Wednesday, April 28, 2010

Percutian Ke Pulau Pangkor.

Rasanya kali terakhir Adie pernah menjejakkan kaki di Pulau pangkor, waktu Adie kecil-kecil dulu, lebih kurang dalam usia darjah 5 ke darjah 6.. hahah.. lamanya.. Jadi, memang agak teruja untuk kembali ke sana.. menikmati keindahan pantai, dan panorama alam... Adie memang suka sangat bab-bab berjalan ni.. So, walaupun sebenarnya kekurangan bajet untuk join trip ke Pangkor, bersama teamsailors dan beberapa orang lagi, Adie gigihkan diri juga untuk mencukupkan bajet.. hahaha.. lagipun, bukannya selalu, sekali-sekala, dan ini merupakan pertama kali Adie pergi bercuti ke sebuah pulau bersama team adie.. yeay!! haha.. (^_^)

Overall, memang menyeronokkan, apa taknya, kalau berada disamping kawan-kawan dalam teamsailors, benda tak best pun boleh jadi best, meriah! penuh dengan gelak ketawa dan keriangan.. sudah pasti ada saja nak dijadikan bahan berborak, bergosip.. huhu~ i know u like gosip.. hehe.. Paling best sekali, ini merupakan pertama kali Adie mencuba aktiviti Snorkling, owh goshhh.. seronok sangat berenang sambil melihat ikan disekeliling yang tidak takut dengan kehadiran kita.. erm.. tapi macam biasa, bila nak berpisah tu, rasa sedih pula.. Apa pun, percutian Adie kali ini memang berjaya membuatkan Adie lupa tentang segala masalah yang melanda.. dan juga berjaya mengeratkan lagi hubungan persahabatan dikalangan sailor-sailor.. hahaha.. Mungkin selepas ini, insyaAllah kalau panjang umur dan murah rezeki, kami akan merancang percutian ke destinasi lain pula.. hehe.. (^_^)V



GAMBAR KENANGAN.

Dalam perjalanan, sempat berhenti ambil gambar di tepi bendang.. hehe..


Dalam perjalanan ke Pulau Pangkor. (^_^)



Di Challet Mizam, Pulau Pangkor.


Semasa Aktiviti Snorkling.


Semasa perjalanan balik ke lumut dan di jeti lumut..


Adie Kun @ Raja Bulan


1 comment:

vee_elviana said...

Adie

Wah seronoknye sekali-sekala pergi bercuti ek.