said...

wow...
tuh abg ker???
bia tol???
lain gler!!